MHB 41

39.9K 1.8K 52
                                    

Telefon pintarku yang berada dalam tangan aku serahkan kepada Hannan. Gadis itu yang ketika itu sedang duduk berhadapan ku, spontan tangannya menyambut lalu telefon pintarku dibeleknya tekun.

Pesanan yang aku dapat sebentar tadi, aku izinkan untuk dia baca. Lagipun, siapa aje yang mampu untuk aku percayakan selain dia?

"Aku rasa dia orang yang sama yang kirim pesanan kat aku beberapa bulan lepas." dugaku sudah buat muka tegang.

Yurp, tipulah kalau aku tak takut dengan ugutannya itu. Aku risau namun aku juga turut akui semua ini berpunca daripada silap aku sendiri. Aku yang mulakan segala nya dan sekarang mungkin, Tuhan mahu buktikan pada aku bahawa..

.. menjadi Miss Heartbreaker bukannya jalan yang terbaik untuk aku balas dendam pada seorang lelaki.

"Psikonya dia." Hannan pula beri pendapat.

Sempat muka bimbangnya bertayang sebelum kembali telefon pintarku diagih kan pada aku. Wajah aku kemudiannya dipandang.

"Kau masih tak buat report ke?" soal Hannan mahu tahu.

Di hadapanku dia sudah bersilang kaki. Wajahnya pula seakan berharap untuk dengar jawapan ya untuk soalannya itu. Yurp, sebagai kawan pastinya dia risau tentang keselamatan aku ni.

Aku ketap bibir sebelum keluhanku terlepas. "Sia-sia aje. Sebelum ni pun, aku buat report tapi polis tak dapat detect number phone dia." ujarku.

"Kau dah cuba try call?"

Anggukan aku berikan sebagai jawapan. Sesekali, anak mataku turun untuk membelek pesanan itu sekali. Sekali baca, rasa nak marah tapi bila dah berkali-kali baca, aku rasa seram sendiri.

"Aku dah try tapi nombor tak ada dalam perkhidmatan. Mungkin, dia dah buang simkad untuk nombor ni." aku lontar pendapat ku.

Hannan dihadapanku sekadar terangguk- angguk kecil. Untuk seketika, dia membisu. Dagu runcingnya diurut perlahan. Lagaknya itu, seakan seorang pemikir kritis.

Sejenak, suasana sunyi menyelubungi ruang antara aku dan Hannan. Kami sama-sama termenung namun punca termenung adalah berbeza. Hannan termenung untuk mencari jalan penyelesaian manakala aku pula termenung kerana risau dan bimbang.

"For now, aku cadangkan kau buat report. Mungkin polis dapat detect kalau kau report lebih awal. Belum cuba, belum tahu kan?" Hannan memberi cadangannya.

Akur, aku menerima cadangannya bulat- bulat. Sebagai seorang kawan, aku tahu Hannan pasti akan cadangkan keputusan yang terbaik untukku.

Sejenak, bibirku ketap rapat. Tanpa dipinta, kenangan silamku selama menjadi 'Perosak Tersohor' kembali melayar bahtera memori ku. Sebak dan kesal mulai menghurung jiwa ku.

Kadang, aku fikir aku layak untuk terima semua akibat ini. Selama menjadi Miss Heartbreaker, aku hanya tahu untuk sakit dan lukakan hati mangsa aku tanpa selidik terlebih dahulu hujung pangkalnya. Malah, aku juga merosakkan cinta orang lain.

Dan, baru aku sedar sekarang.. aku bukan nya Tuhan yang menentukan jodoh seseorang. Jika betul mereka berjodoh, sehebat manapun aku menentang. Ia akan kekal sebagai jodoh. Huh..

Silap kau, Aulia.

"Semua ni salah aku." tak semena, ayat menyalahkan diri itu meniti keluar dari bibirku.

Bertaut alis kening Hannan dibuatnya tatkala halwa telinganya sempat menangkap pengakuan ku itu. "Kau.. cakap apa tadi?"

Aku keluh perlahan. Pandangan yang tadi menekur memandang lantai, aku angkat melihatnya. Senyum pahitku ukir di bibir. Walaupun aku cuba untuk tahan, namun Hannan dapat lihat beningan air mataku yang sudah bertakung di kolam mata.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now