Malique POV
Jejaka itu memandang ke luar kafeteria. Termenungnya jauh membuatkan dia tidak sedar dirinya dipanggil.
"Maliq."
"Maliq?"
"Maliq!"
"Huh?" balasnya, sedetik.
"Aku panggil kau banyak kali dah tadi. Kau termenung apa?" Daniel merengus geram.
"Tak ada. Cuma fikirkan hal peribadi." balasnya pula.
"Maliq, lagi senang kau terima tawaran papa Aris tau. Kenapa nak susahkan diri ikut bisnis ayah kau di luar sana?" Edward sempat memprotes tanda kesal.
Malique sekadar diam membisu. Bukan dia tak mahu menerima tawaran papa Arishya tetapi masih banyak peluang mahu menyelesaikan masalah itu.
Lagipula, Malique tidak setuju mahu menerima tawaran tersebut biarpun dia tahu Arishya itu baik orangnya.
"Bila flight?" tanya Fahmi senada.
"Next week." jawabnya sedetik.
"Aku tau sebab kenapa kau tak nak terima tawaran beliau." Daniel tersenyum sinis.
"Mesti kau interesting dengan Arvynne tu kan?" tembaknya pula.
Malique hanya terdiam. Dia memandang rakan-rakannya sebelum tatapan dingin dilontarkan ke luar kafeteria.
"Dah agak." Daniel hanya tergelak sinis sambil bermain dengan gelas kaca di hadapannya.
"Fikir lah kau sendiri. Siapa yang patut kau dahulukan. Ayah kau, ataupun perasaan kau. Pilihlah." Edward menepuk bahu rakannya dengan lembut.
"Eh jap. Daniel, kau cakap Maliq interesting dengan Arvynne. Tapi cuba fikir balik. Sebelum Arvynne muncul, papa Aris dah sediakan tawaran tu tapi dia tolak. Kau tak rasa libatkan Arvynne dalam hal ni, benda paling tak masuk akal?" Fahmi mengolah pendapatnya.
"A'aah, aku pun baru perasan. Kenapa kau rasa Arvynne puncanya?" soal Edward, memandang Daniel yang masih diam membisu.
"I don't know. I just share my opinion. Thats all." jawabnya dengan wajah selamba ditayang.
Malique memandang Daniel dengan lama sebelum menghela nafas berat. Dia melangkah keluar daripada kafeteria tanpa menunggu rakan-rakannya.
"See? Aku dah agak dia berbelah bahagi nak pilih siapa." Daniel hanya tersenyum sinis memandang ketuanya yang runsing.
"Kau jangan Daniel, silap-silap kita kena belasah dengan Maliq tu nanti, berderai gigi kita." tutur Edward, meremang bulu roma.
"Maliq nak tumbuk aku? Huh, tak mungkin. Dia tak akan berani buat macam tu demi selamatkan bisnis papa dia sendiri." Daniel tersenyum kemenangan.
"Hah?" Fahmi seolah-olah keliru dengan senyuman tersebut.
Berapa buah company yang berkait dengan masalah company papa Malique?
🌙 White Moonlight 🌙
Fuadzi POV
Jejaka tersebut memerhati lelaki yang termenung berhadapan dengan taman academy.
"Hoit." sapanya lalu menepuk bahu figura itu dengan kasar.
Tanpa sedar siapa gerangan penegur, terus sahaja tangan Fuadzi didorong kasar olehnya.
"Auw!" Fuadzi menjerit kecil. Figura itu memandang Fuadzi dengan tatapan dingin lalu perlahan-lahan merundumkan kedinginannya.
YOU ARE READING
The Gumusservi ✓
Fantasy✿ *✧-3rd peonylimette land-✧*✿ Also known as WHITE MOONLIGHT . ++ ARVY Dendam dalam selimut. Dia tekad. Sesiapa yang menyentuh, figura itulah yang mencabar. Malah, kedatangan ke Malaysia bukannya satu arahan atau keinginan. Namun pembalasan...