A M 13

1K 48 1
                                    

ANGGUN MADEANNAH melangkah masuk ke sebuah restoran mewah di dalam Hyatt Regency Hotel. Dia mengambil masa setengah jam dari rumah untuk ke Hyatt Regency Hotel. Maklumlah jauh.

Masuk saja melepasi pintu restoran hotel mewah itu, dari jauh dia sudah dapat melihat seorang wanita yang sudah pun menunggunya di salah satu meja makan. Jam tangan jenama Rolex dipandang sekilas.

"Baru jam8.31" gumamnya perlahan lalu melajukan langkah ke arah Rossamarry Albert yang duduk membelakanginya berdekatan cermin.

'Tenang...,Anggun'

Anggun Madeannah menarik nafas perlahan. Apa saja yang akan disampaikan oleh Rossamary Albert tentang The Radmeoqiescoe, dia akan terima dengan hati yang terbuka.

Tangannya terus menyentuh bahu Rossamary Albert dan..

"Hai Kak Mary! Dah lama tunggu?" Sapa Anggun Madeannah dengan ceria bersama senyuman sehingga menampakkan lisung pipitnya di kedua belah pipi. Dia terus mengambil tempat duduk berdepan dengan Rossamary Albert.

"Eh Anggun! Tak lah. Kak Mary baru juga sampai ni. Belum order lagi" balas Rossamary Albert dengan ketawa kecil.

"Hahahaha alright. Rindu pula dengan Kak Mary. Long time no see hahaha" kata Anggun Madeannah dengan gelak ketawa yang kecil.

"I miss you too lil kid! Sebelum Kak Mary cerita, kita order dulu makanan okay" beritahu Rossamary Albert lalu memanggil pelayan selepas mendapat anggukan setuju dari Anggun Madeannah.

Tanpa sedar, seorang lelaki yang duduk selang beberapa meja sedang memerhatikan Anggun Madeannah dan Rossamary Albert.

***

SEBAIK saja pelayan lelaki mengambil pesanan mereka berdua, Rossamary Albert terus membuka bicara.

"What do you want to know? About Radmeoqiescoe?" Soal Rossamary bagai tahu apa yang bermain difikiran gadis dihadapannya.

"Everything. Everything about The Radmoeqiescoe. And who's Qusydan?" Balas Anggun Madeannah sambil menyandar dikerusi. Cuba menahan hati sebenarnya dari marah bila melihat Rossamary Albert hanya tersenyum manis.

"About The Radmeoqiescoe, I'll tell you everything but not now."

"Then? When? Where?" Soal Anggun Madeannah dengan nada serious. Macam sedang berhadapan dengan masalah negara.

"Maybe tomorrow at your house?" Cadang Rossamary sambil menjongketkan keningnya.

"Alright. 10 in the morning. Tapi kenapa bukan sekarang?" Anggun Madeannah merasa ada sesuatu yang pelik. Dia datang berjumpa dengan Rossamary Albert sebab mahu tahu tentang The Radmoeqiescoe. Tapi wanita itu tidak mahu memberitahunya sekarang.

Dilihat Rossamary mengeluarkan sekeping kertas kecil berwarna putih dan juga pen. Ditulis sesuatu pada kertas itu lalu diberikan padanya.

Ada seseorang sedang perhatikan kita. Kak Mary tak tahu itu musuh atau bukan.

Itulah yang ditulis oleh Rossamary Albert pada kertas yang dipegang Anggun Madeannah.

Dia mengangguk faham lalu memasukkan kertas kecil itu pada poket sling bagnya.

"Alright. Now tell me about Qusydan. Who's he?" Tanya Anggun Madeannah.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now