MHB 63

44.8K 1.8K 66
                                    

Lima bulan kemudian..

"Auntie Lia, auntie Lia!!" sorakan suara kecil milik Arinah menarik perhatianku yang ketika itu sedang leka mencantumkan belon yang sudahpun ditiup.

Anak kecil itu berlari menyerbu ke arahku. Melihatkan gelagat comelnya itu, aku sudah membuka pelukan besar untuk menyambutnya. Memandangkan usia kandunganku sudah sarat maka.. aku dinasihatkan untuk tidak banyak bergerak. Mahu tak mahu, terpaksa juga aku turuti pantang larang itu.

Kalau bukan untuk diri sendiri, setidak nya untuk anak yang aku kandungkan ketika ini.

"Auntie!!!" teruja dia mengambil tempat di atas ribaku.  Aku pula sekadar membiar kan. Masih mampu lagi badan ni nak menampung berat Arinah yang molek tu.

Hari ini merupakan ulang tahun Arinah yang ketujuh. Memandangkan Ameer adalah salah satu pekerja cafe kegemaran aku jadi aku sudi ringankan tangan untuk bantu dia buat persediaan bagi menyambut ulang tahun anak tunggalnya itu. Lagipun.. ada sebab lain sebenarnya, aku nak tolong Ameer ni..

"Rinah?! Kenapa dok bertenggek dengan auntie Lia itu? Lemas kawan mama itu nanti!" celah Hannan sudah bercekak pinggang. Raut garangnya ditayang. Konon nya mahu membuatkan Arinah tunduk.

Namun, reaksi yang Arinah berikan berbeza dengan kemahuannya. Anak kecil itu sudah tarik sengih. Tanpa mempedulikan wajah Hannan yang acah menyinga itu, lembut saja tangan kecilnya menyentuh perutku yang sudah membulat.

"Adik kecil... bila nak keluar? Jomlah tiup lilin sama-sama dengan kakak Rinah." pinta nya sambil membelai perutku dengan penuh kasih sayang.

Aku dan Hannan sudah saling berpandangan. Terasa lucu pula bila lihat telatah Arinah yang seakan gian mahukan adik. Aih, Arinah dah bagi greenlight tu!

Hannan yang melihat pandangan mengusik ku sudah resah. Tahulah dia topik yang aku bakal bahaskan untuk bahan dia. Eheheh..

Dua bulan lepas, Hannan telah selamat diijabkabulkan oleh Ameer. Majlis pernikahan mereka dibuat serba ringkas. Tetamu yang hadir juga kebanyakannya terdiri daripada kaum kerabat dan juga rakan terdekat. Hmm.. bagus juga sebenar nya si Hannan itu dengan Ameer. Hannan itupun nampak sangat yang dia sayang sangat dengan si Arinah. Mana aje Hannan pergi, Arinah mesti ada sekali. Chemistry padu..

Selain itu, Ameer pun jenis yang bertanggungjawab. Dari cara dia bekerja pun, dah boleh baca betapa bersungguh dan komitednya dia dalam melaksanakan arahan yang telah ditetapkan. Jadi, tak ada alasan lain untuk aku membangkang pernikahan mereka kan?! Alhamdullilah, tak sangka dalam tempoh setahun ni, kami sudahpun bergelar isteri orang. Haha..

"Haih, mamanya pun. Arinah dah kepingin dah tu.." sakatku sambil sibuk mengikat belon.

Hannan sudah mencebik. "Isy, kau ni kan Lia. Saja nak menyakat kan." balas Hannan geram acah.

Aku tersengih mendengar jawapan Hannan itu. Hahah.. tak sangka si Hannan ni jenis sensitif kan? Sebelum ini, elok aje aku menyakat. Lepas kahwin ni, terus sensitif semacam. Erm, apa kes?

"Ni,kak Lia. Dahlia dah tolong susunkan bunga yang akak suruh tadi. Erm.. nak susun mana bunga ni kak?" soal Dahlia datang menghampiri kami. Bunga ros yang disusun kemas itu dipamernya kepada aku.

Terangguk kecil aku melihat hasil tangan adik aku itu. Erm, boleh tahan rupanya dia dalam menggubah bunga ni. Hmm.. boleh lah kot buka kedai bunga.

Hannan yang turut melihat hasil tangan Dahlia juga turut kagum. Kalau boleh, mahu saja dia berikan tepukan puas hati di situ juga. "Lawa. Erm.. pandai Dahlia gubah ya. Haih.. patutlah ada hati yang berkenan."  usik Hannan sempat menyuntik gosip-gosip mak Jenah nya. Tak masuk sebenarnya topiknya itu.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now