MHB 44

39.6K 1.9K 65
                                    

Sinar mentari yang melalui belahan langsir yang terbuka sedikit sebanyak menganggu lenanya. Berkerut-kerut matanya sebelum lambat-lambat dicelikkan matanya. Pandangan yang kabur berubah cerah. Buka sahaja mata, siling putih itu yang menyapa halwa penglihatannya.

Bertaut alis kening Harraz dibuatnya. Siling putih? Huh, ini.. bukan bilik dia. Terus saja Harraz bangun dari baringnya. Sekeliling bilik itu diralitnya dengan perasaan gusar. Huh!! Di manakah dia sekarang ni?

Baru saja dia mahu menuruni katil, kakinya berasa lenguh. Merengek sakit Harraz sejenak. Bawah lututnya yang terasa perih memaksa Harraz untuk menyelak selimut putih yang menutupi kakinya.

Tergamam dia sejenak tatkala melihat kaki belah kanannya berbalut. Harraz ketap bibir.

Ingatannya yang tadi samar-samar mulai mereka sebuah cerita sebelum dia tersedar dari lenanya tadi. Teringat malam di mana dia bertengkar hebat dengan Farah. Dia jatuh dan akhirnya dia tidak sedarkan diri.

"Farah!" meluncur lancar nama gadis itu apabila sosok gadis itu menggodek ingatannya.

Sedaya upaya, Harraz mahu menggerakkan kakinya. Tujuannya kini, hanya mahu bertemu dengan isterinya itu namun rintihannya berulang kali mematahkan semangatnya.

Jeritannya itu spontan membawa masuk seorang jururawat wanita melawatnya. Kelihatan gusar jururawat tersebut menerpa ke arahnya.

"Encik dah sedar?" soalnya berkerut dahi.

Harraz mendengus. Tajam matanya mencerlung ke arah wanita itu. Tidak terkecuali raut peritnya terpalit. "Macam mana saya boleh ada kat sini?" keras suaranya bertanyakan soalan.

Jururawat tersebut sedikit kelu mendengar suara Harraz yang keras itu. Namun, pengalamannya sepanjang melayan orang sakit buatkan dia teguh dengan keprofessionalannya.

"Isteri encik yang bawa encik ke sini." jururawat itu menjawab. Raut takutnya diubah menjadi lebih tenang.

Harraz sudah terangkat kening. Isteri? "Farah?" serunya.

Wanita itu sekadar menggelengkan kepala. "Erm, bukan encik. Puan Aulia yang bawa encik ke sini. Dia isteri encik kan?" soal jururawat tersebut seakan mahu kesahihan nya.

Tergamam. Harraz terdiam. Fikirannya mulai kosong tatkala mendengar jawapan yang disampaikan jururawat wanita itu kepadanya.

Aulia?

Pandangannya sudah menekur ke bawah. Ligat fikirannya memanggil semula memori yang terpahat pada malam itu. Tanpa rasa bersalah, dia nyatakan hasratnya untuk bercerai dengan Aulia asalkan dia dapat bersama dengan Farah Nabila.

Yurp, dia tak mahu kehilangan gadis itu. Dia cintakan gadis itu namun.. entah kenapa, layanan kejam ini yang gadis itu balas.

Sungguh, dia tak faham.

Apabila melihat Harraz membisu, jururawat itu meminta untuk berundur. Langkahnya disusun meninggalkan Harraz yang kini dalam penyesalan.

Hening. Kini, Harraz hanya sendiri. Memikir kan semula kesalahan demi kesalahan yang telah dia lakukan.

Huh?!

Kenapa jalan cerita rumahtangganya tak semudah orang lain?
...
"Auntie Hannan, boleh tak kalau Rinah nak yang itu?" pinta kanak-kanak kecil itu sambil jarinya menuding ke arah kek berperisa coklat yang terhidang di atas display untuk dipamerkan.

Hannan yang ketika itu sedang berbual dengan salah seorang pekerjanya menarik senyum. Seketika, dia meminta pekerja nya untuk pergi supaya dia dapat meluangkan lebih banyak masa melayan karenah anak kecil itu.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now