MHB 58

44.2K 2K 137
                                    

Rancangan Tom and Jerry, aku tonton dengan khusyuk. Semenjak mengandung ni, selera nak tengok tv aku dah bertukar seratus peratus. Dari melayan filem thriller yang mengerikan, aku berubah jadi suka tengok kartun yang tak wujud pun di dunia realiti. Aih, nampaknya anak aku tak ada minat yang sama dengan aku.

"Ni aku ada buatkan susu untuk kau." sapa suara Harraz sambil menghulurkan segelas susu panas ke hadapan ku.

Perhatianku tak semena mengalih ke arah nya. Tergamam aku seketika. Wajah Harraz dan susu itu aku pandang silih berganti. Aih!! Kenapa tiba-tiba lelaki itu rajin pula buatkan susu untuk aku?

Aku masih diam melihatnya. Masih tak ada tanda-tanda tangan aku ini mahu mengambil susu yang dihulurnya itu.

Bila melihatkan reaksi aku begitu, Harraz terus saja melabuhkan punggungnya di sisi aku. "Kau pilih. Kau nak minum susu ni ke atau.. kau nak aku suapkan susu ni kat kau?" soal Harraz sudah memberi pilihan pada aku.

Terpaku aku mendengar pilihannya itu. Gila? Dia nak suapkan susu itu kat mulut aku? Huh! Memang tidaklah kalau aku buat pilihan gila itu. Nanti, dia mesti fikir aku ni jenis ambil kesempatan dalam kesulitan.

"Erm, saya boleh minum sendiri." jawabku kendur nada.

Harraz ukir senyum lebarnya apabila melihat tanganku mengambil gelas itu dari tangannya. Sewaktu aku nak meneguk air susu itu pun, aku perasan mata Harraz masih tak berkalih dari pandang aku. Dia siap tongkat kepala nak tengok aku minum air buatannya itu.

Mahu tak mahu, aku paksakan juga diri untuk meneguk susu panas itu. Walaupun merajuk, aku kenalah juga hargai usaha Harraz itu.

Tak dapat dinafikan susu panas itu berjaya memikat seleraku. Aku ni memang jenis tak minum susu putih sebab aku penggemar sejati susu coklat tetapi apabila dah meneguk susu yang dibuat Harraz ni, aku jadi jatuh cinta.

Erm, sedap!

"Sedap tak?" soal Harraz apabila melihat mulut aku tak lepas dari bibir bibir. Sibuk sangat meneguk sampai tak sedar ada yang memerhati dari tepi.

Terus saja aku melepaskan bibirku dari gelas. Muka coverline aku tayang. Erm, tak boleh tunjuk sangat yang aku suka dengan air yang dibuatnya ni.

"Sedap. Mana Tengku beli susu ni?" soal ku mahu tahu.

Harraz tarik senyum. Tanpa aku sedar, matanya sudah turun melihat atas bibirku yang berbekas susu.

"Inilah susu yang mama aku minum masa mengandungkan aku. Dia cakap sebab dia minum susu ni lah, aku jadi kacak macam ni."

Loya tekak aku dibuatnya apabila Harraz tanpa segan silunya memuji penampilan nya. Erm, memang kacak tapi hati hati dingin. Perempuan nak dekat pun susah!

Sedang aku sibuk mengutuknya dalam hati, ibu jari Harraz naik membersihkan atas bibir aku.

Tergamam. Mata aku sudah membulat besar melihatkan tindakannya itu. Raut wajah selambanya itu buatkan jiwa aku dirundum rasa kacau yang amat.Hmm.. kenapa bila aku nak menjauhkan diri, Harraz buat semua perkara ini pada aku.

Kalau betul dia cintakan Farah, dia tak sepatutnya datang pada aku. Kalau betul dia memang nak lepaskan aku, tak sepatutnya dia mendekati aku. Huh.. mungkin ke ini cara dia untuk menyakiti aku? Yurp, kerana dia tahu yang hati aku sudahpun mula sayangkan dia.

"Aulia Arisya.." bibirnya menyebut nama penuhku jelas.

Aku yang tadi termenung terus saja memandang wajahnya. Tak semena pandangan kami berlaga. Harraz lemparkan tatapan redupnya.

"Boleh tak kalau lepas ni kau jangan panggil aku Tengku?" pintanya berharap.

Terjongket kening aku seketika. Taknak panggil Tengku? "Kalau bukan Tengku, habis saya nak kena panggil Tengku apa?"

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now