MHB 52

44.2K 2K 82
                                    

Hampir lima belas minit, dia menghadap telefon pintarnya. Beberapa kali dia cuba untuk menghubungi gerangan orang yang dicintainya namun masih.. tak mendapat jawapan. Pasrah. Akhirnya, Farah yang sudah geram terus saja mencampakkan telefon pintarnya ke sisi sofa.

"Ih, mana Danial ni!! Kata malam ni nak ajak aku makan malam tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung!" monolog Farah sendirian.

Dia yang sudahpun berpakaian serba anggun dengan mengenakan gaun putih paras betis itu sudah memuncung. Rancangan kartun Mickey Mouse yang bertayang di kaca tv langsung tak menarik minatnya. Huh!

Sudah sejam awal dia bersiap semata-mata mahu memberikan kejutan buat teman lelakinya itu akan penampilannya malam ini. Namun, perkara lain pula yang jadi.

Setelah hampir sepuluh minit menenangkan diri, Farah kembali mencapai telefon pintarnya. Untuk percubaan kali terakhir, nombor telefon milik Danial dihubunginya. Sungguh, dia berharap panggilannya itu mendapat jawapan.

Beberapa kali bunyi beep-beep kedengaran sehinggalah akhirnya panggilannya mendapat jawapan daripada pihak yang dia hubungi. Baru sahaja Farah mahu menguntum senyum teruja, telinganya menangkap bunyi hilai tawa seorang wanita di hujung talian.

Automatik, senyumannya kendur. Perasaan nya sudah tidak enak.

"Dan? You kat mana ni?" soal Farah cuba untuk meredakan gemuruh yang sudah mulai menguasai jiwanya.

"Heheh... you. Kenapa nakal-nakal dengan I ni. Come to me.. here with me.." sahut Danial seakan-akan sedang berbicara dengan seseorang. Setelah itu, telinga Farah menangkap tawa gemersik seorang wanita.

Hanya kedengaran bunyi tawa seorang wanita saja. Mungkin ke? Farah sudah buntang mata sambil mulutnya ditekup seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

"You.. you kata you ada makan malam kan dengan girlfriend you. Dia tak marah ke kalau you lambat sebab layan I kat sini?" pertanyaan gadis itu makin membuatkan jiwa Farah bagaikan dicarik-carik.

Jadi, benarlah tebakannya tadi. Danial sekarang sedang berdua-duaan dengan perempuan lain di tempat yang terpencil. Jelas sekali dalam talian, hanya kedengaran bunyi tawa seorang gadis dan suara garau Danial.

Tak semena, air tangisan Farah mengalir lebat. Walaupun, hatinya berdarah namun masih dia gagahkan telinganya untuk mendengar perbualan Danial dengan gadis perampas itu.

"Tak apa. Dia bukan tahu pun kalau I dengan you. Esok I balik rumah, I pujuklah dia. I know dia sayangkan I and dengan mudah, dia akan maafkan I.."

Mendengarkan butir bicara Danial itu, Farah terus menamatkan panggilan. Sejurus itu, telefon pintar jenama Iphone yang digenggamnya dicampak ke arah dinding sehingga berkecai. Yurp, berkecai sama seperti hatinya yang sekarang ini.

Sedu-sedannya menyelangi tangisannya. Segala keperitan yang ditanggung diluah kan sehabis-habisnya dalam tangisannya. Tak guna!!! Tak guna kau, Danial! Kau fikir aku ni apa hah?!

Kenapa mudah sangat kau jerat aku dalam cinta kau ni, Danial?!!!!

Masih, Farah menangis. Cuba dipujuk hatinya yang sedang lara walaupun hakikat nya, luka di hati pastinya akan meninggal kan parut yang dalam buatnya.
...
Di celahan tingkap yang terbuka, mataku sempat mengintai ke arah kereta Audi milik Harraz yang masih terparkir elok di hadapan rumahku. Memandangkan tingkap kereta Harraz berwarna gelap jadi sukar untuk aku memastikan keberadaan lelaki itu di dalam keretanya.

Lama, aku bertindak sebegitu sebelum keluhan lemahku terlepas.

"Haih, nampaknya dia masih berdegil duduk sini. Hmm.." ujarku sendirian.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now