MHB 55

44.4K 2.1K 140
                                    

Kereta Honda Civic yang dipandunya memasuki garaj rumahnya. Sejurus memarkirkan kereta, Farah mengatur langkah keluar dari perut keretanya. Senyumannya terukir lebar apabila matanya menangkap sosok kedua-dua ibu bapanya yang sedang bersantai di taman tepi rumah villa.

Tanpa mengeluarkan barang-barangnya yang berada dalam kereta, Farah berlari anak menuju ke tempat di mana kedua-dua orang tuanya itu berada.

Dari jauh,dia sudah lihat papa dan mamanya berdiri sambil memandang nya. Tak seperti dia, raut tegas ibu bapanya menyambut kehadiran Farah.

"Pap.."

"Aku bukan ayah kau." cantas Tan Sri Maulud dengan muka garangnya. Gayanya seakan langsung tak suka kehadiran Farah depan matanya.

Senyuman Farah serta-merta padam. Lariannya yang tadi laju beransur perlahan. Raut tak mengertinya ditayang. Sungguh, dia tak mengetahui kesalahannya sehingga ayahnya bereaksi demikian padanya.

"Papa.. apa yang Farah dah buat pa? Ma?" soal Farah. Dipandangnya wajah mama dan papanya silih berganti.

Puan Sri Amira dibelakang sudah menunduk. Dia membisu. Ikutkan hati keibuannya, mahu saja dia membela Farah namun.. dia tak mampu. Buat masa kini, lebih baik kalau dia menangkan pihak suaminya.

Tan Sri Maulud tarik sengih sinisnya. "Kau tanya aku apa yang kau dah buat? Pfft.. kau ni memanglah, Farah. Anak yang merugi kan aku." bentak lelaki itu masih tinggi rentak suaranya.

Tercengang Farah. "Kenapa tiba-tiba papa kata macam itu? Apa salah Farah sampai papa tergamak panghil Farah sampai macam itu sekali?" Farah masih berkeras. Selagi dia tak tahu salah yang dibuatnya, selagi itu dia takkan tunduk pada amarah papanya itu.

"Apa yang kamu dah buat pada Harraz, Farah? Betul ke kamu tinggalkan dia?" Puan Sri Amira yang sedari tadi membisu, akhirnya bersuara.

Tak semena, Farah tergamam. Bagaikan dizip, dia tak dapat nak memberi jawapan pada soalan yang diaju mamanya itu.

Huh.. Ma-macam mana papa dan mama dia boleh tahu yang dia tinggalkan Harraz? Mungkin ke.. Harraz yang ceritakan perkara itu pada kedua orang tuanya? Kalau betul.. tergamaknya, lelaki itu?!

Persoalan demi persoalan yang menghentam fikirannya buatkan Farah terkesima. Dia sepi.

"Jadi, betullah kamu tinggalkan Harraz? Kamu sanggup lari dengan lelaki lain. Apa yang kamu fikirkan, Farah?!" bentak Tan Sri Maulud.

"Dia duakan Farah, kenapa.. Farah tak boleh duakan dia?" selamba, bekung Harraz dibukanya.

Kalau menjadikan Harraz sebagai punca, pasti kesalahan itu takkan dituding pada dia sepenuhnya, fikirnya.

"Kamu jangan nak merepeklah, Farah. Harraz dah ceritakan segalanya. Dia kata kamu sendiri yang suruh dia kahwin dengan perempuan itu. Huh.. papa tahu. Itulah cara kamu perangkap Harraz kan? Betul tak?" masih terus menerus dia dipersalahkan.

Terkedu Farah tatkala tuduhan papanya itu berjaya mengena realiti. Matanya membulat besar. Dia sudah tidak mampu untuk membela dirinya sendiri. Perasaan nya sudah resah.

"Farah, betul ke nak? Betul ke kamu buat semua itu?" rintih Puan Sri Amira sudah tayang muka belasnya.

Namun, Farah tak menyahut. Masih gadis itu membisu sebelum keluh lemahnya terlepas.

Wajah papa dan mamanya dipandang redup. "Papa dah suruh Farah kahwin dengan Raz, Farah ikut. Sekarang, papa salahkan Farah? Papa tak sedar ke salah papa pada Farah? Sebab business papa itu, papa sanggup jual Farah pada Harraz. Even.. papa tahu Farah cintakan orang lain, papa masih nak Farah dengan Harraz. Papa tak sedar ke semua itu?" satu persatu kisah yang disimpannya rapi, dibongkar.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now