A M 5

1.2K 54 4
                                    

" Hidup ini ibarat meniti seutas tali. Kadangkala kita jatuh dan terluka. Itulah yang kita rasai saat ini " (Pujangga)

***

ANGGUN Madeannah terus menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya selepas menjawab beberapa pertanyaan daripada Mak Timah di ruang tamu tadi. Mujur saja dia pulang sebelum azan waktu magrib berkumandang. Kalau tidak mesti Mak Timah dan Mak Jana akan risau.

Beg plastik yang penuh dengan barangan baru hasil membeli-belah bersama sahabatnya tadi diletakkan diatas katil. Dia mendekati meja lampu dan mengambil ikat rambut berwarna hitam lalu disanggulkan rambutnya. Dia bukanlah seperti kakaknya, Anggerik Makaisyah yang memakai tudung labuh. Dia belum terfikir lagi untuk berhijab.

Anggun Madeannah membuka jacket denimnya lalu disangkut pada lengannya kemudian mengambil semula beg plastik di atas katil tadi dan di bawa masuk ke dalam closet room. Beg plastik bersama jacket denim itu diletakkan di atas meja solek lalu kaki dibawa melangkah ke almari besar yang menyimpan segala pakaiannya. Almari dibuka. Dari pakaian jenis baju kurung sehingga baju fesyen moden tersusun indah. Dilihat pula lipatan shawl dan bawal yang pernah dihadiahkan padanya setiap kali ulang tahunnya oleh kakaknya dan Dayang Syairah. Setiap tahun dua wanita itu pasti menghadiahkannya tudung.

Sehelai tudung shawl berwarna putih diambil lalu dilebarkan kemudian di letakkan di atas kepalanya. Dia melangkah dan melihat cermin. Kedua hujung shawl disangkutkan pada bahu kiri dan kanannya.

" Kan lebih elok Deannah pakai tudung. Manis wajah Deannah. Sejuk hati ibu " suara Aisyah Maireenah kedengaran dihujung halwa telinga. Iaitu Ibu Anggun Madeannah. Masih teringat kata-kata ibunya memuji dirinya berhijab pada pagi hari raya ketika dia berusia lima belas tahun.

" Ibu.. " panggil Anggun Madeannah perlahan sambil matanya memandang cermin. Segala memori manis dirinya bersama ibu dan abah serta keluarganya mula bermain difikirannya sehingga air yang berkumpul ditubir mata menitis satu persatu.

Lutut Anggun Madeannah bergetar. Matanya yang mengeluarkan air mata yang deras tertutup rata. Kedua tangannya menahan diri pada meja solek. Anggun Madeannah menghela nafas berat. Dia tidak kuat. Dia tidak kuat untuk melalui kehidupannya selama lapan tahun tanpa ibu dan abahnya. Segalanya pergi terlalu pantas tanpa rasa keperimanusian. Tapi dia tidak menyimpan dendam. Dia redha. Cuma dia dilanda kerinduan.

Anggun Madeannah jatuh melutut dilantai. Dia menangis sepuas-puasnya. Hatinya pedih dan pilu. Kedua tangannya memeluk bahunya sendiri. Wajahnya menunduk. Matanya terpejam tapi air mata terus mengalir.

" Ibu...abah..." panggil Anggun Madeannah perlahan.

Masih dia ingat kekejaman seorang lelaki yang telah meragut nyawa ibu dan abahnya. Lelaki itu tidak mempunyai perasaan kah? Sanggup menarik nyawa orang lain yang bukan tugasnya?

" Deannah...Deannah jangan sedih nak. Ibu dan abah tenang disini. Kuatkan diri kamu nak. Kuat" sekali lagi suara ibu Anggun Madeannah kedengaran di halwa telinganya. Bertambah deras air matanya.

Anggun Madeannah rebahkan dirinya di atas lantai sambil memeluk kedua bahunya. Sisa tangisan masih ada.

Dia buntu. Sudah lapan tahun berlalu, dia masih dalam memori hitamnya.

Walaupun dimata orang dia kelihatan ceria, sisi di hatinya hanya dia dan Allah Swt saja yang tahu.

"Ibu...abah..."

***

LELAKI itu memandu laju masuk melepasi pagar besar Villa yang terdapat dipuncak Bukit Delima yang sudah tersedia terbuka oleh tiga orang pengawal keselamatan.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now