PROLOG

109K 2.9K 231
                                    

Bam!!

Tubuh gempalku tersungkur ke lantai simen semasa aku sedang gelabah melari kan diri. Air mata yang sedari tadi membasahi pipi, makin deras mengalir.

Kesakitan yang aku alami pada tubuhku tidaklah sehebat dengan luka yang kini parah mencucuk perasaanku. Terus saja aku bangkit dari jatuhku lalu ku seret merapati dinding. Sungguh, aku berharap lokasi itu dapat menyembunyikanku daripada penglihatan pelajar lain.

Semahunya, aku menangis. Kek perisa kopi yang comot di kepalaku, aku sapu. Melekit dan kotor.

Aku sedih. Apa yang aku alami sebentar tadi tak lah seindah apa yang aku bayangkan. Salah kah aku untuk menikmati cinta? Salahkah orang bertubuh besar sepertiku mendapatkan cinta daripada lelaki yang diminati?

"Budak gemuk!! Kau cermin sikit diri kau. Dahlah gemuk, bodoh pula itu. Kau fikir orang macam aku ni hamak ke dengan perempuan buruk macam kau ni? Huh?!" lantang suara lelaki itu mencelaku.

Orang yang berada di sekitar pantas saja ketawa tatkala lelaki di hadapan ku itu habis mencela. Tak ada siapa pun di situ yang jatuh belas padaku. Tak ada juga pelajar di situ yang datang membelaku.

Di hadapan semua orang, aku hanya mampu menangis. Aku malu dan aku geram. Perasaanku hebat bertengkar. Kalau lah aku kuat, depan semua orang juga aku akan angkat tangan untuk melempang Tengku Adam Harriz itu namun sayangnya..

Aku tak sekuat itu. Aku hanyalah Aulia Arisya yang lemah dan bodoh. Aku biarkan lelaki itu terus menerus mentertawakan. Apa yang aku cuma mampu lakukan hanya lah menadah telinga mendengar pelajar lain memaki ku.

"Budak gemuk!!"
"Ihh, gajah!! Haha.. budak gemuk macam gajah.."

Bermacam-macam kata hinaan dilemparkan pada aku. Tak ada sekelumit pun rasa berdosa mereka kerana telah melukakan perasaan aku.

Mungkin bagi mereka.. orang bertubuh besar seperti ku tak layak untuk hidup. Bagi mereka.. bumi ini dicipta hanya untuk manusia yang cantik pada rupa dan tubuh semata.

Huh!!

Tak cukup dengan itu, ada juga segelintir pelajar yang melemparkan makanan kepada ku. Habis comot tubuhku kerana terkena sisa makanan mereka.

"Bodoh! Bodoh! Bodoh!!!!"
"Kau memang bodoh Aulia. Kenapalah kau tak pernah sedar?! Orang gemuk macam kau tak layak untuk dapatkan lelaki sehebat Harriz. Kau cuma budak gemuk! Budak gemuk!!"

Marahku pada diri sendiri. Air mata yang terjeda kembali lebat membasahi pipi. Kepala yang melekit dengan makanan, aku pukul beberapa kali.

Berharap dengan cara itu dapat menyedar kan aku untuk menerima realiti. Yurp, realiti yang orang gemuk sepertiku tak layak untuk mendapatkan cinta.

"Aulia?!" terdengar suara serak-serak basah menyeru namaku di balik bangunan tempat aku bersembunyi.

Lantas, aku tekup mulutku bagi menghalang bunyi sendu-sedanku ku kedengaran. Aku kenal pemilik suara itu. Dia pasti Hannan.

Hanya gadis itu sajalah yang baik padaku di sekolah ini. Dia sajalah penguat untuk aku terus bersekolah di sekolah neraka ini. Yang lain.. tak ada satupun yang mahu mendekat denganku.

Yalah.. siapa aje yang suka berteman dengan orang seperti ku? Pfft.. langsung tak ada keuntungannya.

"Aulia??" masih suara serak Hannan menyeru namaku namun aku langsung tak menyahut.

Beberapa minit kemudian, suara Hannan halus pada pendengaranku menandakan jejaknya sudah jauh dari sekitar bangunan.

Tak semena, keluhan legaku terlepas. Mata yang terasa pedih kerana terlalu lama menangis, aku sapu. Sedang leka aku membersihkan wajahku, mataku terpandangkan serpihan cermin besar yang berselerakan tidak jauh dari tempat penyembunyianku.

Tanpa diduga, akal warasku mulai hilang kewarasannya. Terlintas babak bunuh diri yang banyak aku tonton pada drama tv yang selalu aku tonton.

Senyuman pahitku terukir dan perlahan, langkahku merapati serpihan cermin itu. Salah satunya aku capai lalu aku belek dengan perasaan kacau.

Lama aku perhatikan serpihan tersebut sehinggalah aku tekad membuat keputusan. Aku halakan serpihan itu di pergelangan tanganku.

Senyumanku masih utuh terlukis.
"Kalau semua orang tak suka aku hidup, lebih baik aku mati. Sekurang-kurang nya, aku tak malu untuk seumur hidup aku." tuturku sendiri.

Dengan sekali hiris, terlihat darah merahku memancut-mancut di pergelangan tangan. Serpihan yang aku gunakan, terjatuh dari peganganku dan spontan, tubuhku tersandar di dinding.

Depan mataku, aku lihat darah tersebut masih tak berhenti memancut. Tubuhku juga, aku rasakan semakin lemah. Nafasku makin jadi tak teratur. Pandangan ku terasa kelam.

Perit namun aku cuba untuk tidak menjerit. Namun, apa yang aku pasti.. keputusan yang aku buat ini adalah betul.

"Aku akan pergi dan semua ini.. akan berakhir." perkataan itu keluar dari bibirku.

Peluh renek sudah kuyup membasahi dahi. Tubuhku makin lama makin lemah sehingga akhirnya, aku jatuh terduduk. Mataku terpejam rapat. Akhirnya, aku terkulai tak berdaya.

Yurp, Aulia Arisya yang gemuk dan gempal sudah mati.
...
p/s>>

Assalamualaikum semua, readers yang setia membaca dan menanti story daripada saya. Saya nak minta maaf kerana saya tak dapat nak teruskan dalam dakapan takdir. Dah beberapa kali saya tukar-tukar story  untuk story saya yang ke-11 ni.

Untuk cerita ni, saya yakin saya boleh habiskan sampai penamatnya kerana.. saya akan cuba untuk update selalu. Doakan juga saya dapt publish satu novel untuk tahun ni memandangkan itu salah satu azam saya tahun ni.

Btw, stay tuned😍
...

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now