👗01- Nama Aku Ifti👔

3.8K 111 124
                                    

#Assalamualaikum dan haiii...Sebelum awak baca nak bagitahu ni. Jalan cerita dan watak tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati tau. Cuma pinjam nama orang yang hidup je macam nama tukang karut sendiri, nama kawan-kawan dia. Mana yang tersama, yang kurang, yang lebih tu untuk menyedapkan rasa cerita je tau. Peace no war 😊😊

Cerita ni bukan side story bagi  cerita Khairina-Uwais dalam DIA SEMANIS GULA KAPAS dan bukan juga dari cerita Intan-Seman dalam KALAU DAH NAMAPUN JODOH dan BILA AKU ADA KAU. Watak-watak dalam cerita tak ada kaitan langsung dengan mana-mana cerita sebelum ni. Yang sama cuma nama-nama watak saja 😄

Oh, ya... cerita ni akan aktif diupdate bila cerita JatJaja (BILA AKU ADA KAU) dah bertemu titik penamat tau. InshaAllah...Thank you 😘😍

***

NAMA aku Ifti. Aku tahu tak ada siapa yang tanya. Tapi biarlah kalau aku nak bagitahu nama penuh pun. Ini kan cerita aku. Tsk!

Ifti Natalia Binti Izzuddin.

Ya, itu nama yang tertera atas surat beranak dan kad pengenalan aku. Kad pengenalan yang bermula enam dari depan dengan nombor 911026.

Aku suka angka 10 sebab bulan kelahiran sama dengan kekasih hati aku yang berada jauh di negara China sana.

Zhang Yixing.

Haah, ya! Yang tu la. Yang mamat cina tunggal ahli kumpulan EXO tu. Yang pandai menari, yang pandai buat lagu, yang ada lesung pipit dalam, yang makin kacak, yang pandai speaking omputeh dah sekarang... ya, dia tu yang bernama Zhang Yixing. Atau dikenali dengan stage name, Lay Zhang.

Oh ya. Memanglah Zhang tu huruf depan dia Z. Tapi ikut sebutan dialek orang cina, Zhang disebut dengan hurup J tau bukan Z.

Ayuh ikut aku sebut. Jhang. Lay Jhang. Sekali lagi... Lay Jhang. Haa pandai pun.

Dan aku suka angka 26. Sebab hari kelahiran aku berjiran dengan hari kelahiran kawan Lay Zhang iaitu Park Chanyeol. Dia punya tarikh 27. Kan sebelah menyebelah je tu. Cuma tak berjodoh je. Ehekkk!

Kalau Lay yang sumpah kacak namatey tu buah hati aku, seketul Chanyeol pula buah hati kawan aku, Khairina. Atau nama manja dia, Khai.

Dah. Cukup cuma nama je aku bagitahu buat masa ni. Ni kan cerita aku. Buat apa aku nak cerita banyak-banyak pasal Khai.

Memang betul. Aku suka sangat dengan dua angka tu. 10 dan 26. Tapi!

Ha, ada tapi.

Yang tapinya tu aku tak berkenan dengan angka yang paling depan tu.

91. Sembilan puluh satu.

Urgh!

Sangat tak suka!

Kalau nak isi borang apa-apa yang perlukan nombor IC, pergerakkan tangan aku yang memegang pen atau menekan keyboard menjadi lambat serta merta.

Kalau dulu...ya! Aku tak ada masalah pun. Aku boleh bangga lagi sebab selain bulan, tahun kelahiran aku pun sama dengan tahun kelahiran buah hati aku si Lay Zhang tu. Tapi sekarang haihhh... 91 kot!

Yang sebenarnya, aku bukan alergi dengan angka sangat pun. Tapi 91 tu merujuk kepada tahun. Tahun kelahiran aku. Dimana pada bulan sepuluh tahun ini secara rasminya aku akan pegang umur tiga puluh tahun.

Eh helo! Ifti bakal bergelar wanita dalam kategori three series kot! Habaq mai tang mana rasa bangganya? Tang manaaa?

Okey, aku bersyukurlah sampai sekarang Allah masih hidupkan aku dimuka bumi yang serba indah ni. Beryukur sangat sangat sangatttt. Alhamdulillah. Tapi!

Mr. Dimple Yang ManisWhere stories live. Discover now