MHB 28

33.6K 1.8K 104
                                    

"Aku terima nikahnya Aulia Arisya binti Asri Saad dengan mas kahwin bernilai RM3,000 dan seperangkat alat solat dibayar tunai."

Masih terngiang-ngiang di fikiranku saat terlepasnya akad itu dari mulut Harraz. Malam ini, aku telah sah menjadi isterinya. Majlis pernikahan kami dibuat serba ringkas didalam rumah ibuku. Majlis itu hanya dipenuhi seorang tok kadi,lima orang saksi lelaki dan juga Dahlia. Hanya dihadiri mereka sahaja.

Farah pula tidak hadir. Harraz beritahu ku yang Farah tak dapat hadir untuk majlis ini. Aku tak berapa pasti sama ada dia sedang berdukacita atau.. sedang meraikan malam ini.

Yurp, pastilah dia sedang meraikan bukan? Inilah apa yang dia mahukan. Rancangan nya berjaya dan.. dapat berpisah dengan Harraz.

Cermin yang tergantung di meja solekku, aku renung kosong. Baju kurung berwarna putih yang aku sarungkan ke tubuhku, aku tatap. Sebak. Sungguh, perasaanku diulit perasaan sedih dan pilu.

Dahulu, aku pernah bercita-cita untuk berkahwin bak seorang puteri raja. Dewan mahal yang ditempah khas dengan ramai tetamu yang terdiri daripada kawan-kawan dan juga keluarga. Namun, nampaknya.. takdir perkahwinan aku tak seindah begitu.

Yurp, aku bukannya Tuhan yang dapat merealisasikan impianku sendiri. Aku hanya hamba dan aku perlu sedar akan perkara itu.

Tanpa sedar, air mataku berbirai turun tatkala mengenangkan arwah ibu. Kalaulah dia ada, pasti aku takkan rasa sesedih ini. Kalaulah ibu ada, pasti dia akan memujuk ku untuk tidak menangisi nasibku. Yurp.. tanpa ibu, aku rasakan duniaku benar- benar kelam.

"Aulia.. hidup kau dah hancur. Apa yang kau bayangkan, takkan pernah kau dapat." tuturku dalam lirih.

Mungkin inilah agaknya balasan yang aku layak untuk dapat. Selama ini, aku sakitkan hati lelaki dan juga perempuan yang sedang bercinta. Aku punahkan harapan mereka untuk membela nasib yang aku sangka mangsa.

Dan, sekarang.. aku terjerat dengan mangsa aku sendiri. Mungkin, Tuhan nak tunjukkan kat aku yang.. aku tak sepatutnya terus meneruskan melukakan hati orang.

Siapa aku untuk kuburkan cinta seseorang?

Bunyi derapan kaki seseorang mendekati pintu bilikku buatkan aku cepat-cepat menyapu air mataku. Terlihat jasad Hareaz menjengah dalam bilikku tatkala pintu bilikku dikuaknya dari luar.

Sempat pandangan kami bertaut melalui pantulan cermin meja solekku sebelum aku tundukkan pandanganku ke bawah. Harraz yang berpakaian baju melayu tanpa sampin itu buatkan aku jadi tak keruan.

Sungguh, aku tak sangka yang lelaki itu kini.. bergelar suamiku.

Aku akui, dia memang tampan. Semasa, di meja akad nikada tadi pun.. mataku tak berkelip pandang dia. Mana tidaknya, belum pernah lagi aku lihat lelaki sesegak dia mengenakan baju melayu berwarna putih itu. Huh! Kawal lah Aulia..

Aku dengan kakinya melangkah mendekatiku. Makin lama makin dekat dan perasaan sesakku juga makin menghimpit. Ya Allah, kenapalah aku boleh jadi sedebar ini?!

"Aulia Arisya.." nama penuhku disebutnya sambil kedua belah bahuku dipautnya.

Telan liur aku bila dia buat begitu. Pantas, aku dongakkan pandanganku ke arah cermin. Dari pantulan, mata kami bertembung untuk kedua kalinya namun kali ini mataku terkunci sepenuhnya pada wajahnya.

Seakan suatu tarikan yang tak mampu untuk aku tepis. Bau haruman tubuhnya juga sedikit sebanyak membolak balikkan perasaabku. Huh, inikah pasangan berkahwin akan alami?!

"Y-ya, Te-Tengku?"sahutku dengan perasaan gugup.

Dia tarik senyum pendek. Ya Allah, manis nya senyuman dia. "Bangun sekejap. Aku cuma nak pandang muka isteri aku." ujar nya.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now