MHB 32

37.5K 1.8K 131
                                    

Bunyi pekikan burung yang berkicauan pagi itu sedikit sebanyak mengganggu lenaku untuk berterusan. Ditambah lagi dengan samar-samar cahaya yang menerobos melalui jendela kamar, pejam- celik- pejam- celik mataku dibuatnya.

Buka sahaja mata, terus saja wajah Harraz menjadi tatapan. Tak semena, senyuman ku terukir nipis tatkala membayangkan apa yang berlaku semalam. Yurp, layanan Harraz semalam berjaya buatkan aku berasa dihargai oleh lelaki itu.

Jarak kami yang sangat dekat membuatkan aku bisa dengar jelas dengkuran halusnya meniti di celah bibirnya yang terbuka. Jelas keterlenaannya di situ. Comel aje cara tidur nya itu.

Memandangkan matanya masih terpejam, aku gunakan saat itu untuk membelek wajahnya. Wajah yang dalam masa singkat berjaya mencuri hati aku sepenuhnya.

Siapa kata cinta itu mengambil masa berbulan untuk bercambah? Cinta itu sukar untuk ditafsirkan. Kehadirannya juga tak mengikut tempoh yang ditetapkan. Yurp, cinta suatu keajaiban yang semua manusia akan alami. Dan.. aku rasa keajaiban itu kini menyelinap di balik pintu hati aku.

..untuk dia, Harraz.

Aku beranikan tanganku untuk mengusap wajahnya. Dengan berhati-hati, aku sentuh ubunnya dan kemudian pipinya. Kelihatan, Harraz bergerak-gerak sedikit apabila aku buat begitu kepadanya.

Namun, masih aku berdegil untuk menyentuh wajahnya. Entah kenapa, aku boleh seberani itu untuk memegangnya. Salah ke kalau aku nak memegamg wajah suami aku sendiri.

Sedang leka aku mengusap pipi Harraz, aku langsung tak menyedari lelaki itu sudah kecil mencelik matanya. Namun, apabila menyedari wajahku yang kini leka memandangnya, tak semena.. dia menjarakkan diri secara drastik.

Sungguh, perbuatannya itu berjaya buatkan aku terkilan. Berkerut wajahnya memandang aku seakan tak mengetahui punca aku berada di sisinya.

"K-kau.. buat apa kat sini?" soalnya kebingungan. Nadanya sedikit membentak.

Aku bangun dari tubuhku namun mataku masih tak lepas memandangnya. Hairan apabila lihat wajahnya yang tak keruan pagi itu.

"Sa-saya.."

Belum aku menghabiskan bicaraku, aku dengar dengusan kasarnya. Diraup wajahnya kasar. Ada rentak kekesalan pada hembusan nafasnya.

"Bodohnya aku!!! Apa yang aku dah buat ni!!!" naik seoktaf nadanya kerana geram dan marah yang saling bertamu.

Aku yang memerhatinya terhinjut bahu kerana suara besarnya itu. Perasaan takut ku menjelma apabila melihat wajah Harraz yang sudah menyinga.

Dia kelihatan sangat kusut. Gelagatnya seakan dia sudahpun membuat dosa paling besar dalam hidupnya. Mungkin ke.. aku jadi punca dia begitu?

"A-bang, Li-Lia..." baru saja aku mahu memanjangkan tangan, untuk menyentuh bahunya. Harraz terlebih dahulu menepis tanganku. Kasar.

Berkerut wajahnya pandang aku. Tajam tatapannya diusungkan ke arahku.

"Huh! Aku.. taknak.. kau.. panggil.. aku.. dengan.. sebutan.. itu!!! Faham!" satu persatu ayatnya ditekan membuatkan aku jelas terkesima.

Tanpa menunggu balasanku, Harraz terlebih dahulu meninggalkan aku di atas katil. Kamar mandi ditujunya. Sepanjang perjalanan, aku dengar dengusan kekesalan nya.

Aku perhatikan tingkahnya sehingga akhirnya jasad dia menghilang di sebalik pintu. Tak semena, air mata yang sedari tadi aku tahan deras berderai.

Tipulah, kalau aku katakan yang aku tak terluka dengan apa yang dibuatnya tadi. Dia buat reaksi sebalnya seakan bersama denganku adalah suatu kekesalan dan dosa.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now