AM 45

899 39 3
                                    


STAY TUNED
ENJOY YOUR READING !

feel free to comment so I can improve my writing skills, thankyou!❤

***

WAKTU pagi yang indah dengan kicauan burung berterbang di langit biru. Tenang dan nyaman. Indah jika menjadi seekor burung, bebas terbang di udara.

Kawasan Latihan Pertahanan Diri, Markas Helliessicies.

Quzyairi Qaiqusydan memandang setiap anak-anak buahnya hingga tidak terkira bilangannya dengan jumlah lelaki lebih ramai dari perempuan. Namun, kehebatan mereka cukup menandingi pihak lawan.

Syukur kepada lapan orang jurulatih khas Helliessicies. Tahap ketahanan diri anak-anak buahnya semua meningkat secara mendadak.

Suara dengusan dan penat lelah mengisi ruangan hasil dari anak-anak buahnya yang bakal bertarung nyawa malam ini.

Malam ini bakal mencipta sejarah kepada Radmeoqiescoe dan Helliessicies.

Tok! Tok!

"Come in," tegas suaranya.

Pintu diketuk dua kali sebelum satu figura dikenali memasuki ruang bilik atas keizinan Quzyairi.

Figura itu mula melangkah ke belakang Quzyairi Qaiqusydan selepas menutup rapat pintu.

"Quzyairi..." tegur Joshua Pan dibelakangnya membuatkan dia menoleh.

"Mika beritahu aku yang kau nak jumpa aku. What's the problem?" sambung Joshua Pan. Quzyairi Qaiqusydan hanya mengangguk mengiyakan apa yang lelaki dihadapannya sampaikan.

Quzyairi Qaiqusydan melimpasi sisi Joshua Pan lalu mengambil tempat duduk di bahagian depan cermin tingkap yang mempamerkan panorama anak-anak buah Helliessicies sedang berlatih. Anak mata Joshua Pan hanya memerhati dan mengikut gerak geri si ketua.

"Nothing. Aku hanya nak bagitahu aku akan bawa kau dan Rossamary saja ke markas BlackScorpine malam ni," ujarnya tidak bernada. Namun, ada maksud tersirat sebelum mengalihkan pandangannya keluar tingkap. Senyuman kecil terukir di wajah.

Dahi Joshua Pan sudah berkerut seribu.

"Why? Tempat diaorang mesti bahaya kalau kau hanya bawa sikit orang. Keselamatan kita akan jadi tipis," bantah Joshua Pan dengan mata yang sudah membulat.

Quzyairi Qaiqusydan diam.

"BlackScorpine pasti akan senang kalau kau memilih untuk bawa sikit orang. Think properly, Quzyairi. Think," Joshua Pan benar-benar membantah kata si ketua.

"Don't worry, Joshua. Aku akan bawa lima orang yang handal bersenjata dari kumpulan Helliessicies dan Radmeoqiescoe. So, there is nothing to worry. Lagipun..."

"Tiga belas orang tidak cukup, Quzyairi! BlackScorpine pasti akan ada ramai konco-konco yang jaga kawasan tu!" bantah Joshua Pan sekali lagi dengan keras sekeras kerasnya.

Quzyairi Qaiqusydan mencerlung tajam memandang Joshua Pan. Nafas ditarik perlahan dan hembus.

"I know what I do, Joshua. Lagipun aku tak rasa selamat kalau biarkan markas-markas semua kosong hanya sebab semua pergi serang markas BlackScorpine," jelasnya tegas. Joshua Pan menunduk menghela nafas berat. Fikirnya, Quzyairi tidak faham apa yang cuba disampaikan.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now