WANGIAN bawang merah dan bawang putih yang ditumiskan dalam kuali menusuk terus ke rongga hidung Puan Rokiah. Siapalah yang rajin awal bangun masak sarapan ni?
Puan Rokiah berjalan perlahan menuju ke dapur. Dari saat dia membuka pintu bilik lagi, wangian masakan seseorang sudah mengoncang perutnya. Sempat Puan Rokiah melihat jam dinding.
Baru menunjukkan jam enam tiga puluh empat pagi.
"Hari ini cik Anggun nak masak.... dum! dum!... nasi goreng kampung!" Ujar Anggun Madeannah sendiri sambil mengaul nasi yang baru dimasukkan ke dalam kuali. Gembira betul gayanya.
Tanpa sedar dengan kemunculan Puan Rokiah yang sudah tersenyum-senyum dibelakangnya, Anggun Madeannah hanya teruskan berkata pada diri sendiri. Kekadang menyanyi kecil dengan lengang-lengoknya.
"Hmmmm! Wanginya menantu kesayangan umi masak" puji Puan Rokiah dibelakang menantunya.
"Opocot mak kau bawang bawangg" latah Anggun Madeannah lantas menoleh ke belakang. Dilihat wajah mertuanya sudah tersengih-sengih
"Umi ni...terkejut Anggun" rajuk Anggun Madeannah lalu menyambung mengaul nasi goreng dalam kuali. Sekali sekala dia bermanja dengan Puan Rokiah. Sesungguhnya dia rindukan kehangatan kasih sayang seorang ibu.
Puan Rokiah terus mencubit pipi gebu milik Anggun Madeannah dengan geram. Wajah menantunya sudah pun tersenyum lebar. Suka betul kena usik.
"Dah tak payah nak merajuk sangatlah wahai menantuku."
Anggun Madeannah sudah tersengih-sengih malu.
"Awal sangat kamu masak sarapan ni. Kamu nak pergi kerja ke nanti?" Sambung Puan Rokiah. Dilihat di atas meja kecil dalam dapur ini sudah tersusun beberapa keping roti bakar dan sup ayam. Tinggal dihidang ke meja makan diluar saja.
"Tak lah, Umi. Anggun cuti seminggu. Akak Anggerik bagi cuti. Abang Zyairi yang nak pergi kerja" jawap Anggun Madeannah lembut. Lalu dapur gas ditutup.
Eh Abang Zyairi?
"Eh? Airi kerja hari ni?"
"Ha ah, Umi. Abang Zyairi tengah bersiap kat atas. Kejap lagi turunlah" balasnya lagi sambil menyenduk nasi goreng kampung tadi ke dalam mangkuk besar.
"Ish bertuah punya anak. Cubalah duduk rumah spent time with his beautiful wife yang meletup spicy hot-hot ni. Bawa pergi honeymoon ke" bebel Puan Rokiah sambil menggelengkan kepalanya. Anggun Madeannah hanya ketawa kecil mendengar bebelan mertuanya.
"Amboi Umi... dari atas lagi Airi dengar Umi membebel" tiba-tiba Quzyairi datang menyerbu ke dapur tatkala mendengar suara uminya di dapur dan ketawa halus yang lembut Anggun Madeannah.
"Eh... sejak pula Umi membebel? Kurik telinga tu pakai putik kapas lain kali" jawap Puan Rokiah lalu mengangkat roti bakar dan sup ayam ke meja makan diluar. Quzyairi hanya tersengih lebar apabila Puan Rokiah melimpasi depannya. Sempat diberikan jelingan maut.
Anggun Madeannah hanya diam lalu menyambung kerjanya. Masih kekok dengan Quzyairi tentang semalam. Dia mengangkat kuali yang digunakan tadi lalu diletakkan ke singki. Baru saja tangan kanannya mahu mencapai span sabun, tangan seseorang sudah menghalangnya dengan menyentuh tapak belakang tangannya. Dia tahu itu ialah suaminya.
"Marilah breakfast dulu" bisik Quzyairi halus tepat di telinga Anggun Madeannah.
Saat ini, Allah saja yang tahu betapa lajunya jantung Anggun Madeannah mengepam darah. Bagai ada satu perasaan yang muncul secara tiba-tiba di naluri hatinya.
Dan yang pasti lelaki itu layak mendapat perasaan itu darinya.
"Awak pergilah breakfast dulu. Saya nak bersihkan dapur" balas Anggun Madeannah perlahan. Sebenarnya dia cuba mengelakkan diri dari bertembung dengan lelaki itu.
YOU ARE READING
Anggun Madeannah
ActionApakah yang anda lakukan bila anda tahu anda sebenarnya ketua mafia? Seorang gadis yatim piatu kematian kedua insan tercinta dipanggil ibu dan ayah ketika berusia enam belas tahun. Memori hitam yang meragut insan tercinta masih lagi berputar difikir...