MHB 61

45K 1.9K 61
                                    

Dari satu bahagian ke satu bahagian, langkahku atur. Sesekali aku akan berhenti kalau ada barang yang menarik perhatian ku. Di sebelah, Harraz tak pun jerih menemani ku. Dia juga langsung tak menunjukkan tanda-tanda yang dia menyesal kerana menemaniku membeli belah.

Pelik bukan? Haha.. aku pun hairan juga sebenarnya. Sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur, Harraz yang beria-ia cakap kami akan terus pulang ke rumah namun tiba-tiba saja dia berbaik hati untuk buat persinggahan sementara di IOI mall. Erm.. makin peliklah encik abang saya ni.

"Jangan selalu sangat makan nugget tu, nanti naik berat badan. Susah pula Lia nak bergerak nanti." celah Harraz apabila melihat aku sedang sibuk membelek paket nugget tempura.

Bila mendengar suaranya menyapa telinga, aku terus saja beralih pandang dia. Kelihatan raut selambanya ditayang. Lengannya  direhatkan di atas pemegang troli sambil matanya tak lepas dari memandang ku.

"Tapi, Lia teringin sangat nak makan nuget. Kempunan." berani aku membalas.

Yurp, sejak bulan lepas lagi aku memang teringin sangat nak makan nugget. Ini semua gara-gara aku tertengok mukbang makan nuget berketul-ketul. Huh, stress sis!!!

"Tahulah kempunan tapi.. tak elok. Makan sikit-sikit aje."

"Tapi.. Lia nak dua. Nak makan banyak." aku masih berdegil dengan nuget ku. Raut wajah seposen aku tayangkan.

Konon nak memancing rasa ihsan lah tu.

Harraz sudah tersenyum senget melihat aku bertindak comel gitu. Terus saja dia bergerak ke arah ku. Paket nuget yang berada di tanganku diambilnya lalu diletakkan ke tempatnya semula. Aku pula di hadapan sudah tayang riak sugul. Mulut ku sudah muncung sedepa.

"Kalau abang kata tak boleh, maknanya tak boleh. Faham?" lembut dia berikan amaran. Setelah itu, hidungku dicuitnya.

Tergamam juga aku melihat gelagat mendadaknya itu. Gila? Inilah kali pertama aku tengok Tengku Harraz Naufal bermanja gitu dengan aku. Depan orang ramai pula itu!!

Haih, harap tak adalah yang kecam melihat gelagat 'muntah hijau' kami ni. Erm..

Aku yang mulai dilanda rasa gemuruh, cuba menepis perasaan itu. Taknaklah tunjuk yang kita ni dah start cair dengan dia kan? Nanti dia ingat Aulia Arisya ni sasaran mudah pula.

"Habis itu apa aje yang Lia boleh makan? Lia nak makan sedap-sedap. Taknak makan macam orang sakit." aduku sengaja buat manja minta kaki.

Harraz tarik senyum lebar. Tak semena, telefon pintarnya dikeluarkan lalu dibeleknya. "Kejap, abang cari." ujarnya sudah mulai menaip sesuatu pada skrin telefon pintarnya.

"Makanan..yang.. dibenarkan.. untuk.. ibu.. mengandung.." sebutnya satu persatu  sambil jemarinya masih setia melekap pada skrin.

Aku disebelah Harraz sudah mulai terkial-kial. Tak mengerti dengan perkara yang dia mahu lakukan ketika ini. Sempat aku jengketkan kakiku beberapa kali sehinggalah aku terlihat skrin telefon pintarnya yang memaparkan hasil carian berkaitan makanan baik untuk ibu mengandung.

Terkilan juga aku apabila mengetahui perkara itu namun tak lama lepas itu, senyuman nipisku terbit.

Harraz yang masih giat mencari, aku perhatikan. Masih bibirku tak lepas dari senyuman. Melihatkan kegigihannya itu, aku jadi tersentuh. Yurp, tersentuh.

Masih aku ingat dahulu, betapa risaunya aku saat mengetahui yang aku sedang hamil. Ketika itu, apa yang aku takutkan adalah anak yang aku kandungkan takkan mendapat layanan yang baik daripada bapanya. Yurp, waktu itu Harraz bencikan aku malah baginya.. aku tak lebih seperti perempuan simpanan yang hanya mahu menghancurkan rumahtangganya.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now