MHB 50

45.2K 2K 68
                                    

"Jemputlah minum, Di." sopan aku mempelawa gadis itu untuk minum.

Tak membantah, Diana menghirup juga air te'o yang aku hidangkan untuknya itu. Tertib, dia meletakkan kembali cawan itu ke atas pelapiknya sebelum wajah aku ditatapnya.

"Aulia apa khabar sekarang? Sihat?" soal gadis itu penuh hemah. Nampak sopan tingkahnya itu.

Tak dapat aku nafikan reaksi kagetku saat melihat Diana berhijab. Itu adalah kali pertama setelah hampir beberapa bulan lamanya kami tidak bertemu. Kali terakhir aku jumpa dia pun setelah Izwan berangkat pergi ke luar negara.

Ketika itu dia masih mendedahkan rambut ikalnya dan pakaiannya juga kebanyakan nya mendedahkan lengan dan betisnya namun sekarang. Penampilan muslimah nya jelas buat aku tercengang. Dia berbeza dengan Diana yang aku kenal dahulu. Diana yang penuh dendam kerana cinta yang dikhianati oleh lelaki bernama Izwan.

"Alhamdullilah, sihat. Di pula? Haha.. nampak lain lah Di hari ini. Makin cantik." pujiku tak berselindung.

Mendengarkan pujianku itu, Diana sudah tersipu-sipu malu. Senyuman tipisnya terukir. Mungkin, itulah reaksi minimal yanh boleh dia berikan saat mendengarkan pujianku tentang penampilan barunya itu.

"Alhamdullilah. Baik-baik aje. Mana ada cantik. Aulia lagi lawa kalau nak dibandingkan dengan saya." bukan perempuan lah namanya, kalau tak memuji satu sama lain.

Kalau dipanjangkan topik puji memuji ni, sampai ke lusa belum tentu akan habis. Huh! Perempuan.

"Haha, ada-ada ajelah Di ni. Hmm.. kenapa tiba-tiba Di datang sini? Lia yakin bukan sekadar nak melawat Lia kan?" dugaku cuba untuk fokus pada topik utama perbualan kami.

Mendengarkan tebakan ku, senyuman Diana yang tadi menampakkan gigi terus saja pudar. Pandangannya juga menunduk ke bawah. Ada raut kesalnya bertayang.

"Memang ada benda sebenarnya yang Diana nak beritahu Lia." sahutnya dalam nada bersalah.

Melihatkan reaksinya itu, aku sudah disapa ingin tahu. Berkerut dahi aku memandang gadis yang mengenakan tudung labuh itu. .

"Apa dia, Di?"

Dia tarik nafas dalam. Masih pandangannya ditundukkan ke bawah. Lagaknya seakan meratapi pemergian seseorang.

"Erm, Lia tahu tak yang Izwan meninggal dunia dua bulan lepas?" pertanyaannya itu jelas buatkan aku termangu.

Terbeliak luas mataku saat gadis itu menanyakan soalan itu pada aku. Huh? I-Izwan meninggal dunia?

"Izwan meninggal dunia?" nadaku  jelas menggambarkan bahawa aku langsung tidak mengetahui apa-apa berita mengenai lelaki itu.

Sudah agak lama juga aku terputus hubungan dengan Izwan. Selepas saja menemani lelaki itu di KLIA, aku terus memadam dan menyekat nombor telefon nya agar tidak dihubungi. Waktu itu, aku cuma nak berehat dari terus menjadi Miss Heartbreaker.

Diana membalas pertanyaan terkejutku itu dengan anggukan. Lemah tatapannya diberikan.

"Dia meninggal sebab terlibat dengan kemalangan. Di sempat jenguk dia sebelum dia tutup mata. Dia juga sempat minta maaf pada Di sebelum dia pergi." jelas Diana sudah mulai terbawa emosi.

Aku yang melihat raut sebak gadis itu terus saja bertukar tempat. Ruang kosong di sebelahnya aku duduki lalu bahunya aku usap perlahan. Berharap agar cara itu dapat meredakan kesedihannya.

Kalau ikutkan hati, aku juga turut berdukacita atas nasib yang menimpa Izwan namun, memandangkan Diana lebih lama bersama Izwan jadi.. gadis itu pasti lebih merasakan kehilangan jika nak dibandingkan dengan aku.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now