MHB 45

41.7K 1.9K 139
                                    

'Lawa betul you pakai blouse merah jambu itu. Warna yang paling buat you nampak daring setiap kali you pakai.'

Perasaanku sudah terulit resah tatkala terbacakan pesanan daripada orang yang aku tak kenali itu. Bulu roma ku sudah mulai tegak berdiri. Badanku sudah seram sejuk.

Beberapa kali kepalaku berpusing kiri kanan, depan dan belakang namun tiada siapa di situ yang ada tindak tanduk meragukan. Perasaanku mulai sesak. Ya Allah, kau usir lah perasaan takutku ini! Sungguh, aku berharap perjalanan pulang ku berakhir selamat.. doa aku panjatku.

Tidak menunggu masa yang lama, aku terus menyusun langkah memasuki perut keretaku. Buka sahaja enjin, aku terus tekan minyak untuk meninggalkan tempat itu secepat mungkin. Walaupun sudah jauh, namun perasaanku masih seperti tadi. Risau dan resah.

Mata aku ni tak lepas memandang cermin pandang belakang. Takut-takut kalau ada sebarang kereta yang mengekoriku keluar dari tempat parking tadi. Namun, sangkaan ku meleset. Tak ada pun kereta yang membuntuti ku dari belakang.

Hati yang tadi tak henti-henti berdebar, mereda secara perlahan. Keluhan lega ku, aku lepaskan. Phuh!! Mungkin, perasaan aku aje kot.

Aku cuba berbaik sangka.

Kereta yang tadi aku pecut laju, aku kurang kan pecutannya. Hilang sedikit panik yang sempat memerangkap jiwa.

"Haih, siapalah yang tak guna sangat intip aku ni?" ujarku sendirian.

Geram juga aku sebenarnya dengan gerangan manusia misteri itu. Dari sebelum kahwin lagi, dia tak henti-henti mengugut aku. Katanya nak bunuh aku, katanya berdendam dengan aku tapi.. sampai sekarang tak tunjuk muka!

Huh?

Bunyi deringan telefonku mematikan keheningan yang membelengu ruang dalam keretaku. Kalutku tadi sampai aku terlupa nak pasang radio. Haih! Patutlah senyap semacam.

Tak berlengah, aku angkat panggilan tersebut. Panggilan daripada Hannan, teman karibku.

"Kau dah sampai rumah belum?" soal Hannan seusai salam yang dihulurnya, aku balas.

Aku yang ketika itu sedang fokus pada pemanduan sekadar mengangguk kecil. Dari nada suaranya yang cemas itu, aku tahu dia risaukan aku. Hmm.. sayang juga dia kat aku kan?, getusku sendirian.

"Dalam perjalanan ni. Kenapa kau tiba-tiba tanya ni?" soalku dalam gaya menduga.

Hannan keluh kecil. Kemudian, dia diam untuk masa pendek. "Hmm, tak ada apa- apalah. Hati-hati bawa kereta itu. Jangan laju sangat."

Mendengarkan pesanan Hannan itu, senyumanku meniti sindir. "Kau risaukan aku eiyh?"

"Huh, tak ada maknanya aku nak risau. Kau tu.." belum habis Hannan berbicara, talian tiba-tiba saja tamat begitu saja.

Terus aku kalihkan skrin telefonku dari telinga. Sempat data mudah alih yang terpampang di skrin aku belek. Aik? Tak ada akses?!

Sedang leka aku membelek telefon pintarku, tiba-tiba saja aku rasakan kereta ku bergetar semacam. Ada bunyi semput- semputnya kedengaran. Dua kali dengar, serupa orang yang sedang lelah bunyi nya itu.

Kerana hal itu, segera aku berhentikan kereta ku dibahu jalan. Takut kalau tiba-tiba kereta itu berhenti tengah jalan pula! Lagi payah. Haih, nak kena tolak ke tepi jalan lagi. Kan?!

Mati sahaja enjin kereta, aku bergegas keluar dari keretaku. Bahagian luar kereta ku, aku belek sejenak. Tak ada apa-apa yang rosak di bahagian tayar cuma.. apa yang aku perasan, ada sesuatu cairan minyak yang mengalir di bahagian enjin. Aku sudah berkerut dahi.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now