Stay Tuned Readers !***
QUZYAIRI Qaiqusydan melangkah masuk ke dalam pejabat yang disediakan khas dalam Villa Qusy miliknya. Pejabatnya terletak di lantai bawah dan berdekatan dengan ruang tamu yang kedua.
Pintu di tutup. Rapat.
Selepas dia puas melepaskan geram dan amarahnya di gelanggang memanah belakang Villa Qusy, dia datang ke sini.
Kerana Joshua Pan dan yang lain sudah menunggu dirinya di Markas. Markas rahsia yang berada di bawah tanah kediaman Villa Qusy.
Tiada satu pun musuhnya mengetahui kedudukan markas rahsia ini.
Kembali kepada Quzyairi Qaiqusydan. Matanya memandang setiap inci dan sisi dalam ruangan pejabatnya.
Nafas ditarik perlahan dan...
...hembus.
Wangian perfume milik Anggun Madeannah masih kekal dalam ruangan ini.
"Deannah..." Quzyairi menyeru perlahan nama isterinya itu.
Memori di dalam pejabatnya bersama isterinya--Anggun Madeannah kembali berputar di kotak ingatannya...
Pap!
Terkejut bukan main. Hampir sahaja Quzyairi melatah. Tamparan tangan isterinya di atas meja kerjanya sangat kuat seperti gegaran.
"Kau tahu tak! Mustafa tu dah plan macam-macam nak jatuhkan kita. Kau tak cuba lakukan sesuatu ke, Quzyairi" Anggun Madeannah bengang dengan suaminya yang bersikap tenang.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
"Abang tahu sayang. Abang ada rancang plan juga dengan anak-anak buah kita. Cuma..."
"Cuma apa? Kau buat kerja macam satu benda pun tak jalan lah!" Anggun Madeannah terus memotong percakapan suaminya.
Tidak sudah dia mengira dosa meninggikan suara kepada suaminya. Lantas kakinya dibawah ke arah sofa dan duduk.
Quzyairi menghela nafas berat. Komputer ribanya ditutup dan dia mula berdiri dari kerusi. Dengan langkah yang perlahan dia mahu mendekati isterinya...
"Don't come near. I don't want hear anything from you," ujar Anggun Madeannah dingin.
Quzyairi tidak peduli. "Macam mana sayang nak tahu plan abang kalau sayang tak nak cuba dengar apa yang abang cuba sampaikan?" soalnya tenang. Tubuh dibawa bersandar di tepi meja kerja sambil memandang ke arah Anggun Madeannah.
My beautiful wife.
"Kau tahu tak Mustafa tu dah banyak kali cuba bunuh aku, bunuh kau dan Ana! Kalau kau tak risau pasal aku, fine! Just think about Ana." Jawabnya sambil mata Anggun Madeannah menyambar pandangan mata suaminya tajam.
Quzyairi berdiri tegak namun masih tenang.
"Ok look, sayang. Abang bukan tak ambil berat pasal but I really do care about my wife and Ana." Quzyairi cuba menenangkan situasi mereka terutamanya Anggun Madeannah.
YOU ARE READING
Anggun Madeannah
ActionApakah yang anda lakukan bila anda tahu anda sebenarnya ketua mafia? Seorang gadis yatim piatu kematian kedua insan tercinta dipanggil ibu dan ayah ketika berusia enam belas tahun. Memori hitam yang meragut insan tercinta masih lagi berputar difikir...