MHB 21

31.4K 1.6K 30
                                    

Pintu wad yang tertutup rapat, aku terjah begitu. Terus mataku meliar mencari jasad yang aku mahu temui. Langsung aku tak pedulikan keringat yang sudah membusuhi tiap inci tubuhku. Langsung aku hiraukan penat lelah yang menjenguk diriku ketika ini.

Apa yang aku cuma nak tahu.. adalah bukti untuk apa yang Farah katakan. Betul ke.. ibu aku sedang tenat? Yurp, aku perlu lihat perkara itu dengan mata kepalaku sendiri.

Belum sempat mataku meliar, terus saja tumpuanku terkunci ke arah jasad yang terbaring lesu di atas katil hospital. Di paparan skrin terlihat jelas betapa lemah nya degupan jantungnya.

Lemah. Aku hampir saja melorot jatuh namun sempat tanganku berpaut pada tombol pintu yang masih terbuka. Belakang tubuhku tersandar. Air mata yang sedari tadi kering.. membasahi pipi.

Tak-tak.. tak mungkin dia ibu aku. Bersungguh aku mahu membidas apa yang aku nampak ketika ini..

.. walaupun hakikatnya, jelas wanita itu adalah ibuku.

"Kak Lia!" suara keget itu menarik perhatian ku.

Dengan mata yang masih berbirai air mata, aku lihat sosok Dahlia samar-samar. Wajah kagetnya terpamer malah mulut melopong nya sebagai tambahan pada riaknya ketika ini.

"Kak-kak Lia.. tau mana i-ibu.."

"Kenapa Dahlia sembunyikan semua ini daripada akak?! Kenapa Dahlia tak jujur dengan akak?!!" jerkahku sudah deras menangis. Tak dapat aku selindungkan perasaan amarah dan sakit yang ditanggung hati aku ketika ini.

Dahlia hanya mampu sepi. Bagaikan jawapannya hilang untuk menjawab satu persatu soalan yang aku lemparkan padanya.

Lama dia begitu sebelum tangisannya juga ikut kedengaran. Terus dia rebah lalu tubuhku didakapnya erat.

"Maafkan Dahlia kak. Dahlia terpaksa. Dahlia nak beritahu akak tapi Dahlia takut semua ini akan ganggu akak di KL." balas nya sudah berselang-selikan sedu-sedan nya yang makin gamak bunyinya.

Aku hanya mampu meneruskan tangisan ku. Lemah, aku balas pelukan yang Dahlia berikan.

Walaupun awalnya aku geram dengan apa yang dia lakukan, aku tahu niatnya murni. Dia tak mahu aku susah hati kerana ibu cuma.. aku tak sokong dengan tindakannya.

Sebagai anak sulung ibu, aku juga berhak tahu tentang keadaan ibu. Namun, buat masa sekarang ini, aku taknak bertindak untuk salahkan dia. Dia masih muda untuk mengerti semuanya.

Lama kami berpelukan sebelum aku leraikan pelukan tersebut. Kepalaku mendongak memandang jasad ibu sebelum perhatianku teralih ke arah Dahlia yang mulai redha tangisannya.

Pipinya aku cepung. Sesekali, air peluhnya yang membasahi dahi aku sapu. Huh, kasihan benar aku melihat nasib adik aku itu.

Kecil-kecil lagi sudah terbeban dengan perkara seberat ini. Hilang kasih ayah dan kini.. ini!

"Akak maafkan cuma.. akak nak Dahlia ceritakan semuanya. Kalau boleh, jangan sembunyikan apa-apa pada akak." pintaku berharap. Sungguh, aku bergantung pada kejujuran Dahlia saja sekarang ini.

Matanya aku pandang sebelum keluhan lemahnya, menyapa halwa telingaku.

"Baik, kak Lia. Dahlia akan jujur."
...
Berkali-kali dia menghubungi interkom namun orang yang dipertanggungjawab kan untuk menjawab, tidak mengangkat. Hati Harraz disapa rasa sebal. Tak pernah- pernah gadis itu buat hal, hari ini reti pula dia nak cari fasal?

Huh?! Mungkin sebab kau hantar dia, so dia start tunjuk kepala?, getus Harraz sendirian.

Tak semena, tangannya menghempas meja. Egonya rasa tercabar.

"Menyesal aku tolong minah itu! Huh!" jerkahnya sendirian.

Segera, langkahnya dipanjang keluar dari pejabat. Tubuhnya dibawa keluar lalu matanya melirik ke arah meja Aulia yang tidak jauh dari pejabatnya. Kosong! Matanya sudah buntang.

Mana pula minah ni pergi?, hatinya sudah menggumam sendirian.

Jam tangan yang mengelilingi lengannya dibelek. Sudah hampir pukul 4 petang dan gadis itu masih belum habis rehatnya? Aih, melampau.

"Kak Yan! Datang sini kejap!" serunya sudah melambai-lambai tangan ke arah wanita yang kononnya khusyuk buat kerja.

Ehem..

Laju saja kak Yana melangkah mendekati lelaki itu. Wajah kecutnya bertayang. Risau kalau majikannya itu dapat tangkap dia melayan telefon semasa bekerja.

"Y-ya, Tengku? A-ada apa?" gagap dia bertanya. Pandangannya ditundukkan. Tak berani nak memandang mata Tengku Harraz yang sudah membara.

"Kak Yan tahu mana Aulia pergi?"

Bila nama Aulia disebut, terus wanita itu mengangkat pandangannya. Dahinya berkerut lalu gelengannya diberi. "Erm.. itu saya tak pasti Tengku. Sepatutnya sekarang dia dah habis rehat." jawab Yana jujur.

Sesekali matanya dikerling ke arah meja Aulia yang masih kosong. Raut resahnya bertayang. Risau juga dia kalau Aulia akan dimarahi oleh Tengku Harraz. Paling parah jika.. gadis itu dipecat.

Harraz sudah ketap bibir. Diarahnya, Yana untuk kembali bekerja sambil dia berdiri memerhati meja Aulia yang masih kosong. Perasaannya diterpa rasa ingin tahu bila lihat gadis itu masih belum memunculkan diri.

Mungkin ke, dia sedang kesusahan sekarang ni? Hatinya sudah berteka-trki sendiri.

"Halu, Raz.." sapaan suara garau itu menjeda kan lamunan Harraz.

Automatik, pandangan Harraz beralih kepada punca suara tersebut. Dilihatnya Luqman sudah tersengih mendekatinya. Nampak lain macam sengihnya itu.

"Kau buat apa kat sini?" mendatar Harraz mengaju pertanyaan. Acuh tak acuh saja.

Luqman tarik sengih. Sesekali matanya melirik ke arah meja kerja Aulia. Makin lebar senyuman nya setelah itu. Hareaz yang sedar akan raut Luqman itu sudah berkerut dahi.

"Mesti pelikkan PA kau tak masuk lagi?" soalnya dalam intonasi bersahaja.

Harraz tergamam. Agak terkejut sebenarnya bila Luqman seakan dapat meneka apa yang bersarang dalam fikirannya ketika ini. Telepati?

"Kau.. tahu dia kat mana?"duga Harraz ragu.

Luqman tarik sengih. Sempat, pandangan nya meliar ke sekitar pejabatnya. Dilihatnya kebanyakan staff yang berada di situ sudah terjeling-jeling menghendap perbualan mereka berdua.

Pfft.. manusia! Tak pernah lepas dengan berita yang sedap didengar, seronok diumpat.

"Aulia jumpa isteri kau." perlahan dibisik nya perkara itu ke telinga Harraz.

Terpinga Harraz dibuatnya. Matanya membuntang. Segera wajah tenang Luqman dihadapnya.

"Ma-mana kau tahu?"

"Aku nampak dia keluar dari butik isteri kau. Huh, kau tak rasa something clingy ke kat sini?" sindir Luqman perlahan.

Namun, cukup jelas pada pendengaran Harraz. Penumbuknya sudah dikepal. Perasaannya bercampur baur.

Kalau gadis itu merepek benda tak betul, Harraz takkan segan silu untuk diamkan gadis itu walaupun guna cara kekerasan sekalipun!

Dia sanggup!
...

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now