BAB 24

31.6K 1.6K 26
                                    

Selesai menunaikan solat fardhu Maghrib, aku terus saja menadah tangan memanjat doa kepada Ilahi. Yurp, doa ini bukannya ketika kau perlukan sesuatu saja tetapi bila ketika kau perlukan seseorang untuk kau bercerita.

Dan, sang pendengar yang paling baik antara semua adalah Dia.

'Ya Allah, ya Tuhanku. Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkau permudahkanlah segala urusan ku pada hari ini dan Engkau juga permudah kanlah ibu ku untuk terus bernafas. Aku khilaf dengan apa yang telah aku buat, aku rasa berdosa dengan keputusan yang telah aku ambil.

Kerana dendam, aku lakukan perkara dan kerana dendam juga.. aku sanggup tidak pulang ke rumah untuk melunaskan tugas ku sebagai pendendam. Manusia jenis apa aku ini? Anak jenis apakah aku ini?...."
serak nadaku memanjat doa.

Terimbau semula detik-detik di mana aku menjadi seorang Miss. Heartbreaker. Yurp, ketika dua mangsa aku kenakan.. diri aku rasa puas. Sangat puas kerana berjaya melukakan hati dua orang lelaki sekaligus. Dan, semenjak itu aku berterusan menjadi penipu dan pemain hati lelaki.

Banyak sudah yang aku kenakan. Dan, kini.. kebanyakan daripada mereka benci untuk mencintai seorang perempuan dan semua itu.. berpunca daripada aku. Dan.. kini juga, baru aku sedar yang tugasku sebagai Miss. Heartbreaker buatkan aku terlalu sibuk mengenakan orang sampai aku lupa nak menjaga hati ibu aku sendiri.

Yurp, aku memang patut digelar sebagai perempuan teruk dan dilabel 'anak derhaka'.

"Aku berjanji Ya Allah, ini adalah kali terakhir aku akan menjadi Miss Heart breaker. Sungguh, aku berharap ini adalah terakhir kalinya, aku melukakan hati seorang lelaki. Dan.. aku berharap malam ini akan berlalu dengan cepat dan pantas. Aamin." panjat ku lagi sebelum aku sapu wajahku usai menamatkan bacaan tersebut.

Air mata yang masih membasahi pipi, aku sapu dengan belakang tapak tanganku. Terus saja telekung dan juga sejadah yang aku gunakan, aku letak ke tempatnya semula. Cermin yang berada dalam surau itu aku dekati dan lebam kesan tangisan itu aku tutup menggunakan concealer.

Walaupun sudah ditutup, namun kesan lepas habis menangis itu masih dapat dilihat jelas cuma.. tak lah sejelas tadi.

Setelah memastikan penampilan ku baik-baik saja, bergegas aku keluar dari surau menuju ke tempat berkumpulnya para staff di tepi pantai.

Memandangkan percutian ini adalah percutian dua hari satu malam. Jadi malam ini, Harraz mencadangkan untuk kami buat Barbeque tepi pantai. Yurp, semua perbelanjaan dia yang tanggung. Hmm.. baru aku faham sekarang kenapa kak Yana kata Harraz itu garang tetapi baik hati.

Mungkin atas alasan inilah kot. Haih.. yalah, tak semua manusia setiap masa jahat kan? Dan encik Harraz itu adalah manusia dan bukannya syaitan Abadi. Ingat itu, Aulia!, pesanku pada diri sendiri.

Ketika aku mahu menapak ke arah tempat tersebut, aku yang ketika itu sedang asyik melayan keindahan semulajadi alam terus saja terpandangkan sesuatu yang agak menjelik pandangan.

Agak jauh dan terpencil dari tempatku, aku lihat kelibat Farah bersama seorang lelaki sedang berpelukan sakan. Mesra gamaknya. Aku yang melihat, sudah geleng kepala. Haih.. walaupun bercuti dengan Harraz namun dia masih lagi bertindak curang dengan lelaki lain.

Huh, tak takut Harraz nampak ke minah ni?

"Kau dari mana ni?" suara garau yang menyapa halwa telingaku buatkan aku kaget.

Terus saja pandanganku beralih ke arah punca suara tersebut. Terkejut gamakku saat melihat jasad Harraz kini sudah berdiri di hadapanku.

Perasaan gelisahku menyapa. Ah, sudah! Apa mamat ni buat kat sini? Kalau dia nampak Farah dengan lelaki lain macam mana? Apa yang aku patut buat sekarang ni?, bertubi-tubi soalan memenuhi fikiran ku.

"Erm, sa-saya baru ke-keluar dari surau, Tengku. Erm, Te-Tengku pula? B-buat apa kat sini?" soalku cuba berlagak tenang. Namun, gagap itu spoil kan ketenangan aku.

Farah yang buat salah, apasal aku pula yang gagap ni?

Dia sekadar mengangguk. Kedua belah tangannya diseluk ke dalam kocek seluar sambil matanya meliar ke sekitar. Bila dia pandang tempat di mana jasad Farah berada, aku juga turut melirik ke arah situ. Aku fikir Farah dan lelaki itu masih berada di situ namun.. nampaknya, kelibat mereka sudahpun menghilang.

Phuh! Nasib baik perempuan itu perasan.

"Aku cari Farah. Tadi, dia kata nak cari kau. Hmm.. kau ada jumpa dia?" soalnya memandangku semula.

Aku kertap bibir. Tertunduk bola mataku ke bawah. Berkira sama ada nak terus berbohong atau tidak.

Spontan, anggukan ku berikan. "Dia ada dalam surau dengan saya tadi, Tengku. Katanya, nak rehat kejap." bohongku tarik sengih kerang.

Berkerut dahi Harraz dibuatnya apabila aku sebut isterinya itu lepak surau. Sahlah ni, si Farah itu tak pernah jejak surau kan? Uhuks!

"Surau?"

Laju aku mengangguk. "Erm.. k-kalau tak ada apa-apa, saya pergi dululah Tengku." ucapku mahu segera keluar dari kepungan nya.

Namun belum dua tiga langkah aku pergi,  kembali namaku diserunya dari belakang. Langkahku mati lalu segera aku pusingkan tubuhku ke belakang. Aku lihat langkahnya perlahan merapatiku. Raut tanpa emosinya ditayang.

"Kalau macam itu, aku follow kaulah. Kita pergi ke tempat BBQ itu semula." ujar Harraz bersahaja.

Dia meneruskan langkah sedangkan aku tergamam di belakang. Mimpi apa mamat ni? Siap sudi.. nak berjalan dengan aku?
...
Di sebalik pokok rendang, matanya ralit memerhati tindak-tanduk dua individu yang amat dikenalinya itu. Sesak juga nafas nya bila terbayangkan perkara tadi. Lambat saja seminit, pasti hubungan rahsianya dengan Danial akan diketahui. Nasib baik, dia pantas bertindak.

"Itu ke Miss Heartbreaker yang you cerita itu, sayang?" soal Danial turut sam memerhati gelagat yang jauh depan matanya.

Farah mengangguk kepala. Masih dia leka melihat Harraz dan Aulia yang saling berkomunikasi. Walaupun tak berapa jelas, namun Farah yakin yang komunikasi antara mereka berdua adalah komunikasi yang baik.

Tanpa sedar, senyum kemenangannya bertayang.
"You, I yakin yang tak lama lagi Harraz mesti akan sukakan Aulia. Yes, mesti dia akan curang dengan I lepas ni." teruja dia membayangkan perkara itu.

Akhirnya, setelah hampir tiga tahun dia berhempas pulas untuk meruntuhkan rumahtangganya sendiri, akhirnya dia berjaya. Nampaknya, bisikan hatinya tak pernah silap. Tak salah rupanya dia hired Aulia Arisya menjadi orang ketiga!

"Jadi, you taknak teruskan plan tu ke?" soal Danial mahu tahu. Tangannya sudah memaut pinggang ramping Farah dari belakang.

Senyuman Farah makin menjadi-jadi apabila melihat Harraz jalan bergandingan dengan Aulia menuju ke suatu arah. Mungkin, mereka berdua mahu kembali ke tempat barbeque barangkali.

Setelah memastikan sosok Harraz dan Aulia sudah tiada, terus tubuhnya dipusing menghadap Danial yang masih memaut pinggangnya. Spontan, leher lelaki itu dirangkulnya.

"Of course lah, I nak. You tahu tak plan itu adalah kemuncak untuk the whole plan I." ujar Farah penuh makna.

Segala apa yang dirancangnya malam ini, dia yakin akan berjalan dengan lancar. Selancar apa yang dia mahukan.

Hmm.. nampaknya, tak lama lagi Harraz dan dia takkan ada apa-apa hubungan lagi.
...

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now