A M 14

1K 45 8
                                    

SEAWAL sepuluh pagi tepat di depan rumah mewah milik keluarga Anggun Madeannah, Rossamary Albert sudah pun memasukkan kereta Audi merahnya ke dalam perkarangan rumah mewah itu selepas sahaja seorang sekuriti membuka pagar untuknya.

Dia turun dari kereta dan mengeluarkan beberapa fail yang berisi maklumat dari tempat duduk belakang. Semuanya tentang perkara yang ingin dijelaskan pada Ketua Mafia merangkap bosnya dan juga sepupunya itu. Iaitu Anggun Madeannah.

"Hey sis, Awal sampai. Aku ingat Kak Mary dah lupa" tegur Anggun Madeannah yang sudah pun menyandarkan diri di tepi pintu sambil menyilangkan tangan ke dadanya.

"Of course I remember. Anggun kan my new boss. Beautiful boss ever" balas Rossamary Albert serta pujian lalu menutup pintu keretanya sebelum mendekati Anggun Madeannah. Fail diserahkan pada Anggun Madeannah. Kelihatan dahinya sudah berkerut nipis.

"Ini semua fail tentang organisasi yang dijalankan oleh The Radmoeqiescoe. Maybe you can know something from here" kata Rossamary Albert sambil menepuk perlahan fail yang berada ditangan Anggun Madeannah. Gadis itu hanya mengangguk faham.

"Okay then...masuklah dulu. Boleh breakfast together" pelawa Anggun Madeannah dengan senyuman manis.

"Cantik!! Aku pun belum sarapan lagi ni. Takkan lah aku nak berbawang dengan kau tiada tenaga macam ni" Rossamary sudah berasa teruja dengan jemputan oleh Anggun Madeannah. Perutnya sudah pun menyanyikan lagu dandut.

"Mengada. Cepatlah masuk" terus Anggun Madeannah menampar perlahan bahu Rossamary.

"Ish kau ni. Aku tampar kang sanggul kau tu. Dah lah tinggi. Kau nak pecahkan rekod gunung tertinggi di dunia ke?" gurau Rossamary lalu ketawa kuat sambil kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

"Diamlah kau, nenek sihir!" Terus Anggun Madeannah menutup pintu utama rumahnya. Tergeleng kepalanya bila berjumpa Rossamary. Segala perangai keluar. Dari yang baik sampai ke syaiton.

Walaupun berbeza umur, gaya tidak serupa dengan tuan punya usia.

Tanpa sedar, seorang lelaki memandang Anggun Madeannah dan Rossamary tadi disebalik celah-celah pagar rumah mewah keluarga Anggun Madeannah. Wajahnya tidak perlu tanya.

Muka tiada perasaan tapi hati mungkin kalah dengan tisu.

'I'm coming. Soon' gumam lelaki itu perlahan dalam hati.

***

SEBAIK sahaja kaki Rossamary masuk ke ruangan dapur, matanya terbeliak besar.

"WOHOO! MAKAN BESAR WEH" jerit Rossamary kuat sehingga Mak Jana dan Mak Timah yang berada disitu sudah ketawa melihat perangai Rossamary. Tak senonoh betul masuk rumah orang.

Pap!

Tangan Anggun Madeannah sudah naik menampar rambut Rossamary yang diikat seperti ekor kuda.

"Tak payah lah kau nak menjerit macam tu sekali. Makan ja lah. Ni jerit bagai macam mau kasihtau seluruh dunia pula" tegur Anggun Madeannah lalu mengambil tempat duduk yang dulunya tempat duduk abahnya, Arman Moehiddin.

Itu dulu. Sekarang dia ketua di rumah ini. Malah dia juga ketua mafia.

"Amboi cik Mafia kita ni. Dah pandai eh. Boleh berlakon dah" balas Rossamary dengan sengihan sebelum duduk bersebelahan Anggun Madeannah.

"Aku cuba dulu jadi pelakon tak berbayar disini. Manalah tahu Afdlin Shauki ke Yusof Haslam ambil aku jadi pelakon watak utama dalam drama dia orang"

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now