SELEPAS Anggun Madeannah menghantar kakaknya ke depan pintu utama kerana mahu pulang, dia terus menaiki semula anak tangga menuju ke bilik tidurnya semula ingin mengambil kunci bilik tidur arwah kedua orang tua yang disimpan sebelum ke meja makan.
Anggun Madeannah memulas tombol pintu biliknya dan dibiarkan terbuka lalu terus menuju ke arah almari bersebelahan katilnya.
Baru saja laci pertama ingin dibuka, telefon jenama iphone 6s miliknya berdering di atas katil. Anggun Madeannah mencapai iphonenya dan dilihat nama Dayang Syairah lalu menjawab panggilan.
"Assalamualaikum Anggun!" Jerit Dayang Syairah memberikan salam. Anggun Madeannah terpaksa menjarakkan sedikit iphonenya dari telinga kerana bimbang telinganya akan pekak kurang dari satu minit.
"Waalaikumsalam. Apa yang kau mau, Dayang?" balas Anggun Madeannah sedikit kasar selepas dia menekan butang loud speaker. Dia tidak rela mendengar suara Dayang Syairah dekat pada telinganya. Sungguh suara Dayang Syairah itu nyaring mengalahkan cik ponti.
"Eh. Sejak bila aku nak telefon kau ni mesti ada alasan?" Soal Dayang Syairah.
"Tiadalah. Selalunya kau telefon aku mesti tidak lain tidak bukan pergi shopping" jawap Anggun Madeannah.
"Yes! You know me well. Apa lagi turunlah aku depan rumah kau ni. It's time to shopping girl " kata Dayang Syairah dengan ceria.
"Baiklah cik Dayang. Give me five minutes" balas Anggun Madeannah lalu mematikan talian. Nampaknya bukan hari ini yang sesuai untuk dia menyelongkar rahsia dalam kota hitam itu.
Anggun Madeannah terus menuju ke closet room untuk menukar pakaian. Bimbang jika sahabatnya menunggu terlalu lama. Jangan risau. Anggun Madeannah bukan jenis perempuan yang suka memakai alat solek tebal seratus inci.
***
ANGGUN Madeannah keluar dari pintu utama menuju ke almari kasut yang berada diluar diikuti dengan Mak Timah dibelakangnya.
"Cik Anggun balik jam berapa? Nanti boleh Mak Timah masakkan" soal Mak Timah pada Anggun Madeannah yang sedang memakai kasut sneaker berwarna kuning bercorak bunga mawar merah.
"Anggun tidak pasti lagi, Mak Timah. Mak Timah masak untuk Mak Timah dan yang lain saja." Beritahu Anggun Madeannah lalu berdiri tegak dan memberikan senyuman manis.
"Baiklah Cik Anggun. Hati-hati" pesan Mak Timah. Anggun Madeannah terus menyalam tangan tua Mak Timah. Dia sudah terbiasa dari kecil hingga ke besar diajar oleh kedua orang tua. Malah setiap kali ingin keluar semua orang dalam rumah ini pasti dia akan salam.
"Alright Mak Timah. Jaga rumah tau. Assalamualaikum" kata Anggun Madeannah lalu keluar dari pintu disebelah pagar rumahnya.
"Waalaikumsalam"
***
DAYANG Syairah yang menunggu Anggun Madeannah asyik memandang pelik kereta Audi hitam melalui cermin belakang. Sudahlah cermin gelap. Satu benda pun tidak nampak apa yang ada di dalam. Bila dia tiba ke depan rumah agam Anggun Madeannah, kereta Audi hitam itu memang sudah terletak elok di situ.
"Hey! Maaf Dayang lambat sikit" kata Anggun Madeannah sebaik sahaja dia menutup semula pintu kereta Lamborgini putih milik Dayang Syairah.
"Hey! Its okay Anggun" balas Dayang Syairah namun matanya masih memandang kereta Audi hitam dari cermin tepi kereta.
YOU ARE READING
Anggun Madeannah
ActionApakah yang anda lakukan bila anda tahu anda sebenarnya ketua mafia? Seorang gadis yatim piatu kematian kedua insan tercinta dipanggil ibu dan ayah ketika berusia enam belas tahun. Memori hitam yang meragut insan tercinta masih lagi berputar difikir...