MHB 3

39.5K 2K 42
                                    

Surat yang berada dalam tanganku, sudah aku belek hampir puluhan kali. Sungguh, aku tak faham dengan maksud yang cuba disampaikan penulisnya kepadaku. Dia nak bagi aku kerja dan kerjanya itu sungguh tak masuk akal.

'Ke hadapan Cik Aulia,

Minta maaflah sebab hantar surat bagai ni. Kuno sangatkan cara saya ni  tapi cara ini ajelah cara selamat yang saya boleh fikir kan untuk titip pesan pada cik Aulia. Saya tak mahu privasi cik Aulia terganggu kalau selalu sangat saya berbalas pesanan.

Btw, saya kenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Farah Nabila dan cik Aulia boleh panggil saya, Farah. Sepatutnya, saya nak jumpa cik Aulia beberapa hari lepas tapi saya tak jumpa pun cik Lia dalam tempoh itu.

Saya tahu cik Aulia ada pekerjaan sampingan. I know you because nama you famous dalam kalangan kawan-kawan I so.. I ingat I nak minta pertolongan you. Kerja yang I tawarkan ni senang aje.. you just jadi orang ketiga antara I dengan lelaki I.

Kalau cik Aulia tak keberatan, saya harap cik Aulia boleh datang ke restoran xx untuk berbincang lebih dalam mengenai ini. Saya tahu cik Aulia professional dan saya juga akan bayar yang setimpal dengan keprofesional cik Aulia.

Esok, pukul 3 petang. Saya harap cik Aulia boleh datang tepat waktu.'

Cis! Ini surat nak minta orang bekerja ke.. nak minta orang terugut. Aku pun tak faham?! Kalau nak aku buat kerja, minta lah dengan cara baik. Aku sudah sebal hati.

Kerana tak betah melayan rasa tak puas hati, surat tersebut aku lipat lalu aku simpan ke dalam laci meja pejabatku. Kemudian, aku berteleku atas meja.

Walaupun surat itu sudahpun aku simpan namun isinya bagai berlegar dalam fikiran ku. Satu persatu ianya bertayang. Makin jelas maksudnya, sekaligus memudahkan kefahaman aku.

"Lelaki I?" cemuh ku bila dia guna perkataan pelik itu.

Sebut sajalah boyfriend I ke apa. Ini adalah pertama kalinya aku jumpa client yang guna kaedah dan kosa kata yang pelik. Kebanyakan pelanggan aku akan menghantar pesanan whatsapp tapi yang ini pelik.

Pfft.. surat? Bukan susah pun nak minta nombor telefon aku pada pekerja aku?!  Haih, dari sini dapat aku tebak client aku ni jenis manusia yang berfikiran pendek.

Hmm.. cuma apa yang memelikkan aku sekarang ini. Perempuan ini minta aku rosakkan hubungan dia dengan boyfriend dia? Pfft.. ini betul-betul kes jarang-jarang di dengar.

Selalunya ramai yang minta untuk aku jadi perosak hubungan orang lain tetapi gadis ini.. meminta aku untuk rosakkan hubungan dia sendiri?

Hmm.. susah sangat kot bagi dia nak minta putus? Aku sudah menebak sendiri.

Sedang leka aku melayan teka teki yang makin hebat menyapa akal, deringan iPhone ku menjedakan segalanya.

Segera aku belek nama pemanggilnya. Senyum simpulku terukir tatkala terlihat nama 'Ibu' pada skrin sentuh telefon ku. Laju jari telunjukkan menekan butang jawab.

Salam yang dihulur oleh wanita itu aku sambut.

"Ibu, kenapa tiba-tiba call ni?" soalku mahu tahu. Jarang-jarang ibu call, selalunya tunggu aku dulu yang call.

"Saja nak call. Rindu dengan anak ibu yang tak sudi nak balik rumah. Tahulah dah seronok sangat duduk KL itu kan?" sempat lagi wanita itu lemparkan ayat deep nya itu.

Auch! Tipulah kalau tak kena di hati. Rasa bersalah juga bila ibu kata begitu namun aku hanya mampu selindungkan dengan sengihan kera.

"Bukanlah, bu. Bukan akak taknak balik cuma akak tengah sibuk urus cafe ni. Customer makin lama makin ramai. Akak pun makin lama makin sibuklah." aku beri kan alasan walaupun sebenarnya itu bukan lah puncanya.

"Hmm.. yalah. Ada ajelah alasan kamu itu. Kamu itu.." ayat ibu tergantung apabilan batukan kerasnya melatari. Kuat dan perit pada pendengaranku.

Tak semena, dahiku berkerut. Apa yang aku tahu, ibu tak pernah batuk bagai ni. Lain macam bunyi batuknya itu. Batuk yang.. kering?!

"Ibu tak apa-apa ke itu? Kenapa teruk sangat batuk ibu itu?"

"Ha.. erm, ibu tak apa-apa. Biasalah batuk sikit. Kampung kita ni pun bukannya bersih sangat udaranya." seloroh ibu menangkis rasa bimbangku.

Tersengih aku mendengar bicara ibu. Ada saja yang dia akan balas, kalau soalan ku menyapa. Dan, jawapannya takkan ada yang tak mencuit hati. Pasti kebanyakan nya buatkan aku terhibur.

"Yalah ibu. Ha.. kalau dah tau tak bersih itu, jangan selalu sangat main luar rumah, bu. Nanti sakit, adik dengan akak juga yang susah." celoteh ku bersahaja.

Kadang-kadang bersembang dengan ibu ni sedikit sebanyak meringankan beban ku. Hanya suara ibu sajalah yang aku jadikan sebagai ubat penenang jika aku sedang resah atau stress.

Yurp, ibukan syurga!

"Kamu ni kak, pesan macam ibu ni budak- budak. Kamu janganlah risau. Hmm.. pasti kan minggu depan kamu dah ada kat kampung. Kalau tak nampak batang hidung kamu, ibu lumat-lumat kamu nanti." ugut ibu sudah memberi penekanan suara.

Tertawa mengekek aku dibuatnya. Haih.. rindu sangatlah itu dengan anak sulungnya.

"Ya, ibu.  Lia janji minggu depan Lia balik rumah ya." aku sudah ucap janji.

Senang hati dengan janjiku, nada ibu berubah teruja. Lama kami bergaul sampai tak sedar, azan maghrib sudahpun mahu berkumandang.
...
Ubun rambut gadis itu diusapnya penuh lembut sambil sesekali diciumnya. Gadis yang sedang berbaring di sisi lelaki itu sekadar membiarkan. Lagipun, dia suka diperlakukan sebegitu rupa. Rasa dimanja kan.

"Jadi.. maknanya, esok you akan jumpa dengan perempuan itu?" soal lelaki itu sambil sesekali matanya melirik ke arah televisyen yang terbentang tidak jauh dari katil queen di mana tempat mereka berbaring.

Sengihan gadis itu melingkar panjang. Tubuh lelaki yang sekadar menyarungkan T-Shirt nipis itu dipeluknya erat  sambil kepalanya disandarkan ke dada bidang milik lelaki itu.

"Yurp, ramai kawan I yang cerita fasal dia. I yakin dia boleh pisahkan I dengan Harraz. Dan, lepas itu senanglah sikit untuk kita bersama." ujar gadis itu penuh yakin.

"You yakin ke dengan job dia. I tak yakin dia boleh goda Harraz. I mean.. you tengoklah cara Harraz layan perempuan. Dingin. You know right, Harraz tu setia dengan you. I yakin dia akan tolak perempuan itu mentah- mentah." pendapatnya pula lelaki itu luahkan.

Farah sekadar tersengih sumbing. Jari jemarinya nakal mengusik dada teman lelakinya yang berbalut.

"So, you nak bertarung tak dengan I?" Farah sudah usul pertandingan.

Danial yang ketika itu sedang memandang tv terus saja beralih ke arah Farah. Kening nya sudah bertaut mendengar cabaran teman wanitanya itu.

"What do you mean? Bertarung untuk apa?"

"Kalau betul Harraz tak tergoda dengan Miss Heartbreaker, you menang and you boleh hukum I apa aje but.. kalau I bercerai dengan Harraz, I nak you cepat-cepat kahwin dengan I. Deal?" Farah sudah beri cadangan.

Danial diam untuk seketika sebelum senyumannya melingkar. "Apa aje?" dia sudah sungging sengih.

Farah angguk laju. Dia tahu maksud tersirat di balik senyuman Danial. Selama mereka bercinta ini, Farah tak pernah sekalipun mengizinkan Danial untuk 'bersama' dengannya.

Sejahat-jahat dia, masih dia kenal haram nya berzina tapi tulah batas lelaki perempuan itu tipis antara mereka sampaikan mereka boleh tidur sekatil asalkan tak ada sebarang perkara di luar jangkaan berlaku.

"Okay deal." Danial angguk setuju.
...

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now