MHB 60

49.9K 2.3K 117
                                    

Setelah memastikan penampilanku dalam keadaan baik dan kemas, aku terus menyusun langkah keluar dari kamarku. Selak sahaja langsir, aku lihat hanya kelibat Dahlia saja di ruang tamu. Ketika itu, Dahlia sedang leka menyusun perhiasan yang terletak di atas kabinet tv.  Sosok Harraz langsung tidak kelihatan.

"Dahlia, mana abang Raz?" soalku mahu tahu. Ekor mataku masih sibuk mencari kelibat lelaki itu.

Tak cukup di ruang tamu, medan pencarian ku aku perluaskan sampai ke kawasan dapur namun masih tak terlihat batang hidung Tengku Harraz.

Aih, merajuk ke? Sampai taknak tunjuk muka pada aku?

Dahlia sudah pusing pandang aku. Dia yang ketika itu sedang memegang pembersih bulu ayam sudah bercekak pinggang pandang aku.

"Erm, abang Raz kata dia keluar kejap kak. Dia nak beli barang dapur sikit." jawab adik ku jujur.

Aku sekadar mengangguk kecil. Lega lah juga hati ini sikit bila mendengar jawapan Dahlia itu. Hmm.. risau jugalah kalau tiba- tiba dia buat keputusan gila nak lari dari rumah aku ini lepas kejadian malam semalam kan?

Bila difikir balik, aku masih penasaran dengan apa yang berlaku sebenarnya antara Harraz dengan Farah. Seingat aku.. malam sebelum aku pergi itu, Farah yang beria-ia nak keluar dari rumah dan Harraz masih bersunggguh untuk pujuk Farah. Dari gaya lelaki itu.. nampak sangat dia masih terhegeh cintakan isterinya itu.

Tapi sekarang? Tup-tup.. tak ada nama Farah dalam hatinya?! Pfft.. kuatnya drama!

Dahlia yang menyedari kesepian membelengu ruang antara kami sudah pandang semacam. Niatnya yang tadi mahu menyambung tugasan membersih terus saja jeda.

"Kak Lia ikut tak abang Raz balik tengah hari ni?" soal DahLia mematikan lamunan ku yang sempat menjengah ruang fikiran.

Mendengarkan soalan adikku itu, aku sudah terpinga. Ikut Harraz balik? "Abang Raz nak balik hari ini ke?"

Bukan nak menjawab soalan, aku pula yang lontarkan soalan lain kepada adikku itu. Dari lagak gayaku , jelas sangat yang aku tak tahu apa-apa tentang keputusan Harraz yang satu itu.

Dahlia sudah mengeluh. "Abang Raz tak bagitau akak ke fasal ni?"

Aku kaku sejenak. Nak menggeleng pun, rasa bersalah.. nak mengangguk pun, rasa bersalah. Haih!!!

Bila melihatkan reaksi janggalku itu, Dahlia sudah mengeluh kecil. Terus saja pembersih bulu ayam yang berada dalam tangannya diletakkan ke atas kabinet lalu langkah kakinya menghampiriku.

"Kak Lia ada masalah dengan abang Raz lagi ke?" soal Dahlia terselit kerisauan.

Aku hanya mampu membisu. Cemas lah juga bila diajukan soalan begitu oleh adikku yang seorang itu. Hmm!

"Kak Lia.. er.." gugupku menyebabkan jawapanku jadi tak tentu arah. Akhirnya, aku biarkan jawapanku tergantung sepi.

Dahlia keluh kecil. Terus ditariknya tanganku untuk duduk di atas kerusi. Dari gayanya, jelaslah dia mahu melakukan sesi perbincangan matang dengan ku. Erm.. pelik! Adik aku pula yang terlebih matang soal rumahtangga ni!

"Sampai bila akak nak biarkan masalah akak dengan abang Raz ni? Akak tak kesian ke dengan abang Raz.. lagi penting, akak tak kesian ke dengan anak yang akak kandungkan itu? Akak jangan buat macam itu pada abang Raz. Dahlia takut nanti emosi akak tu kacau kandungan akak. Akak tak takut ke tentang semua itu?" soal Dahlia dengan mimik muka bimbang nya.

Tergamam. Aku hanya mampu mengeluh. "Dahlia tak faham. Akak buat semua ini pun untuk kebaikan abang Raz. Akak taknak dia terus menerus berada dalam perangkap ini. Kalau dia lepaskan akak, mungkin semua ini akan berakhir."

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now