Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
🌠 🌠 🌠
" Doktor Min ! "
Yoongi yang sedang membelai kepala seekor anjing putih yang dirawatnya itu menoleh ke belakang apabila mendengar namanya diseru . Melihatkan wajah orang yang memanggilnya itu mampu membuatkan sebuah senyuman kecil muncul di wajah seorang doktor haiwan itu .
" Saya ganggu awak ke ? " Gadis itu terus mengambil tempat di taman mini klinik haiwan milik Yoongi itu . Yoongi pula terus melepaskan anjing yang dibelainya itu agar anjing itu dapat bermain di sekitar taman itu .
" Pernah ke awak ganggu saya , Jiqeong ? " Lelaki itu terus mengambil tempat di hadapan gadis yang berasal dari Tanah Besar China itu . Jieqeong hanya ketawa kecil mendengar balasan Yoongi , jejaka yang dari dulu tak pernah gagal membuatkan hatinya cair itu .
" Oh lupa , Cik Jiqeong kita ni tetamu dari jauh . Saya pergi bancuh teh kejap dekat dalam . " Baru sahaja Yoongi mahu bangun dari kerusi , tangan Jiqeong pantas menghentikannya .
Yoongi memandang tangannya yang berada di dalam genggaman gadis itu . Jujur dia katakan , dia tidak suka perasaan ini . Perasaan yang dia pernah rasai sewaktu menyukai gadis itu ketika di universiti dulu .
" Zhou Jiqe --- " " Betul ke awak dah kahwin , Yoongi ? "
Yoongi terkedu mendengar soalan yang terpacul dari mulut Jiqeong itu . Keliru mahu berlaku jujur di hadapan gadis itu ataupun tidak , kerana sudah jelas yang dia tidak mencintai isterinya , mahupun perasaan suka terhadapnya .
" Jiqeong , saya ... " Yoongi melepaskan keluhan sebelum memandang wajah gadis itu yang tadi tersenyum , kini sudah berubah muram .
" Ya , saya akui yang saya dah kahwin . Tapi saya berani bersumpah , Jiqeong --- " Kini , Yoongi pula meraih tangan mulus milik Jiqeong lalu digenggam erat . " Saya tak ada perasaan dekat dia , even sikit . Mungkin saya tak pernah cakap , tapi saya sukakan awak , Zhou Jiqeong . Daripada kali pertama awak tegur saya dekat kafeteria dulu . "
Yoongi dapat melihat sepasang mata gadis di hadapannya itu mula berkaca - kaca dan sebuah senyuman mula terukir kembali di wajahnya . Bahagia mungkin ?
" Terima kasih . Terima kasih , Min Yoongi .. "
Melihatkan wajah memerah Jiqeong itu membuatkan Yoongi berasa gemas melihat gadis di hadapannya itu . Yoongi menatap anak matanya dalam , meminta keizinan gadis itu sebelum gadis itu menganggukkan kepalanya . Yoongi mendekatkan wajahnya secara perlahan untuk meraih bibir mungil Jiqeong ---
Prang !!
Yoongi terperanjat apabila mendengar bunyi seakan - akan gelas yang terhempas ke tanah itu . Yoongi berpaling , dan wajahnya bertukar pucat apabila melihat siapa yang berkunjung ke kliniknya itu .
" Geun --- Geunyoung ? "
Yoongi tahu yang isterinya itu melihat adegannya dengan Jiqeong sebentar tadi , dengan hanya melihatkan riak wajah Geunyoung itu . Yoongi sudah bersedia jika Geunyoung ingin memukulnya disitu juga , tetapi bayangannya menghilang apabila melihat air mata yang keluar dari tubir mata sang isteri yang masih kekal berdiri di situ .
" Maaf , teruskan jelah apa yang awak buat tadi haha . " Wajah pucat Yoongi itu dipandang sekilas sebelum Geunyoung mengalihkan pandangannya sekali lagi . " Saya ada bawakkan bekal tengahari untuk awak , ada kat pantri . Kerja elok - elok . "
Geunyoung berlalu , meninggalkan Yoongi dan Jiqeong dengan perasaan sakit hati . Tapi dia sedar , siapa dia sebenarnya . Dia sepatutnya sedar dari awal perkahwinan , suaminya tak pernah cintakan dia , malah tiada sekelumit perasaan terhadapnya .
Yoongi hanya menghantar kepergiaan Geunyoung dengan pandangan matanya . Yoongi melepaskan keluhannya , masalah lain pula yang muncul .