DIA membuka peti sejuk. Diperhatikan dalam peti sejuk itu sambil berfikir apa yang mahu dimasak untuk sarapan. Walhal hanya ada sayur salad dan roti saja. Anggun Madeannah mengambil sayur salad dan roti yang ada dalam peti sejuk itu. Setakat itu saja yang ada dan juga beberapa biji telur. Memang ini saja kah bahan masak?
Anggun Madeannah hanya menjongketkan bahu lalu menutup pintu peti sejuk itu. Tanpa sedar...
"Chakkk!"
"Oh mak kau cicakk! Cicakk!" Latah Anggun Madeannah kuat terus tangannya naik menampar bahu lelaki itu dengan kuat.
Quzyairi sudah ketawa terbahak-bahak melihat reaksi isterinya dengan kejutannya tadi. Sungguh kelakar membuatkannya geli hati.
Seketika Anggun Madeannah terpegun. Jarang sekali lelaki dihadapannya mahu gelak ketawa macam pagi ini.
"Tahu tak saya terkejut!" Rajuk Anggun Madeannah dengan wajah masam.
"Sumpah! Aku menyesal tak rekod video tadi," kata Quzyairi lalu sambil mengetawakan isterinya.
"Diam lah kau!" Anggun Madeannah sudah merajuk dan terus berjalan ke singki. Diabaikan saja lelaki itu. Sempat dia langgar kasar bahu Quzyairi.
"Kau tahu tak, muka kau..."
Ding! Dong!
Ayat Quzyairi terhenti bila mendengar bunyi lonceng rumah yang dipasang pada depan pintu. Anggun Madeannah juga turut menoleh ke belakang.
"Pergilah buka pintu tu. Mana tahu Umi," arah Anggun Madeannah.
Quzyairi mengangguk perlahan lalu melangkah keluar dari dapur. Anggun Madeannah teruskan kerjanya membuat sarapan untuk mereka berdua tanpa berfikir apa-apa.
Ding! Dong! Ding! Dong!
"Airi! Airi!"
Bunyi lonceng semakin ditekan banyak kali dan kedengaran suara seseorang memanggilnya di luar. Quzyairi melangkah laju lalu membuka pintu.
"Eh? Pakcik Samat kenapa ni?" Soal Quzyairi terus bila melihat wajah penat milik lelaki berusia itu. Itu ialah adik kepada arwah ayahnya.
"Ana...Ana..." Pakcik Samat berkata perlahan dan tercungap-cungap mengambil nafas. Penat dia berlari beberapa kilometer dari Villa Hellies.
"Pakcik Samat, kenapa dengan Ana?" soalnya lagi sambil menyentuh bahu pakciknya.
"Ana...Revan... dan Josh..." tersekat-sekat ayat Pakcik Samat berkata-kata. Penatnya betul betul penat.
"Kenapa pakcik! Apa jadi dengan mereka!" Soal Quzyairi dengan nada keras. Hatinya bagai di goncang kuat seperti tsunami bila mendengar nama Ana asyik meniti dibibir Pakcik Samat.
"Sana... pergi sana cepat! Diaorang kejar Ana!" Beritahu Pakcik Samat lalu tangannya menunjuk ke arah kanan. Dimana Villa Hellies dan kawasan Jeti berdekatan.
Quzyairi sudah cemas. Fikirannya mula terfikir tentang BlackScorpine.
Bang!
Bunyi tembakan kedengaran. Agak jauh dari rumah minimalisnya. Pakcik Samat sudah terduduk di lantai kerana kepenatan.
"Quzyairi, kenapa ada bunyi tembakan?" Tiba-tiba Anggun Madeannah muncul disebelah Quzyairi. Wajahnya sudah pucat. Fikirannya teringat akan Ana.
YOU ARE READING
Anggun Madeannah
ActionApakah yang anda lakukan bila anda tahu anda sebenarnya ketua mafia? Seorang gadis yatim piatu kematian kedua insan tercinta dipanggil ibu dan ayah ketika berusia enam belas tahun. Memori hitam yang meragut insan tercinta masih lagi berputar difikir...