MHB 64

42.4K 1.8K 37
                                    

Tempat letak kereta yang terletak bawah tanah Kondominium Le Saville ditujunya. Seusai memarkir kan keretanya, Farah segera mematikan enjin. Untuk seketika, dia membisu. Fikirannya terbayang akan pertemuannya dengan Aulia Arisya petang tadi, tak semena.. senyuman penuh makna nya timbul.

"Kau.. dah lakukan yang terbaik Farah." monolognya sendirian.

Baru sahaja dia mahu melangkah keluar dari perut keretanya, telefon pintar yang berada dalam beg tangannya berdering. Sambil berjalan, Farah menyelongkar isi dalam beg tangannya untuk mendapat kan telefon pintarnya.

Capai sahaja telefon, Farah laju saja membelek. Tak semena, timbul senyuman lebarnya tatkala nama kawan baiknya tertera pada skrin.

"Aih, risau sangatlah dia ni.." bisiknya sebelum panggilan daripada Munirah diangkat.

Munirah Hanim merupakan teman paling rapat Farah semasa belajar dahulu. Kali terakhir dia bertemu dengan rakannya itu adalah semasa majlis resepsi dia dan Harraz beberapa tahun lalu. Setelah itu, rakan karibnya itu terus menyambung pengajiannya di Melbourne dalam bidang Keselamatan Pekerjaan.

Lima bulan lalu.. usai Harraz melafazkan talak padanya, Farah hilang punca bergantung. Dirasakan hidupnya terumbang-ambing. Mahu mendapatkan belas daripada ibubapanya, papanya telah buang dia kerana tidak mahu menanggung rasa malu. Kawan? Dahulu dia memang memiliki ramai kawan namun sekarang.. kawan bagaikan hilang bila dia berada dalam kesusahan.

Hampir sebulan lebih dia menderita. Makan tak cukup, duit pun tak ada. Sampaikan ada satu masa, dia mahu ambil keputusan untuk menjual butiknya bagi mendapatkan lebih wang untuk menyara hidupnya.

Namun.. di saat dia menanggung keperitan, Munirah hadir membantunya. Sebulan lepas itu, kawannya pulang dari Melbourne setelah tamat pengajian. Takdir menemukan semula Munirah dan Farah di sebuah kedai runcit. Dan, dari situlah Munirah mula menghulurkan bantuan kepada Farah.

Yurp, Farah bersyukur. Dalam kesulitan begini, Tuhan masih membantu dia untuk meneruskan hidup seperti sediakala.

"Dah malam ni, mana kau?" soal Munirah seusai salam yang dihulurnya, mendapat jawapan daripada Farah.

"Aku ada kat parkir ni. On the way nak naik atas. Hmm.. aku baru balik dari jumpa seseorang." jawab Farah tenang. Senyumannya kekal terukir di bibir.

Di hujung talian, Munirah sudah berkerut. "Siapa?"

"Aku jumpa.."

Sreett!

Bunyi seakan plastik dipijak itu mengganggu konsentrasi Farah untuk meneruskan perbualan. Gadis itu sudah kaku. Bulu romanya mulai merinding tatkala tubuhnya dapat merasakan aura seseorang sedang berada rapat dibelakang nya.

"Farah?!! Kenapa kau diam? Farah?!" pertanyaan penuh resah itu diajukan Munirah dalam talian.

Namun, Farah tak mampu membalas. Lidah nya kelu. Dapat dia rasakan peluh-peluh renek membasahi dahinya. Mahu saja dia berpusing namun keberaniannya menghalang.

"Farah?!" masih kedengaran suara Munirah memanggil.

Untungnya, Farah tak pasang loudspeaker jadi mungkin individu yang berada di belakangnya itu tak mendengar. Dia masih teruskan talian dengan Munirah. Jikalau ada apa-apa terjadi padanya nanti, mungkin Munirah boleh jadi saksi.

"Babe.." lembut suara garau itu menyapa.

Terkedu Farah dibuatnya. Dia kenal pemilik suara garau itu.

Kerana kaget, Farah menoleh ke belakang. Seperti apa yang ditebaknya, kelihatan sosok Daniel yang berpakaian serba hitam melangkah dekat. Walaupun mulutnya ditutup dengan penutup mulut namun matanya cukup tidak asing pada Farah. Mata tajam dan menggoda itu.

"D-Danial?" tanpa sedar, nama lelaki itu disebutnya.

Di sebalik topeng, Danial tarik sengih. Sempat matanya melilau sekeliling. Dia mahu memastikan keadaan di situ selamat untuk dia meneruskan adegan seterusnya.

"Rindu tak I?" soal lelaki itu masih tak berhenti mendekati Farah.

Farah di hadapan sudah teguk liur. Perlahan-lahan, langkahnya mengundur ke belakang. Dapat dia rasakan dari cara Danial merenungnya, lelaki itu seakan mempunyai agenda nya tersendiri.

"A-apa yang you nakkan lagi dari I, Danial? I-I dah tak kacau hidup you kan?" tersekat-sekat Farah membalas. Raut resahnya jelas bertayang.

Danial pula makin lebar senyumannya. Sempat matanya turun ke arah perut Farah yang kelihatan isinya. Yurp, itulah tujuan utamanya mengekori Farah.

Disebabkan oleh anak itu!

Tak membalas. Spontan saja, Danial menggerakkan tangannya ke depan. Lagaknya seakan memberi arahan.

Farah yang awalnya tak mengerti terus saja diundang rasa takut apabila matanya menangkap tiga sosok lelaki berpakaian serba hitam datang menyerbu ke arahnya.

Baru saja Farah mahu melarikan diri, salah seorang lelaki tersebut berjaya menangkap nya. Telefon pintar yang sedari tadi berada dalam tangan Farah, tercampak ke bawah kereta hasil pergelutan Farah dengan orang suruhan Danial itu.

"Dan!" raung Farah sudah menghambur air mata. Belum sempat dia mahu menyambung ayat seterusnya, mulutnya pantas ditekup.

Beberapa kali Farah meronta untuk meloloskan diri namun hujungnya sia-sia. Dia cuma dapat penat dan sakit. Takkan mungkin kudrat selemahnya mampu menandingi kekuatan tiga orang lelaki di situ.

Danial di hadapan sudah menurunkan penutup mulutnya. Kali ini, lebih jelas senyuman jahatnya terukir. Diperhatikan Farah atas bawah sebelum matanya berhenti ke arah perut gadis itu.

"Farah, Farah, Farah.. kau lawa, kau cantik tapi kau bodoh. Selama ni kau fikir, aku cintakan kau tapi nampaknya kau silap. Hati aku tak pernah ada kau. Aku cuma nak rasa kau. Kau jual mahal sangat sampai aku fikir rugi kalau sekali aku tak cuba. Tapi, nampaknya kau tak adalah mahal mana. Bila dah tiap hari dapat rasa, aku pula naik bosan dengan kau.

Eh, bila aku buat keputusan nak lepaskan kau, kau pula bawa berita kau mengandung anak aku. Kau rasa aku gembira ke? Hmm.. gembira?!" gertak lelaki itu dan dengan kasar tangannya menampar kuat perut Farah.

Tindakan Danial itu buatkan Farah merintih sakit. Mahu saja dia terduduk namun seluruh anggotanya sudah dikunci untuk berdiri. Air matanya tak henti-henti meleleh mendengarkan setiap bait kata yang dilemparkan Danial padanya.

Yurp, sakit!
Sangat sakit..

Danial tersenyum melihat adegan syahdu Farah. "Kalau kau gugurkan budak ini, aku mungkin takkan apa-apakan kau sekarang tapi.. nampaknya kau dah buat keputusan yang silap. Takkanlah aku nak biarkan orang nampak kau bawak budak ni berjalan kan? Huh, aku takkan izinkan. Faham? Lebih baik kalau dua-dua mampus!!"

Terbuntang mata Farah mendengarkan apa yang disampaikan Danial itu. Sungguh dia tak percaya dengan apa yang cuba lelaki itu sampaikan? Mam-mampus?!

"Kau bertiga buatlah apa aje dengan dia malam ni. Tapi ingat, lepas aje korang dah pakai dia.. korang bunuh dia dan anak dalam perut dia. Pastikan esok orang jumpa mayat dia. Faham?!" arah Danial tegas sebelum langkahnya menghilang pergi.

"Danial!!!!!" laung Farah sekuat hati namun mulutnya masih ditekup. Air matanya sudah lebat turun.

Takut, risau.. perasaan itu kian merantai jiwa Farah.

Beberapa kali dia meronta. Dia cuba untuk menyelamatkan dirinya sendiri namun dia tak mampu. Ketiga-tiga lelaki itu berjaya menyeret tubuhnya ke suatu tempat yang sedikit tersorok. Dia masih berdegil untuk bebas.

Namun, nasib tak menyebelahinya.

"Farah......!!" rintihan Munirah kedengaran dari corong speaker telefon pintar Farah. Dia dengar semuanya.

Ya Allah, kau lindungilah dia.
...

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now