BAB 19

31.3K 1.6K 20
                                    

MHB 19

Melebar senyumanku bila mendapat pesanan sms daripada adik perempuan ku, Dahlia. Haih, tiba-tiba pula dia rajin nak berbalas pesanan dengan aku. Pfft.. nak lepas rindu ke apa?

"Assalamualaikum."
Kerana malas nak balas panjang-panjang, aku ambil keputusan untuk menghubungi terus adikku.

Huluran salamku disambutnya lembut. "Haih, tak sabar-sabar nak call adik. Rindulah itu kan?"soalnya sengaja nak mengusik.

Aku tersengih. "Bukan akak yang rindu adik, adik itu yang rindu akak. Kan?" dia ingat dia seorang aje tukang sakat? Haha.. ini Aulia Arisyalah.. serba boleh nak mengenakan orang.

Di hujung talian, aku dengar tawanya bergema. Namun, nadanya tampak hambar semacam. Seakan menyimpan sesuatu perasaan. Sedih dan sebak?

"Memang. Adik dengan ibu rindu kat akak. Ibu.. selalu tanya bila akak nak balik. Dia pun rindu akak." di hujung ayatnya, aku rasakan getaran.

Aku tersengih apabila Dahlia katakan begitu. Erm.. sudah lama rasanya aku tak mendengar suara ibu. Kesibukanku melayan karenah si encik dingin itu buat kan aku tak berpeluang untuk menjenguk ibu dan Dahlia di kampung.

"Boleh tak akak nak cakap dengan ibu, Dahlia? Nak gosip-gosip dengan ibu kejap." ujarku.

Dahlia sepi sementara. Aku pula setia menunggu. Berharap agar ibu ada gosip baru untuk dibawangkan dengan aku yang sedang bosan ni.

Yurp, sekarang ni adalah waktu aku berehat . Memandangkan kak Yana dan staff yang lain sudah rehat terlebih dahulu, jadi aku dibiarkan rehat sendirian ketika ini. hmm.. angkara Tengku Harraz itulah.

"Er.. kak, ibu tak ada kat rumah sekarang ni. Nanti kalau ibu balik, Dahlia bagitahu ibu yang akak call dia. Okay, kak?" gugup dia berbicara. Ada nada sebaknya terselit.

Aku sudah berkerut dahi. Sempat jam dinding yang tergantung di dinding kafe pekerja itu aku tilik. Tengahhari? Ibu pergi mana waktu-waktu begini?

"Ibu pergi mana, Dahlia?" soalku mahu tahu. Hairan juga dengan alasan yang Dahlia berikan itu.

"Er.. i-ibu pergi rumah Makcik Senah. Erm.. nak cari rakan bergosip lah kot." sempat dia mengata ibu. Tawanya yang melatar bagaikan dibuat.

Aku mengangguk faham. Haih, ibu ni. Tua- tua pun masih nak membawang lagi dengan makcik Senah, getus hati kecilku. Terasa lucu pula aku mendengar tingkah ibu itu. Tak pernah tak comel.

"Lah.. baru akak nak ajak sembang tadi. Hmm.. tak apalah. Kirim salam pada ibu. Cakap akak sayangkan ibu. Siap mimpi lagi tau, Dahlia." selorohku mengusik.

Pada masa yang sama, senyuman nipisnya terukir. Entah kenapa, berat hatinya untuk memberitahu perkara jujur tentang apa yang berlaku ketika ini.

Sambil melekap telefon ke telinga, matanya dikerling ke arah sosok yang sedang lesu terbaring di atas katil hospital. Sedu-sedannya cuba ditahan. Sungguh, dia berharap kakaknya tak menghidu emosi sebaknya.

"Yalah, kak. Nanti Dahlia call akak balik eiyh. Assalamualaikum." ucapnya.

Seusai salamnya dibalas, segera talian ditamatkan. Barulah tangisannya yang sedari tadi bertakung di birai mata, meleleh membasahi pipi.

Tangan lemah yang berada di sisi jasad, dicapainya lalu dikucup. Masih air matanya mengalir deras.

Setiap kali matanya memandang wajah pucat ibunya, setiap kali itulah tangisannya akan menjengah.

'Saya minta maaf dik. Kami dah cuba sehabis baik untuk membuang tumor yang membengkak dalam otak ibu adik cuma tindakan kami agak terlewat. Tumor itu dah merebak ke sekitar organ pentingnya dan pembedahan segera perlu dibuat. Cuma.. peluang untuk dia sembuh, mungkin tipis.'

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now