MHB 47

41.7K 2K 207
                                    

Gambar yang berada dalam tangannya, ditatapnya dengan perasaan bercampur baur. Sungguh, sehingga saat ini, dia masih tidak dapat menerima hakikat bahawa gadis yang dicintainya dengan setulus hati menduakannya dengan begitu mudah. Di manakah silapnya sehingga Tuhan menguji nya sebegini rupa?

"Aku ni taklah jahat mana, Raz. Sedengki- dengki aku dekat kau pun, aku masih nak tengok kau gembira. Aku cuma nak sedarkan kau yang Farah tu tak baik macam apa yang kau bayangkan."

Kata-kata Luqman itu kembali berlegar pada halwa pendengarannya. Dan, setiap kali ayat itu berkumandang, dirasakan dirinya adalah manusia yang paling bodoh di dunia ini. Yurp, bodoh!

Lama dia merenung gambar itu sebelum perhatiannya teralih ke arah fail hitam yang berada di sisi meja kerjanya. Terlihat jelas segala bukti yang dia perlukan kini.

Bukti yang cukup memfaktakan bahawa kata-kata Luqman itu bukan dusta semata- mata. Bukti di mana Farah Nabilla selama ini tak pernah ikhlas mencintainya.

"Saya dah dapatkan segala apa yang Tengku nakkan. Macam apa yang Tengku katakan, isteri Tengku ada scandal dengan lelaki bernama Danial itu. Pekerja butik dia pun selalu nampak Puan Farah bawa lelaki itu keluar masuk butik."

Air mata yang sedari tadi ditahan akhirnya jatuh ke pipi. Dia akhirnya kalah dengan kesetiaannya selama ini. Sungguh, dia tak sangka.. dia mengorbankan jiwa dan cinta nya pada manusia yang tak pernah menghargai semua usaha nya itu.

"S*al kau, Farah!" gertak Harraz sendirian sambil gambar yang berada dalam tangan nya itu dikeronyok lalu dicampak kasar ke tong sampah.

Matanya yang sudah sembab segera disapunya dengan telapak tangan.

Sudahpun tiga hari berturut-turut dia menangisi kekecewaannya itu. Walaupun Harraz tahu air tangisannya itu tak ada makna namun, jiwanya rasa sakit. Dia tak mampu pendamkan kesakitannya itu. Apa yang dapat dia lakukan kini.. adalah menangis.

Rambutnya yang kusut disapu kasar, bagi melampiaskan amarahnya yang terbit. Kalau lah Farah ada depan matanya kini, mahu saja dilempangnya wajah gadis itu dengan tapak tangannya sendiri.

Yurp, itulah ibarat sakit yang Harraz harus tanggung kini.

"Tengku?"
Sapaan suara lunak Kak Yana memecah keheningan yang membelengu ruang pejabat Harraz.

Spontan, Harraz menundukkan kepalanya. Lagaknya itu konon sedang khusyuk membaca fail. Coverline gitu.

"Apa?!" mendatar dia bertanya. Masih, kepalanya menunduk.

Kak Yana yang melihat tingkah janggal Harraz itu hanya mampu membisu. Bukannya dia tak nampak bos nya itu menangis, cuma.. sebagai pekerja, tak mahulah dia menegur. Hmm, kalau ditegur nanti.. mau kena fired nanti.

Dengan kemas, Kak Yana menyusun langkah mendekati meja pejabat Harraz. Sampul surat yang berwarna putih itu dihulurkannya ke atas meja Harraz.

Berkerut dahi Harraz saat memandang sampul surat yang masih belum terbuka itu. Segera, dia alihkan pandangannya ke arah Kak Yana yang masih teguh berdiri di hadapannya. Dibiarkan mata sembab nya itu menjadi tatapan buat wanita tersebut.

"Surat apa ni Kak Yan?" soal Harraz dengan nada hairan.

"Ini surat berhenti kerja daripada Aulia." ujar wanita itu tenang. Langsung tak terlihat kalutnya di situ.

Kelu. Ingatan Harraz kembali membuka cerita tentang gadis bernama Aulia itu yang kini masih memegang tittle sebagai isterinya. Sungguh, kekecewaannya melupakan dia sejenak pada gadis itu.

Entah di mana keberadaan gadis itu, Harraz tidak tahu.

"Siapa yang bagi surat ini pada akak?"

"Cik Aulia baru aje bagi surat itu pada saya tadi. Dia minta untuk saya serahkan surat ini pada Tengku." balas Kak Yana tertib.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now