A M 27

995 47 0
                                    

PAGI yang indah ini, jam tujuh empat puluh lapan. Anggun Madeannah sudah berada di dapur menyiapkan sarapan. Senyuman dibibirnya masih terukir sejak selesai subuh.

Untuk pertama kalinya dalam hidup dan dalam pernikahannya yang baru setahun jagung ini, lelaki bernama Quzyairi memintanya untuk solat subuh bersama. Ah! Siapa saja tidak mahu solatnya diimamkan oleh suami sendiri?

"Goodmorning mama..." ucap Ana ceria lalu berdiri disebelah Anggun Madeannah.

Anggun Madeannah membalas lembut lalu memberikan senyuman manis.

"What are you doing, mama?" Soal Ana lalu mengambil satu biskut oreo yang berada dalam bekas.

"Oreo smootie for my sweetie little girl" jawab Anggun Madeannah lalu memasukkan oreo yang di dalam bekas tadi ke dalam blender.

"Wuu! My favorite"

"And papa's favourite too" sampuk Quzyairi dibelakang. Senyuman lebar diukir. Anggun Madeannah yang melihat wajah suaminya sudah terkaku.

Dup!

Dap!

Dup!

Dap!

Ahh! Kenapa baru hari ini dia sedar tentang kewujudan lisung pipit yang comel di kedua pipi suaminya!

"Noo... grandma say your favourite is latte" bantah Ana lalu menyilangkan tangan di dadanya. Wajah dicemberutkan memandang Quzyairi.

Pasti dia protes kerana tidak mahu papanya mengambil smootie oreo kegemarannya.

Quzyairi sudah ketawa kecil sambil melangkah mendekati mereka.  Melihat wajah cemberut Ana membuatkan Quzyairi geli hati. Comel sangat!

Anggun Madeannah hanya membiarkan kemesraan suaminya dan Ana. Dia sudah biasa disingkirkan.

"Latte is my second favourite sweetie." Quzyairi mencubit kecil hidung Ana.

"Cause, your mama is my first favourite" sambung Quzyairi lalu menunjuk ke arah Anggun Madeannah yang sibuk dengan blendernya.

"Of course mama is your favourite. Hari hari nak peluk" balas Ana lalu ketawa besar.

Anggun Madeannah bagai tercekik tulang ayam turki. Wajahnya sudah berona merah. Macam tomato!

Quzyairi juga ikut ketawa bersama Ana. Nampaknya anak kecil ini kekadang mengintip perbuatan mereka di sebalik balkoni.

"Naughty girl" kata Quzyairi lalu mencuit pinggang Ana.

"Noo.." Ana cuba mengelak sampai menyandar di tepi Anggun Madeannah.

"Yes, you're naugthy girl" kata Quzyairi lagi dan mencuit dua kali pinggang Ana.

"Noo..mama help me!"  Ana sudah menjerit sambil ketawa akibat di gelitik oleh papanya. Anggun Madeannah hanya ketawa kecil.

Quzyairi terus mengangkat Ana lalu mengelitik anak kecil itu.

"Mama! Help me. Papa is monster hahahahaha!"

"Monster? Huarghhh!" Terus Ana dilepaskan dari dukungan. Dibuat suara seperti raksasa menakutkan Ana sehingga berlari terkedek-kedek anak kecil itu keluar dari dapur.

Quzyairi hanya ketawa tetapi tidak mengejar. Sebab dia ada niat baru...

"Sarapan masak apa je? Oreo smootie?" Soal Quzyairi dingin lalu menyandar di kabinet bersebelahan Anggun Madeannah. Dipandang sekilas wajah isterinya yang sibuk dengan blender.

Anggun MadeannahWhere stories live. Discover now