MHB 26

32.8K 1.7K 60
                                    

Hampir dua jam dia berurusan dengan orang-orang dari Jabatan Agama Islam itu. Lama dia berunding dan memperjelaskan segalanya namun masih, tak ada seorang pun yang mempercayainya. Harraz sudah bingung.

"Encik ada saksi yang cik Lia cuba perangkap encik?" soal salah seorang daripada mereka.

Harraz sudah mengeluh. Hampa. Berapa banyak kali pun dia mengulang, takkan ada sesiapa di situ yang akan mempercayainya. Semua sudah menuduh dia buat sesuatu pada gadis itu walaupun faktanya, dia adalah mangsa.

Mangsa yang terperangkap dalam permainan kotor Aulia Arisya.

Gadis tak guna itu! Masa-masa beginilah dia nak menghilangkan diri. Bodoh!, sebal Harraz dalam hati.

Kalau boleh, sekarang juga dia akan lumat gadis itu cukup-cukup. Huh, dia fikir gadis itu berbeza dan boleh dibuat teman namun nampaknya, gadis itu sama saja dengan perempuan yang dikenalinya semua ini. Gadis licik!

"Saya memang tak ada saksi encik tapi saya  jujur ni. Saya dengan dia tak buat apa-apa dalam bilik ni. Kami cuma bercakap dan itu sahaja." balasnya masih berusaha untuk menerangkan perkara yang benar.

Sunyi seketika bilik itu apabila staff-staff itu saling berpandangan. Seakan, cuma menutup perbincangan ini secepat mungkin. Walau macam mana berbeza pun soalan yang mereka aju, jawapan Harraz masih sama.

Akhirnya, mereka memandang Harraz semula. "Macam inilah encik, kalau betul encik ada bukti yang encik tak bersubahat dengan perempuan tadi.. encik tunjukkan pada kami tapi kalau tidak.. kami cadangkan untuk encik bayar denda." ujar salah seorang daripada mereka yang melabuh punggung di hadapan Harraz.

Harraz kerut dahi. Mudah betul. Bayar denda saja? "Saya bayar dan keadaan akan kembali seperti biasa ke encik?" soal Harraz mahu tahu.

Mereka diam sejenak sebelum salah seorang daripada mereka berlima menyahut. Kali ini, lelaki yang berjanggut nipis.

"Cuma, apa yang kami sarankan encik berkahwin dengan gadis itu. Memandangkan encik dan dia sudah bersekududukan jadi saya rasa.. nama baik cik itu juga sudah tercemar."

Terbuntang mata Harraz tatkala perkataan kahwin itu menyapa halwa telinganya.

Kahwin? Huh, tak mungkin! Cukuplah bagi Harraz seorang saja perempuan dalam hidupnya. Dan.. dia mahu Farah menjadi perempuan itu.

Harraz tak mahu menduakan isterinya dan dia juga tak terlintas untuk curang dibelakang isterinya. Selama ini, dia cuba untuk menjaga batas dengan perempuan untuk mengelak perkara sebegini namun nampaknya, usahanya itu ada batasnya.

Malam ini, dia akhirnya terkandas bersama gadis yang baru saja ditemuinya.

"Kahwin encik? Huh?! Encik, saya ni dah ada isteri dan saya cintakan isteri saya. Takkan mungkin saya perlu kahwin?" jerkah Harraz cuba menegaskan perkara itu.

"Betul apa yang Encik Basyar katakan. Untuk menjaga nama masing-masing, lebih elok kalau encik dan cik berkahwin." masih, tak ada sesiapa di situ membela Harraz.

Harraz sudah keluh perlahan. Ah, sudah! Satu persatu masalah timbul. Tadi, itu.. dan sekarang perkahwinan pula?

"Saya tak peduli. Tak kisahlah nama saya tercemar sekalipun, saya tak kisah. Apa yang saya tahu, saya takkan berkahwin dengan perempuan itu." muktamad Harraz membuat keputusan.

Dia sudah tekad. Sekali dia tegaskan hatinya masih sayangkan Farah, selamanya dia akan maksudkan perkara itu. Yurp, ingat senang ke nak setia?!

"Saya setuju encik kalau suami saya kahwin dengan Aulia kalau itu dapat.. bersihkan nama mereka." suara lunak Farah berjaya mencuri tumpuan semua yang berada di situ.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now