===============
Bayu angin bertiup lembut seiring dengan bunyi deruan ombak cukup untuk menenangkan hati sesiapa. Tidak jauh dari situ, terdapat pertarungan kecil berlaku diantara dua orang remaja berlainan jantina.
Ting!
Ting!
Ting!
Bunyi lagaan pedang berterusan tanpa henti diikuti dengan ketawa mereka.
"Hah! Penatnyaaaaaa" omel si remaja lelaki sambil berguling diatas pasir pantai. Peluh yang membasahi tubuhnya membantu menyejukkan tubuhnya apabila bayu dari laut menampar lembut kulit mereka.
"Ish kau ni. Aku baru warm up kau dah macam nak pengsan ni ape citerr?" Ujar remaja perempuan itu dengan nada mengejek. Pedang yang digunakannya tadi sudah tersimpan kemas dalam sarung pedang di pinggang gadis itu.
Remaja lelaki tadi yang asalnya terlentang kepenatan membetulkan posisi duduknya bersama muka cemberut.
"Ceh! Mentang mentang dia kuat. Suka hati nak ejek orang!" Ujar remaja lelaki itu sambil mencebik. Merajuk konon.
"Bukan aku yang kuat, kau tu lembik!" Ujar gadis itu bersama ketawa kecil di hujung ayat.
"Iyela cik adik oii kita yang lembik ni jugakla yang terpilih masuk Final kan?" Jelingan maut dihadiahkan kepada gadis itu. Suka suki ja cakap aq lembik! Dia yang terlebih kuat! Jahanam punya kawan
"Ape jeling-jeling?! Aq korek biji mata tu karang!" Ujar gadis itu bersama pandangan menyampah.
"Aip! Nononooo aq sayang lagi mata aq ni gila. Buta la aq kalau kau korek nanti. Macam mana nk masuk minang kau nanti??" Usik lelaki itu bersama senyuman mintak penyepak free. Gadis itu membuat muka meluat.
"Kau ni dah kenapa oi! Kena sampuk ke apa? Nak kena tarajang aq ke baru nk sedar?"
"Uuuuu~ cik adik kitew marahhh"
"Ok. Kau memang nk kena!" Tanpa sebarang amaran penumbuk sulung gadis itu dengan bebasnya hinggap pada wajah lelaki itu. Lelaki itu mengaduh kesakitan. Namun penderaanya tidak berhenti di situ. Tak pasal pasal tubuh tegapnya menjadi mangsa kemarahan gadis itu. Habis diterajang, ditumbuk, dipijak, dan macam macam lagi sampaikan author tak sanggup nak senaraikan XD
"Awww!! Ampun Rene!! Aq insaf!! Ampunnn huhuwww." jeritan 'keinsafan' lelaki itu bagaikan angin bertiup. Langsung tidak dihiraukan oleh gadis itu.
Setelah puas. Penderitaan lelaki itu berakhir dengan tendangan yang padu. Maka bergolek lah jasad itu ke pinggir pantai.
"Sesungguhnya kau amat kejam bagi kaum wanita huhuwww" menangis tak berlagu remaja lelaki itu dibuatnya. Habis bengkak muka flawless remaja itu. Tidak terkecuali juga beberapa benjolan di kepalanya.
"Lain kali jangan nk acah sweet dengan aku la jahanam. Nasib baik hati aku masih terlalu baik untuk bunuh kau sekarang ni tau!" Geram saja wajah gadis itu memandang rakannya yang terbaring di gigi pantai tersebut.
"Yela yela~ kau menang aku kalah...... (-_-||)" lelaki itu mencebik kearah gadis itu.
"Hahahahahaha" dengan itu kedua mereka meletuskan tawa. Sesungguhnya hari itu merupakan hari yang bahagia bagi mereka. Disebabkan oleh faktor berlainan Akademi dan kedudukan tempat tinggal mereka amat jauh, mereka jarang bertemu. Kalau terjumpa pun sempat senyum je. Entah jodoh ke ape, mereka bertemu di kem yang dikhaskan untuk pelajar elite dari seluruh kota itu. Walaupun jarang bertemu keakraban mereka tidak pernah hilang. Masih sama. Dari dulu sampai sekarang masik tak berubah langsung.
YOU ARE READING
The Demonic Vampire (Hiatus)
FantasyVgirls merupakan kumpulan yg sangat misteri kerana rupa paras seperti manusia,personaliti seperti witch,perangai seperti vampire dan ketegasan mengalahkan werewolf dan macam2 lagi Sehingga menimbulkan 1001 persoalan dari pelajar2 College Of Fantasy...