MHB 54

44.2K 2K 116
                                    

Di luar rumah, kedengaran renyaian hujan turun membasahi bumi disertai dentuman guruh yang agak lantang. Aku yang baru mahu mengangkat takbir sudah tidak khusyuk solat. Fikiran memaksa untuk aku fokus pada ibadah namun hati aku pula.. sibuk menanyakan gerangan si Tengku yang masih berdegil untuk tinggal di luar rumahku.

Haih!

Bila solat tak khusyuk, bacaan Al-Fatihah aku pun berterabur. Entah baca ke tidak basmallah pun aku tak pasti. Akhirnya, aku kalah.

Dengan perasaan berat hati, aku atur langkah keluar. Sambil memakai telekung putih milik arwah ibuku, aku membuka pintu rumahku.

Seperti apa yang aku duga, di luar hujan sudah mulai gerimis. Dalam hitungan detik, pasti gerimis itu akan jadi makin lebat. Guruh pun jelas kedengaran. Kuat dan lantang. Cuma, kilat aje aku tak nampak lagi.

Sejurus membuka pintu, aku terus menatap ke arah kereta Audi milik Harraz di luar. Dapat aku lihat, whiper  tingkap depan kereta Harraz terpasang. Melihatkan itu, aku senyum sembunyi.

Haih, ikutkan hati...aku ni memang dah kesian sangat dengan anak Tengku ni. Punyalah degil nak balik rumah, tak fasal-fasal terpaksa menunggu di bawah hujan. Nasib baiklah dia bawa kereta, kalau tidak.. basah kuyup agaknya dia bawah hujan itu.

Sudah dua hari, Harraz berada di halaman rumahku. Sepanjang tempoh itulah, dia tak henti merayu untuk berbincang denganku.

"Boleh tak kalau kau bagi aku peluang lagi, Lia? Aku nak minta maaf atas apa yang aku dah buat pada kau selama ni." dia merintih seusai keluar dari tandas.

Aku sudah tayang raut tanpa emosiku. Langsung wajahnya aku tak pandang. Entah kenapa.. setiap kali melihat wajah itu, aku jadi tak kuat. Perasaan aku jadi rapuh.

"Tengku tak pernah pun buat salah pada saya. Saya yang salah dalam hal ini. Jadi, saya rasa saya tak perlu kot dengar apa-apa penjelasan daripada Tengku." balasku dalam nada sindir.

Baru sahaja Harraz mahu meraih lengan ku, aku lantas saja menepis. Ada raut berang ku terselit. Menggambarkan betapa tidak selesanya aku setiap kali disentuh oleh lelaki itu.

Harraz juga jelas terkejut dengan tindakan refleks aku itu. Segera dia tarik tangannya daripada menyentuh aku buat kali kedua. "A-aku minta maaf." untuk sekali lagi, ungkapan keramat itu meniti dari mulutnya.

Namun, aku cuba untuk tidak peduli. Tanpa memandang ke arahnya, aku berjalan masuk ke dalam bilik.

"Kalau tak ada apa-apa, rasanya Tengku boleh kot keluar dari rumah ini. Bagi saya, tak ada apa-apa perbincangan yang kita perlu buat setakat ni." tuturku mendatar sebelum jasadku hilang daripada penglihatan Harraz.

Aku fikir lepas melemparkan ayat-ayat kejam itu, Harraz akan buat keputusan untuk pergi namun sangkaan aku meleset. Kata-kata aku itu masih membuatkan dia bertahan untuk menunggu aku. Huh! Degil.

Payung berwarna hijau yang terletak di belakang pintu, aku capai. Dengan telekung yang masih bersarung menutupi kepala, aku menyusun langkah keluar dari rumah. Dapat aku rasakan air hujan sedikit demi sedikit membasahi bahuku.

Segera, aku percepatkan langkahku mendekati kereta Harraz.

"Lia!" belum sempat aku nak ketuk tingkap, Harraz terlebih dahulu menurunkan cermin tingkap keretanya.

Ada raut terujanya bertayang saat melihat 'kegigihan' aku mahu menemuinya. Ergh!?

"Tengku tumpanglah rumah saya sekejap." hanya satu ayat yang aku ucap untuk mempelawanya masuk.

Apabila sudah mendapat greenlight daripada aku, Harraz terus saja keluar dari perut keretanya. Laju, dia berteduh di bawah payung yang aku bawa sekaligus tanpa disangka, mendekatkan jarak antara kami berdua.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now