MHB 27

33.7K 1.6K 77
                                    

Te'o panas yang dibawa, dihidangkan di atas meja. Senyum mesra, Dahlia hadiah kan buat Harraz yang kini sudah melabuh punggung di hadapanku. Terpaksa, aku tarik senyum memandang lelaki itu.

"Silakan minum, encik, Kak Lia." jemput Dahlia seusai menghidangkan minuman buat kami berdua.

Baru sahaja Dahlia mahu melabuh punggung di sisiku, aku terlebih dahulu menghalang. Wajah manis Dahlia, aku pandang.

"Dahlia, Kak Lia nak Dahlia masuk bilik sekarang. Ada benda yang akak nak bincangkan dengan Ten- erm, maksud akak .. encik ni." pintaku memegang lengan nya.

Dahlia diam sejenak sebelum anggukan akur nya diberi. Tanpa banyak kata, adik bongsuku itu terus saja berlalu masuk ke dalam bilik.

Pemergiannya meninggalkan kesan sepi dan sunyi antara aku dan Harraz. Aku sudah pandang Harraz dengan pandangan gugup manakala lelaki itu pula beri pandangan sinisnya.

"Aku dapat tahu mak kau baru aje meninggal. Takziah aku ucapkan." nadanya tampak bersahaja. Tak ada tanda-tanda berdukacitanya itu.

Aku sekadar ketap bibir. Terus pandangan ku alihkan ke tempat lain. Bila terpandang kan Harraz, aku terkenangkan kejadian malam itu.

Kejadian di mana aku dan dia terperangkap dalam helah Farah. Huh, aku yakin.. pasti saat ini dia masih terus menerus mempersalahkan aku. Dia fikir dia mangsa namun kenyataannya.. kami berdua adalah mangsa dalam perkara ini.

Farah adalah dalangnya.

"Kalau cuma itu saja yang Tengku nak katakan, lebih baik Tengku balik. Saya banyak lagi kerja nak kena buat." dingin aku menjawab. Hilang selera aku nak berkelahi dengan lelaki itu.

Lelaki itu sudah tarik sengih sinis. "Lepas cuba perangkap aku, semudah itu kau nak halau aku? Huh, kau tak sedar lagi ke kesalahan yang kau buat itu besar? Hah perempuan?!!" jerkahnya sedikit kasar.

Terdiam aku dihadapannya. Sesekali mataku jelingkan ke arah pintu bilik Dahlia yang tertutup rapat. Risau juga kalau Dahlia terdengar apa yang Harraz katakan.

"Jadi, Tengku buang saya. Buang saya dari hidup Tengku kalau Tengku tahu saya salah." ujarku dalam nada perlahan.

"Buang kau? Huh, kau ni memang perempuan teruk. Kau dah kucar kacirkan hidup aku dan lepas itu, kau nak lepas tangan pula?!" gertaknya marah. Raut geramnya ditayang.

Ketap bibir aku dibuatnya. Pandanganku tundukkan ke bawah. Kalaulah dia tahu.. bukan aku dalang semua ini cuma.. percaya ke dia?

Percaya ke dia kalau aku katakan semua ini berpunca dari rancangan Farah? Jerat isteri nya supaya dapat berpisah secepat mungkin dengannya?!

Aku keluh perlahan. "Jadi, Tengku beri tahu saya.. apa yang saya perlu buat untuk tebus kesalahan saya." lemah, aku berbicara.

Lelaki itu membisu. Masih dia berkira dalam hati untuk meneruskan perbincangan itu. Ikutkan hatinya, mahu saja dia buang gadis itu daripada hidupnya namun apabila membayangkan Farah, dia tak mampu.

Isterinya itu terus menerus mendesak untuk dia bertanggungjawab atas kesalahan yang dia tidak buat.

"A-aku nak kau jadi isteri aku. Kahwin dengan aku dan tebus kesalahan yang kau dah buat." lancar permintaannya itu meniti.

Aku yang mendengar apa yang Harraz katakan, jelas terkesima. Sungguh, aku tak menyangka dia akan berfikiran sampai begitu sekali.

Berkahwin dengannya? Huh?! Kebijakan siapa yang dia warisi ni sampai semudah itu dia meminta aku untuk mengahwini nya?!

"Apa? Tengku nak saya kahwin dengan Tengku?"

Dia berdehem. Pandangannya dilarikan dari terus menatap wajahku. "Kau jangan salah faham. Apa yang aku buat ni bukan sebab aku ada perasaan pada kau tapi.. aku buat semua ini demi Farah." mendatar dia menutur kata.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now