MHB 14

30.7K 1.7K 27
                                    

Mesyuarat yang berlangsung sekitar dua jam itu akhirnya tamat seusai Harraz menyampaikan sepatah dua kata. Sempat, dia bersalaman dengan para client nya yang terlibat dengan projek promosinya yang terbaru. Sebagai seorang pemimpin, dia kenalah beri contoh terbaik.

Pemimpin yang baik menggambarkan imej syarikatnya yang terbaik juga. Itulah moto kerja Tengku Harraz.

Sedikit demi sedikit, orang yang berada dalam bilik mesyuarat jadi lebih kecil jumlahnya sehinggalah akhirnya, hanya tinggal Harraz dan Luqman saja berdua.

Baru saja Harraz mahu berkemas untuk meninggalkan bilik tersebut, Luqman pantas menghalang. Lengan Harraz ditarik nya untuk mematikan langkah lelaki itu dari terus maju.

Berkerut dahi Harraz apabila diperlakukan sebegitu. Tak semena, pandangan hairannya dialihkan ke arah Luqman yang masih memaut lengan nya.

"Asal Luq? Ada benda yang kau nak cakap kan ke?"soal Harraz mahu tahu.

Hairan juga dia melihat tindakan Luqman itu. Sepanjang mesyuarat berlangsung, tak pernah pula lelaki itu bertegur sapa dengan nya namun lepas aje.. PAnya, Aulia masuk untuk sementara terus saja, layanan dingin lelaki itu berubah.

Semacam sangat..

"Yang tadi itu, PA baru kau ke?" bukan nak menjawab soalan, malah soalan baru pula diajunya pada Harraz.

Harraz jongket kening. Hairan juga dia mendengar soalan Luqman yang lebih terarah kepada PA nya itu.

"Haah, dia PA aku. Apsal?"
"Lawa weiyh. Melecun. Mana kau dapat dia?"

Tingkah miang Luqman jelas buatkan Harraz rasa tak selesa. Yalah, dia pun jenis yang anti juga dengan mamat miang ni. Tak cukup satu perempuan dalam hidup. Asal nampak perempuan aje, terus mata keranjangnya itu datang. Ergh!

"Dia sendiri yang isi job. Aku tak kutip dia pun." ujar Harraz bersahaja.

Aku yang sedari tadi menunggu di luar pintu mesyuarat terus saja menerpa ke arah Harraz bila melihat kelibatnya keluar. Senyum paksaku ukir. Kononnya, ramah lah itu.

Sesekali mataku melirik juga ke arah lelaki yang turut sama berada di sisi Harraz itu. Cara dia pandang aku itu buat aku merenyan satu badan. Mana tidaknya, atas bawah aku ditiliknya. Sesuatu sangat..

"Tengku, saya.."belum habis aku mengeluar kan ayat, Harraz terlebih dahulu memangkas.

"Kau boleh pergi sekarang. Kalau ada apa-apa aku perlukan, aku akan call kau." arahnya bersahaja.

Terdiam aku sejenak. Pelik dengan arahan nya yang secara tiba-tiba itu. Seingat aku, tadi.. dia suruh aku tunggu dia sampai selesai tapi sekarang, minta aku kembali ke tempat aku pula?

Apa masalah mamat ni sebenarnya?

"Aih, awalnya suruh pergi? Taknak kenal-kenal kan aku dengan dia ke?" sakat lelaki di sebelah Harraz. Raut gatalnya ditayang.

Senyum sengetnya cukup menggambarkan motif dia nak berkenalan dengan aku. Huh! Dasar,lelaki mata keranjang!!

Sekilas, mata Harraz mengerling ke arah Luqman di sisi. Terselit rasa menyampah nya bila lihat perangai keladi si Luqman itu.  Memalukan kaum Adam ajelah mamat ni!

"Hmm.. Aulia, kenalkan ini.." belum habis Harras mahu memperkenalkan dirinya, Luqman pantas saja mencelah.

Tangannya dihulur sebagai tanda perkenalan. Aku yang agak kekok dengan tingkahnya itu, sambut juga hulurannya. Erat, dia pegang tangan aku. Seakan taknak lepaskan.

"Perkenalkan saya, Luqman. Luqman Asri. Nama cik pula?" tersusun ayatnya diatur.

Aku sekadar menyengih. "Saya Aulia Arisya. Encik Luqman boleh panggil saya Lia. Selamat berkenalan." ucapku ramah. Erm, terpaksa ramah sebenarnya.

Aku ingat lepas habis aje sesi perkenalan itu, lelaki itu akan lepaskan tanganku namun tidak. Sempat aku cuba untuk leraikan pegangannya namun, makin kuat dia genggam tangan aku.

Bibirku ketap rapat. Tanpa sedar, aku terpandangkan Harraz untuk meminta pertolongan.

"Sudah-sudahlah itu, Luq. Dia banyak kerja lagi nak kena buat. Kitorang pergi dulu." kasar, Harraz leraikan pegangan Luqman tersebut.

Lantas lenganku yang berbalut ditariknya untuk menuruti langkahnya.

Tergamam juga aku apabila melihat tindakan drastiknya itu. Untuk pertama kalinya, dia jadi baik depan aku. Selalunya, dia tak kisah pun fasal aku ke apa.. tetapi hari ini, dia lain macam sikit.

Tadi, semasa mesyuarat pun. Dia berikan aku kerusi untuk aku duduk.

Agak pelik di situ.
Mungkin ke, itu petanda yang dia cuba nak berbaik dengan aku?
...
Masuk sahaja ke dalam pejabatnya, aku sudah tercongok berdiri di hadapan meja Harraz. Pandanganku cuba aku beranikan memandangnya. Hairan bila dia terus bawa aku masuk ke dalam pejabatnya.

"Kenapa Tengku bawa saya masuk bilik Tengku?" soalku sudah berkerut dahi. Masih pelik.

Dia berdehem kecil. Sesekali tali leher yang mencekik kolar bajunya dibetulkan. Tak pastilah, itu taktik dia nak menenangkan diri ke apa.

"Saja. Salah ke?"

"Tak salah tapi pelik." sahutku berani.

Semenjak si Harraz itu buat ulah dengan aku, aku jadi lebih berani untuk membalas kata-katanya. Minta maaflah kalau dia fikir aku ni lemah. Untuk kali ini, aku takkan biar kan dia pijak aku sesuka hati.

"Pelik? Kenapa?" satu aku jawab, dua yang dia balas. Tak faham betullah masalah mamat ni.

Aku kemam bibir. Pandanganku masih aku suakan kepadanya. Geramku jelas terpamer. Geram dengan perangainya yang suka memperlekehkan aku.

"Huh, kalau tak ada benda yang Tengku nak bicarakan. Saya akan keluar. Banyak lagi benda yang saya nak kena buat dari terus melayan Tengku." bidasku sebelum berura-ura mahu bergerak ke pintu.

Belum dua tapak aku menjauh, nama penuh ku diserunya lantang. Terhenti langkahku serta merta. Pantas, aku toleh ke belakang ke arahnya.

"Siapa suruh kau pergi? Ada aku beri arahan macam itu?" dia sudah mempersoal  tindakan yang aku ambil itu.

Terdiam, pandanganku tekurkan ke lantai. Sebal juga hati aku dengan perangai mengadanya itu. Kadang, suruh aku pergi.. kadang, suruh aku tunggu.

Sah, mamat ni ada masalah mental..

"Jadi, Tengku berilah tahu saya apa yang Tengku nak cakap. Jangan buang masa saya menunggu." ujarku lepas. Aku sendiri pun tak faham kenapa aku boleh bercakap selantang itu pada dia.

Dia berdecit sinis. "Owh, mentang- mentang dah ada anak CEO yang syok kat kau, start lah itu buat perangai? Kenapa? Kau nak berhenti ke? Nak tukar tempat kerja? Macam itu?" bertubi-tubi serangan dia lontarkan pada aku.

Berkerut dahi aku bila dengan bicaranya itu. Huh! Okay, sekarang ini aku rasa pelik. Apa masalahnya dengan anak CEO pula ni? Siapa pula.. anak CEO yang dia maksud kan itu?

"Apa Tengku ni? Jangan cuba nak keruhkan keadaan boleh tak?" bentakku tanpa sedar.

Terus saja, aku atur langkah pergi meninggalkannya di pejabat. Beberapa kali juga, aku dengar suaranya memanggil namun langsung aku tak pedulikan.

Harraz sudah berdengus geram. Tak semena perhatiannya teralih ke arah bungkusan plastik yang berisi roti dan tin air.

Fikirnya tadi mahu memberikan bungkusan itu kepada Aulia sebagai tanda maaf untuk beberapa hari lepas. Namun, tak sangka pula dia.. pertemuan yang dirancangnya itu akan berhujung dengan pergaduhan. Keluhannya tak semena terlepas.

Apa masalah dengan aku ni?
Tiba-tiba nak berdamai dengan perempuan pelik itu?
...

Miss. Heartbreaker ( ✔️Completed)Where stories live. Discover now