MHB 53

43K 1.9K 38
                                    

Setelah mengisar bawang, aku terus masuk kan ke dalam kuali yang sudah panas minyak nya. Hari ini, mood aku terlebih rajin nak memasak nasi goreng kampung. Hmm.. aku pun tak faham kenapa aku boleh jadi macam ini.

Buka sahaja mata pagi tadi, laju aje aku berlari ke arah jendela yang tertutup rapat di ruang tamu. Sejurus tingkap aku buka, maasih aku lihat kereta Audi milik Harraz masih terparkir di hadapan rumahku. Hmm.. nampaknya dia masih berdegil untuk menunggu aku.

Lepas aje tengok kereta Harraz masih ada, tiba-tiba aje hati ini terdetik nak masak nasi goreng kampung. Erm.. jangan salah faham. Nasi goreng kampung ni cuma sarapan untuk aku dan Dahlia. Bukannya untuk Harraz, okay?!

"Awalnya kak Lia masak sarapan? Erm.. ada apa-apa ke ni?" usik Dahlia yang sudah melangkah masuk ke dalam dapur. Laju dia berjalan ke belakangku sambil kepalanya dipanjangkan ke arah kuali di mana nasi goreng kampungku sedang disiapkan.

Aku yang ketika itu sedang bercekak pinggang sambil mengacau masakan ku itu sekadar mencebik. Hmm.. cakap ajelah apa pun, Dahlia oit. Niat aku ni murni nak bagi dia makan aje.

"Nasi goreng kampung pula itu. Hmm.. lain daripada yang lain. Semacam lah akak pagi ni." masih lagi Dahlia menyakatku.

Pinggang rampingku dipeluknya sambil kepalanya didagu atas bahuku. Aku sekadar membiarkan telatah manjanya itu. Haih, nasib baik adik kesayangan kita.

"Ih, banyak betullah bunyi Dahlia pagi ni. Akak masak pun nak bagi Dahlia makan. Tak ada pun niat lain." jawabku setelah lama berdiam diri.

Tersengih menyeringai Dahlia mendengar kan jawapan aku itu. Gelagatnya itu seakan dapat menghidu niat terpesong ku yang satu itu. Erm.

"Aih, bukan untuk abang Harraz ke Kak Lia? Hmm.. alah kak. Janganlah segan nak mengaku. Dia kan suami akak. Tak salah pun kalau Kak Lia nak ambil berat fasal dia kan?" balas Dahlia masih betah mengusik ku.

Kerana tidak tahan diusik begitu, aku terus meleraikan pelukan tangan Dahlia ke pinggang ku. Terkebil-kebil adik aku itu apabila mendapat reaksi spontan daripada ku itu. Hah!! Tahu pun takut kena marah!

"Daripada Dahlia sibuk mengusik akak ni, lebih baik kalau Dahlia buat air. Hmm.. kalau akak tak masak, Dahlia merengek. Nak ke kalau akak tak masak?" aku sudah mengugut. Acah aje tu.

Adik aku itu sudah tarik muncung. Muka masamnya disua. Jelas, ugutanku memati kan niatnya untuk terus menyakatku.

Tak bersuara, Dahlia terus bergegas keluar dari meja makan. Keluarnya itu siap dengan package hentak kaki. Nasib baik rumah ibu ini terbina dengan sangat utuh, kalau tidak.. mau runtuh rumah ni disebab kan hentakan kaki Dahlia itu.

Huh!

Hampir lima belas minit, aku bertungkus lumus menyiapkan nasi goreng kampung itu. Setelah siap, aku hidangkan sarapan pagi kami itu ke dalam mangkuk besar lalu aku bawa ke meja makan.

Di ruang makan, aku lihat sosok Dahlia yang sedang sibuk menelaah telefon pintar nya. Nampaknya, rajuk adik bongsuku itu sudah meleret ke meja makan. Aih, masam aje muka itu.

"Ni, nasi goreng untuk Dahlia." pinggan yang berisi nasi goreng itu, aku hulurkan kepada Dahlia.

Mahu tak mahu saja gadis itu menyambut huluranku. Masih mulut itiknya melatari wajahnya pagi itu. Aih, kalau dibiar muncung nya itu lama-lama,  mau berubah jadi paruh itik agaknya. Hiks!

Setelah itu, aku sendukkan nasi ke dua pinggan yang berbeza. Satu pinggan untuk aku dan satu lagi untuk...

"Pinggan ni, akak nak bagi kat abang Harraz ke?" soal Dahlia seakan dapat meneka niat ku membahagi nasi goreng itu kepada dua pinggan yang berbeza.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now