A M 22

1K 44 0
                                    

PAGI INI seperti kemarin, Anggun Madeannah menyediakan sarapan untuk suaminya, mertuanya, anaknya dan beberapa orang pengawal dan pembantu rumah di Qusy Villa. Rajin sungguh sejak bergelar isteri ni.

Sebaik saja Quzyairi pergi ke pejabatnya akibat ada urusan mustahak yang berkaitan dengan Organisasi Helliessicies, terus suaminya itu menyuruh pengawal mengetatkan kawalan di luar dan dalam Qusy Villa.

Sempat lagi menyuruh isterinya untuk sentiasa berjaga-jaga.

Anggun Madeannah duduk di sofa memandang kaca television yang tertutup. Sekejap-kejap matanya memandang ke arah jam dinding. Jam sudah menunjukkan jam sembilan tiga puluh enam pagi. Sudah setengah jam dia menunggu...

Namun bayang sahabatnya Dayang Syairah masih belum muncul.

"Mana pula minah sewel ni. Kata lima minit lima minit. Dah setengah jam ni. Meroyan anak aku kang." omel Anggun Madeannah sendiri. Memandangkan Ana hari ini tidak ada kelas kerana cikgunya menghadiri mesyuarat di luar bandar, Ana meminta Anggun Madeannah membawanya berjumpa dengan Dayang Syairah. Dipanggilnya Aunty Dayang.

"Mama...where is Aunty Dayang? She say wants to play with me" rengek Ana lalu melabuhkan punggung disebelah Anggun Madeannah. Kepalanya terus mendarat pada riba Anggun Madeannah.

Cepat betul Ana rapat dengan orang sekeliling. Mesra alam. Tengoklah sekarang, dia sudah pandai bermanja. Semalam pun merajuk sebab Quzyairi tidak membawanya ke tempat yang dijanjikan. Lelaki itu terlalu penat. Ana pun apalagi, datang ke arahnya dan mengaduh segalanya.

"Sabarlah... Aunty Dayang on the way. Ingatkan pesan mama semalam..." balas Anggun Madeannah sambil membelai rambut Ana.

"Ingat! Sabar itu separuh dari iman. Kan mama?" Jawap Ana lalu tersengih.

"Clever girl." Puji Anggun Madeannah

"And cute girl" sambung Ana.

Anggun Madeannah berasa sangat lain dari sebelumnya. Sebelum ini dia selalu bersendirian mengenangkan nasibnya di masa depan dan selalu dihantui memori hitam.

Tapi berbeza bila dia sudah bertemu dengan Quzyairi dan Ana. Hidupnya berubah lima puluh darjah. Walaupun lelaki itu kekadang menjadi iceberg, namun ada terselit perwatakan romantik. Ana pula selalu membuatkan dia tersenyum dengan telatah manja dan kecomelannya. Dia bagaikan berada di dunianya sendiri hanya bersama Quzyairi dan Ana. Tanpa memikirkan masalah.

Pon! Pon!

"Aunty Dayang ! " jerit Ana ceria lalu bangkit dari berbaring diriba Anggun Madeannah. Bagai tahu itu kereta Dayang Syairah, terus kakinya yang pendek itu berlari terkedek-kedek ke arah pintu. Mahu menyambut kedatangan Dayang Syairah.

Anggun Madeannah bangkit lalu hanya ikut dari belakang Ana.

"Aunty! Aunty! Aunty!" Jeritan ceria dari Ana membuatkan Anggun Madeannah tersenyum lebar. Comelnya anak kecil yang sudah dianggap seperti anak kandung sendiri. Walhal baru kenal anak kecil itu enam hari.

Dayang Syairah keluar dari kereta lalu " Annyeonghaseyo Ana!" Kata Dayang Syairah. Boleh pula berbahasa korea.

" Annyeonghaseyo! Annyeonghaseyo!" Balas Ana dengan lancar lalu memeluk pinggang Dayang Syairah sebaik saja menutup pintu kereta.

"Amboi Dayang... lepas kenal makcik dia yang lawa ni, terus mama dia  ditinggalkan" ujar Anggun Madeannah. Sengaja membuat nada suara seperti berjauh hati.

"No lah mama... I love mama and papa ketat-ketat tau!" Jawap dengan muncungnya. Pandai menjawab.

"Ohh...jadi nenek? Ana tak sayang?" Tiba-tiba Puan Rokiah muncul disebelah menantunya yang hanya berdiri di tepi pintu.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now