A M 9

1.1K 56 7
                                    

" Orang yang dikatakan hidup ialah orang yang bercita-cita, bersemangat, berpengetahuan dan meninggalkan jasa "(Ovidiums)

***

ANGGUN Madeannah berjalan sambil bermain telefon pintarnya. Bukan bermain tapi lebih tepat mencari maklumat tentang makanan halal yang dekat dengan persekitaran Hotel Pullman.

Manakala Dayang Syairah, berjalan dengan riang dihadapannya. Sekejap mengambil gambar. Sekejap berhenti mana-mana tempat dan menyuruh Anggun Madeannah menjadi jurugambarnya. Macam-macam!

"Dayang, aku dah jumpa lah" Anggun Madeannah bersuara sambil tangan lincah menekan gambar-gambar restoran dalam telefon pintarnya.

"Mana? Dekat mana?" Soal Dayang Syairah lalu mendekati dan berdiri sebelah Anggun Madeannah.

"Tengok dari nama tempat ni, Restoran di dekat...."

" Bonjour, je peux peut-être aider les deux à chercher de la nourriture halal ici (Hi, mungkin saya boleh membantu cik berdua cari makanan halal disini) " seorang lelaki memakai jaket sedikit tebal berwarna maroon menegur Anggun Madeannah dan Dayang Syairah.

"Psst.. Apa dia cakap tu, Anggun?" Soal Dayang Syairah dengan nada berbisik ditelinga sahabatnya. Matanya masih memandang lelaki itu. Sama seperti lelaki yang dilihatnya tadi pagi di kawasan lapangan terbang.

Anggun Madeannah dan Dayang Syairah memandang lelaki berjaket maroon itu dengan pandangan pelik. Macam pernah dilihat wajah lelaki ini tapi di mana?

'Kenapa dia muncul lagi?' Soal hati Anggun Madeanmah

" Salut, non, nous l'avons trouvé. Merci. (Hi, tidak apa kami sudah jumpa. Terima Kasih) " itu saja yang dibalas Anggun Madeannah sebelum mula berjalan pergi sambil menarik lengan Dayang Syairah.

'Kenapa aku harus bertemu dengan dia? Kenapa harus bertemu dengan Ashraf Naufil? ' hati Anggun Madeannah menjadi gunda-gulana.

"Weh Anggun, macam mana Ashraf tahu kita dekat sini? Bukan dia sudah lama menghilang kah sembilan tahun yang lalu?" Soal Dayang Syairah.

Ya, benar itulah Ashraf Naufil. Sahabat baik kepada arwah abang Anggun Madeannah iaitu Adam Mohammed. Dan sememangnya Dayang Syairah kenal lelaki itu cuma dia tidak tahu sesuatu..

Apa hubungan antara Ashraf Naufil dan Anggun Madeannah?

"Anggun! Tunggu dulu!" Jerit lelaki bernama Ashraf Naufil lalu berlari mengejar Anggun Madeannah dan Dayang Syairah. Tapi dua gadis itu hanya mengabaikan saja Ashraf Naufil.

"Anggun, please stop. I need to talk to you " rayu Ashraf Naufil lalu menarik tali sling bag milik Anggun Madeannah sehingga membuatkan gadis itu terhenti melangkah. Begitu juga Dayang Syairah.

"There is nothing to talk between us, Ashraf. Nothing " Anggun Madeannah membalas kata Ashraf Naufil dengan perasaan geram. Sungguh dia tidak senang dengan kehadiran lelaki ini selepas sembilan tahun sudah berlalu.

" Okay listen, Anggun. I have to talk something with you. This is about your brother, Adam " kata Ashraf Naufil sambil memandang tepat anak mata Anggun Madeannah. Gadis itu terus mengalihkan pandangannya.

Dayang Syairah sudah kelihatan keliru dengan situasi antara sahabatnya dengan sahabat arwah kekasihnya.

Ada apakah ini?

" Fine. But first Dayang and I need to find halal food here. Sebab Dayang lapar" balas Anggun Madeannah lalu memandang Dayang Syairah yang sudah masam mencuka.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now