MHB 56

44.6K 2K 69
                                    

Hampir setengah jam aku berada di dapur dan harus aku akui, tempoh itu tersangat lah menyeksa jiwa dan perasaan aku. Bukan menyeksa kerana terus dilukai tetapi terseksa dek perangai sweet sawit Harraz yang datang tiba-tiba itu!

"Aw, aw!!!"
Rengekan sakit Harraz itu kejutkan aku. Aku yang ketika itu sedang leka membasuh pinggang terus saja mendekatinya. Sempat mataku meliar ke arah cili api yang masih banyak tak ditanggal tampuknya.

"Kenapa ni, Tengku?" soalku sedikit resah. Terlihat Harraz sedang memegang jari telunjuknya.

Aku sempat disapa rasa hairan. Tanggalkan tampuk cili hijau pun boleh berdarah jari eiyh?

"Sakit." rintihnya masih tak mahu menunjukkan lukanya itu pada aku.

Dahiku sudah berkerut. Walaupun hairan, namun masih rasa bimbangku bertapa di hati.

"Mana? Lia nak tengok. Parah sangat ke cederanya itu."  pintaku masih mata melilau ke jari yang digenggamnya.

Harraz angguk kecil. Terus dia hulurkan jari nya itu pada aku. Aku pula laju capai tangan nya. Hampir dua kali jugalah aku belek jari nya itu depan belakang namun masih tak ada cedera yang aku lihat.

Aku sudah berang. Aih! Dia kenakan aku pula ke?

"Mana? Tak ada pun."

"Adalah. Cuba cari dengan mata hati. Confirm jumpa." dia masih bersungguh mahu aku melihat jarinya.

Aku cuba belek jarinya untuk kesekian kalinya. Kot-kot ada area jarinya yang aku terlepas pandang ke. Hmm.. tak jumpa!

"Tengku tipu saya eiyh?" gerutuku sudah menahan geram. Wajahnya aku pandang dengan dahi berkerut. Marah ni.

Dia pula tarik senyum sengetnya. "Risau juga rupanya isteri saya ni kat saya kan?"

Aih!!! Boleh dia kata gitu? Dia tak tahu ke.. aku ni semenjak jadi bini dia kalut kalau dia diapa-apakan?! Huh!! Dasarlah, Tengku Harraz Naufal ni!

Lauk pauk yang aku masak, aku hidang kan di atas meja. Terlihat sosok Dahlia sedang berdiri menunggu di meja makan. Bila aku hidangkan lauk, nampaklah air liurnya itu 'macam' meleleh. Hmm.. orang panggil, tak reti nak jawab.

Geram!

Aku sudah labuh punggung di meja makan. Sekarang, cuma tunggu mangkuk berisi nasi yang Harraz bawa aje.

Setelah beberapa saat, Harraz akhirnya keluar dengan nasi yang masih hangat. Dia hidangkan menu utama kami itu atas meja.

Dahlia sudah teruja. Baru saja dia nak melabuh punggung, Harraz terlebih dahulu menyeru namanya. Hairan aku sejenak. Begitu juga Dahlia.

"Kenapa abang Raz?" soal Dahlia sudah terpinga.

Harraz tarik senyum. Sempat matanya dilirik ke arahku kemudian dialihkan pada Dahlia semula. "Kalau Dahlia tak kisah, abang nak duduk kat sebelah Kak Lia. Boleh?" soalan berbalas soalan.

Aku yang duduk sudah tercengang dengan gelagat mengada Harraz itu. Sungguh, aku tak sangka. Disebalik perangai dingin Harraz, dia masih simpan perangai minta seliparnya itu. Hmm.. nampaknya, dia betul-betul show off perangai gila dia yang sebenarnya pada aku.

Dahlia sudah tarik senyum. Dikerling- kerlingnya aku dengan ekor matanya. Bukan Dahlia lah namanya kalau tak menyokong usaha Harraz.

"Boleh aja, Abang Raz. Demi abang Raz dan Kak Lia, Dahlia sanggup mengalah." dia pula terlebih semangat menjawab.

Aku pula diam tak membantah. Masih aku biarkan mereka dengan permainan rahsia mereka itu.

Kini, Harraz dan Dahlia sudah tukar tempat duduk. Harraz duduk di sebelah aku manakala Dahlia pula duduk berhadapan denganku. Agak kekok juga sebenarnya keadaan itu namun cuba aku singkirkan perasaan itu.

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now