STAY TUNED!
AND ENJOY YOUR READING❤feel free to comment so I can improve my writing skills😉👍
***
MARKAS RAD
TIT! TIT! TIT!
Alarm amaran berwarna merah itu sudah berkelip-kelip dan mengeluarkan bunyi kuat sehingga mengundang kerisauan orang-orang di dalamnya.
Semua manusia di dalam markas itu sudah berlari-larian ke dalam bilik senjata mengikut gerak geri sama seperti latihan yang di tanam dalam diri mereka. Masing-masing mempersiapkan diri.
Wanita itu yang bersikap tenang dan diam sambil melihat semua anak-anak buah Markas Rad. Beratur mengikut seperti apa yang telah diajarkan. Anak mata hijau miliknya memandang pintu pejabat Ketua mereka, Anggun Madeannah.
"Mesti ada something happen sampai benda begini terjadi. This is not the first time for me," ujarnya perlahan.
Sebelum-sebelum ini juga pernah berlaku terhadap arwah Arman Moehiddin dan juga arwah Adam Mohammed iaitu abah dan abang kepada Ketuanya.
Pantas kakinya berlari ke arah pejabat Anggun Madeannah untuk memeriksa punca alarm itu aktif.
Seorang lelaki berlari pantas ke arah seorang wanita yang baru sahaja mahu masuk ke ruangan pejabat Anggun Madeannah.
"Bell!"
Wanita bernama Bell itu menoleh. Keningnya bertaut dan dahinya berkerut.
"What happen?!" soal lelaki itu dengan tegas dan separuh menjerit kerana kebingitan bunyi alarm. Dia merupakan pembantu Xiang Len Mong dalam menguruskan anak-anak buah lelaki.
"Just go and tell them to get ready. I'll check out what will happen next!" Jawab Bell lalu berlari masuk ke dalam pejabat Anggun Madeannah. Bellvania ialah ketua yang menguruskan Markas Rad.
MARKAS MEO
"Prepare yourself, guys!" arah seorang gadis berbadan kecil dan berwajah kacukan cina. Tangannya sebelah kanan sudah bersiap dengan memegang sniper kebanggaannya.
Bunyi alarm membingitkan semua telinga manusia yang berada di dalam markas itu namun hanya dibiarkan. Mereka harus bersiap sedia.
"Mia! send this problems to Rossamary, now!" arah gadis itu dengan tegas dan wajah tegang.
"ai, captain Laura!" Gadis bernama Mia terus masuk ke dalam pejabatnya dan menghantar pesanan sulit kepada Rossamary Albert.
Laura sudah bengang namun tetap tenang. Dia tidak tahu mengapa Ketua mereka menghantar pesanan itu tatkala mereka dalam keadaan separuh bersiap.
Arahan tetap arahan. Tanggungjawab perlu dilaksanakan!
MARKAS QIES
"Tell them to send all this to others markas,now!" gadis tinggi lampai dengan rambutnya diikat tinggi mengarah anak-anak buahnya dengan suara lantang.
YOU ARE READING
Anggun Madeannah
AcciónApakah yang anda lakukan bila anda tahu anda sebenarnya ketua mafia? Seorang gadis yatim piatu kematian kedua insan tercinta dipanggil ibu dan ayah ketika berusia enam belas tahun. Memori hitam yang meragut insan tercinta masih lagi berputar difikir...