BAB 30

37.6K 1.9K 93
                                    

Lagu bergenre romantik 'Bukan Cinta' dendangan Amilia berkumandang di corong radio. Yurp, agak janggal apabila lagu itu mulai terpasang dan mengisi ruang sepi antara kami berdua.

Sudah hampir lima belas minit perjalanan, dan.. kami masing-masing tak bersuara. Harraz di tempat pemandu pilih untuk membisu dan aku di tempat penumpang hadapan juga membisu. Kerana hal itu, aku pilih untuk menikmati suasana luar jendela.

Kurang sedikit rasa kejanggalan ku apabila tak memandang wajah lelaki itu. Lagipun, aku yakin.. dia juga tak mahu hadap wajah aku.

Apa yang dia katakan semalam sewaktu di bilik aku juga menjadi punca untuk aku terus berdiam diri. Dia cukup membuktikan pada aku bahawa perkahwinan ini bukan nya tiket untuk aku merapat dengannya.

Jadi, aku sebagai seorang perempuan yang tidak disukainya itu perlu belajar untuk terima hakikat itu.

"Nanti kalau dah sampai rumah parents aku, kau tunjuk perangai elok sikit. Kurang kan sikit perangai gedik manja kau dengan aku." sapaan suaranya itu berjaya menarik perhatianku untuk memandangnya.

Rumah parents dia? Aku sudah kerut dahi. Setahu aku, semalam dia beritahu aku yang dia nak bawa aku pulang ke rumah dia dan Farah tapi hari ini, tukar plans tiba-tiba ni kenapa?

"Kenapa rumah parent Tengku pula? Bukan semalam Tengku.." ayat aku tergantung, apabila dia memangkas.

Tanpa memandang aku di sisi, dia mencelah. "Parents aku tahu yang aku nikah dengan kau semalam. Diorang nak jumpa kau." tegas dia berbicara.

Meremang bulu roma aku bila Harraz kata kedua ibubapanya mahu bertemu aku. Hmm.. apa agaknya sebab yang buatkan parent lelaki itu mahu bertemu dengan aku?

Mungkin ke.. dia nak tahu muka perempuan yang dah berjaya buatkan anaknya terperangkap, hatiku menduga.

Seketika, aku diam. Pandanganku tundukkan ke bawah sambil otakku aku kerah untuk menyusun ayat seterusnya.

"Jadi, parent Tengku tahulah yang Tengku dengan saya.." sekali lagi, dia mencelah. Seakan tahu satu persatu soalan yang bakal aku aju.

"Diorang tak tahu fasal itu. Aku beritahu diorang yang aku kahwin dengan kau sebab Farah yang izinkan. Ini semua atas permintaan Farah sendiri sebab dia taknak burukkan nama kau depan parent aku." di hujung ayatnya kedengaran lirih.

Aku ketap bibir. Sempat aku lihat, raut kesalnya bertayang. Mungkin dia sedih kerana isterinya masih meragui kesetiaan nya.

Yurp, bagi aku Farah memang seorang perempuan yang bodoh. Untuk pertama kalinya, aku mengenali lelaki yang setia. Seberapa hebat pun aku menggoda dia, aku tahu hatinya tetap memilih perempuan itu. Huh, kenapa Farah tak nampak semua itu?

Kalau akulah yang berada di tempat Farah, aku akan hargai Harraz. Aku jamin yang kebahagiaan rumahtangga kami akan berkekalan namun.. sayangnya, aku bukan Farah. Bagi Harraz, aku tak ubah seperti bencana dalam rumahtangganya dengan gadis itu.

"Dekat rumah parents aku nanti, panggil aku abang.. jangan Tengku." pesannya setelah keheningan mengisi ruang kami sejenak.

Akur. Aku angguk tanda mengerti pada perintahnya.

Abang?
...
Perkarangan rumah villa tiga tingkat itu berjaya dimasuki oleh kereta Audi yang dipandu Harraz. Aku yang memerhati rumah mewah itu sudah tercengang kerana teruja.

Mana tidaknya, dari jauh lagi aku nampak rumah bak istana itu dan sungguh aku tak sangka, rumah itu adalah rumah kepunyaan keluarga Harraz. Huh, nampak nya kekayaan dia bukannya kekayaan yang biasa-biasa.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now