MHB 46

41.2K 2K 137
                                    

Kereta Audi yang dipandu Harraz akhirnya berhenti tepat dihadapan rumah agam milik keluarga mertuanya. Dari dalam kereta, ditatapnya rumah itu sejenak. Perasaan gusarnya sudah bertandang. Awalnya, niat yang tadi nampak tekad terus saja kendur.

Dia risau untuk membayangkan apa yang jadi seterusnya. Kalau betullah ibubapa Farah sudah mengetahui tentang perkahwinannya itu, pasti.. mereka takkan berlembut dengan Harraz. Nak-nak lagi bila Harraz kenal sangat dengan perangai baran ayah mertuanya itu.

Pasti Harraz akan ditempelangnya puas- puas. Membayangkan itu, perut Harraz terasa senak.

Bila merasakan pemikiran negatifnya semakin banyak yang menyerang, Harraz bertindak untuk menangkis semuanya satu persatu. Yurp, kalau betul dia masih sayang kan Farah, dia perlu buktikan kepada ibu bapa gadis itu bahawa hanya ada nama Farah saja dalam hatinya.

Kerana hal itu, keberanian Harraz yang tadinya terkubur, bangkit semula. Dengan semangat yang dipaksa membara, dia turunkan kakinya keluar dari kereta. Dia perlu buktikan cintanya masih utuh pada Farah Nabilla walaupun kini dia adalah lelaki yang memiliki dua isteri.

Dengan langkah tempang, Harraz merapati pintu utama rumah tersebut. Teragak- agak butang loceng ditekannya beberapa kali.

Tak sampai seminit, pintu rumah terbuka. Kecur liur Harraz dibuatnya tatkala melihat ayat mertuanya sudah terpacak berdiri di hadapannya. Perasaan cuaknya yang tadi disorok sudah kuat menguasai diri.

Kalau hilang berani, dah lama dia berlari anak jauh dari rumah mertuanya  itu.

"Eh, Harraz? Kamu buat apa kat sini?"

Tak seperti apa yang Harraz bayangkan, soalan Tan Sri Maulud itu berjaya membuat kan dia termangu. Aik? Kenapa nadanya seakan tak marah pun?

"Pa..?" ada persoalannya timbul.

Tan Sri Maulud yang tadinya menatap wajah Harraz terus turun ke arah kaki kanan Harraz yang sudah terjulur ke depan. Makin berkerut dahinya. Pantas, wajah Harraz dipandangnya.

"Kenapa dengan kaki kamu ni, Raz? Kamu kemalangan ke?" bertubi soalan lelaki itu ajukan pada Harraz. Tak terlihat riak berang nya bertayang.

Harraz sudah kehairanan sendiri. Muka tak percayanya dipampang. Apakah? Mungkin ke Tan Sri Maulud sudah memaafkannya? Al maklumlah, lelaki kan mesti faham lelaki..

Ehem.

"Erm, pa. Farah ada tak beritahu papa fasal.. sesuatu?" duga Harraz cuba bertanya kan soalan.

Terjongket kening Tan Sri Maulud apabila mendapatkan pertanyaan itu daripada Harraz. "Tak ada. Erm.. ada benda yang papa perlu tahu ke, Harraz?" masih tak henti, soalannya menjengah.

Mendengarkan jawapan itu, Harraz sudah geleng kepala. Persoalan yang makin menghimpit buatkan dia disapa runsing yang mendalam. Apa yang cuba Farah lakukan sebenarnya? Harraz tidak mengerti.

"Farah ada tak pa?" soal Harraz sudah alih pandang ke arah mertuanya itu.

Terlihat kerutan berlapik di dahi Tan Sri Maulud tatkala soalan itu meniti. "Aik? Kenapa tiba-tiba kamu tanya soalan itu pada papa pula? Bukan kamu ke suami Farah? Macam mana pula kamu boleh tak tahu dia ada kat mana, sekarang?"

Tergamam Harraz sejenak. Ah, sudah. Makin banyak pula soalan si Tan Sri Maulud ni tujukan padanya. Sudahlah kepala Harraz serabut. Makin sesak pula fikirannya nak menyusun jawapan untuk menjawab soalan yang dilontar ayah mertuanya itu.

Akhirnya, Harraz pilih untuk tepuk dahi. Senyuman nampak giginya ditayang. Cukup tak meyakinkan lakonannya itu tapi dia teruskan juga.

"Erm, nasib baik papa cakap macam itu. Raz lupa pula yang Farah outstation hari ni. Dia ada beritahu Raz dua hari lepas. Sorry pa, ganggu." pamit Harraz.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now