MHB 40

40.8K 1.9K 51
                                    

Dua ketul gelas kosong dan sebotol bir dihidangkannya di atas meja. Lantas, tempat kosong bersebelahan gadis kesayangannya itu diduduki. Wajah gadis itu kemudiannya dipandang.

Sedari tadi dia perasan akan garis kerut yang terbit di wajah gadis itu. Ada gelisah nya terselit. Seakan menyimpan suatu bebanan yang besar di bahunya ketika ini.

Tidak menunggu masa yang lama, tangan Danial terus saja meraih gelas kosong itu lalu dituangkan air neraka itu ke dalamnya. Sesekali hujung matanya mengerling ke arah gerangan Farah yang masih diam sendiri.

"Apalagi yang you sedang fikirkan itu?" celahnya masih sibuk menghidangkan air.

Farah yang tadi leka termenung terus peka pada keadaan sekelilingnya. Dipandang kekasihnya yang ketika itu sedang meletakkan gelas berisi bir itu di hadapannya.

Spontan, tangan Farah mencapai gelas itu. Hairan kenapa Farah boleh berubah jadi seorang peminum? Yurp, dia manusia yang masih ada nafsu. Kerana diajar untuk minum, akhirnya Farah jadi ketagih dan sekarang.. arak bukan lagi masalahnya.

Air neraka itu dibiarkan lalu di tekaknya sebelum kembali diletakkan gelas itu ke atas meja semula. Danial yang memerhati tingkah Farah itu sudah sungging senyum.

Tak sangka, dia boleh jadi 'pendidik' yang cemerlang buat Farah. Yalah, Farah belajar minum pun daripada dia.

"Si Aulia Arisya itulah." jawab Farah ringkas. Masih tak kena pada topik masalahnya lagi.

Danial berkerut dahi. Air bir kembali dituang nya ke dalam gelas Farah dan dengan pantas, Farah mencapai gelas berisi bir itu lalu diteguknya.

"Kenapa dengan Miss Heartbreaker you tu? Dah tarik diri pula ke?" soal Danial seakan dapat menghidu masalah yang mengharukan jiwa teman wanitanya itu.

Farah yang sudah pening mulai memicit- micit kepalanya. Walaupun dia mulai biasa untuk minum air setan itu namun dirinya masih belum kuat dengan kesannya. Jadi, belum pun sampai lima teguk, Farah sudah mulai mabuk.

"Dia berani cabar I. Dia minta I lepaskan dia daripada job yang I bagi. Berani dia ugut I lepas itu. Dia ingat I ni apa?" luah Farah dalam nada yang mulai turun naik.

Kepala yang terasa berpinar disandar kan ke bahu sofa. Tangannya pula ligat memicit- micit pelipis keningnya. Mata yang tadi segar terus saja terpejam menahan khayal nya itu.

Danial yang melihat tingkah Farah itu sudah tersenyum sumbing. Sempat mata nya meliar menjamah setiap inci tubuh teman wanitanya. Tak dapat dia nafikan, tubuh Farah adalah yang terbaik sepanjang dia berkenalan dengan ramai perempuan.

Pernah sekali, dia 'makan' Farah dan terus dia ketagih untuk lagi dan lagi. Bukan setakat tubuhnya saja yang mengiurkan malah Farah pun hebat juga bila beraksi di ranjang. Erm.

"Sabar sayang. I know how do you feel right now. For now, you jangan terlalu fikirkan sangat fasal Harraz itu. Malam ini, you cuma fikir tentang kita aje. Okay, sayang?" telah Danial sambil tangannya mulai berani naik mengurut leher Farah.

Mengeliat geli Farah dibuatnya tatkala tangan Danial mulai mengurut lehernya secara perlahan. Tak membantah, Farah sekadar membiarkan.

Setelah itu, Danial mulai beranjak ke fasa kedua. Didekatkan tubuhnya pada Farah lalu dengan senang hatinya, dia mengucup dua ulas bibir nipis milik lelaki itu.

Dan, dengan mudahnya Farah Nabila tumpas ke dalam jerat Danial.
...
Kalendar yang tergantung di dinding bilikku, aku belek. Bila dihitung-hitung semula, sudahpun tepat sebulan aku mendirikan rumahtangga bersama Tengku Harraz Naufal. Suatu tempoh yang panjang, aku rasakan.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now