MHB 9

31.6K 1.7K 24
                                    

Usai mematikan enjin kereta, aku terus saja memperkemaskan penampilan ku buat kali terakhir segala make up dan juga perhiasan yang aku kenakan, aku perlu rapikan sehabis baik.

Aku tarik nafas perlahan, dan aku hembus kan perlahan. Entah kenapa, sedari tadi.. jantungku tak henti-henti berdebar. Bagai kan pertemuanku kali ini suatu petanda yang akan mengubah seluruh hidupku. Pfft.. mula dah dia!

Mana taknya, sebelum ini.. aku jumpa mangsa aku taklah sedebar ni. Debaran dan juga kencangan jantung ni rasa macam semua organ dalam badan rasa nak terkeluar. Huh!

"Bertenang, Lia. You can do it! Kau just minta kerja dengan dia. Thats it." aku bercakap sendirian seakan mengingatkan otak akan tujuan ku untuk ke syarikat ini.

Buat kali terakhir, aku oleskan lipstik ku yang berwarna merah muda ke bibir. Warna  itu cukup menaikkan aura ringkas namun menawan di wajahku. Memang kena dengan gaya yang aku pakai ini. Gaya orang-orang pejabat.

Setelah selesai, aku aturkan langkah kemas menuju ke arah lif yang tersedia di aras parking tersebut. Di hadapan lif, aku berlatih riak terkejut. Yurp, terkejut.

Farah langsung tak mengetahui yang aku dan suaminya pernah bertemu sekali. Pertemuan kami pula, pertemuan paling menjengkelkan yang aku pernah alami jadi.. mesti lelaki itu akan terfikirkan apa-apa kalau nampak aku minta isi jawatan PA itu tiba-tiba.

Makanya, dari semalam.. aku berlatih sehabis baik untuk babak terkejut. Konon nya, aku ni secara tak sengaja terminta jawatan PAnya itu. Hmm.. harapnya, lakonan aku ni menjadi lah.

Tiba saja di aras lapan, aras di mana pejabat nya berada.. aku terus saja bergerak ke arah para pekerja nya yang terdekat. Kebanyakan pekerjanya sibuk dengan kerja. Aku pula yang tak sampai hati nak mengganggu mereka semua. Perlahan saja aku ambil langkah, untuk mencari pekerja yang lain sehinggalah aku terjumpakan seorang wanita yang duduk di meja hujung.

Wanita yang bertubuh kurus dan berpakaian kurung batik itu aku dekati. Senyuman nipisku melirik sebagai sapaan mesra.

"Puan.." aku pandang tag nama yang elok terletak atas mejanya. "Puan Yana, Tengku Harraz ada dibiliknya tidak?" soalku lembut tonanya.

Wanita yang ketika itu sedang melayan telefonnya, terus saja tercelik ke arahku. Segera dia betulkan kedudukannya yang tadi nampak lebih santai. Aku yang melihat tingkahnya itu, hampir saja nak tergelak tapi cepat-cepat aku tahan. Tak elok gelakkan orang, Lia..

"Tengku Harraz? Cik ada buat appointment dengan Tengku ke?" soalanku berbalas soalannya.

Aku gelengkan kepala. Aduh, macam mana lah aku boleh terlupa nak buat panggilan?! Haih, salah sendiri.

"Tak tapi.. saya datang sini sebab nak isi jawatan ini." ujarku sambil menyerahkan brochure yang tertera jawatan kosong sebagai PA Tengku Harraz.

Yana terus saja menghulur tangan, menyambut huluran ku itu. Seketika dia membelek brochure tersebut. Kemudian, dia pandang aku semula. Pandang tanpa senyuman di bibir.

"Erm, kejap ya. Saya call Tengku. Awak boleh duduk di sana. Nanti kalau ada apa-apa, saya beritahu awak.Okay?" kata nya sambil menunjukkan ibu jarinya ke arah ruang menunggu yang tersedia bersebelahan pintu pejabat yang tertera jelas nama Tengku Harraz.

Akur. Aku menurut arahannya itu. Duduk saja di situ, aku terus disapa rasa tak selesa. Mana taknya, kebanyakan mata pekerja sudah menatap ke arahku. Ada juga yang saling berbisikan sambil pandang aku.

Hmm.. entah apalah yang dibawangkannya itu. Aku pun tak faham.

Sesekali aku menilik pakaianku. Nak dikatakan mencolok mata, tidaklah juga. Aku pakai seluar dengan kemeja putih saja. Cukup ringkas gaya ku pagi ini. Haih, tak faham betul aku dengan mulut orang ini.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now