"Maliq, ni aku la." Daniel perlahan-lahan mendekat kearah Malique yang bersandar di sudut biliknya. Keadaan malap dan langsir langsung tidak dibuka. Barangan dan buku-buku terhambur di lantai.
"Maliq, kau semakin kurus. Kau okey tak?" Daniel cuba memujuk namun Malique kekal tersenyum.
"Aku okey. Hehehe. Tapi—"
Malique memandang lengan tangannya yang penuh dengan kesan calar dek hirisan pisau sebelum ini.
"—aku nak jumpa Arvynne. Tapi dia mesti dah tinggalkan aku kan?" Malique mula berubah riak wajah dari yang gembira, kepada yang sedih.
"Arvynne tak ada. Aku ada, Aris pun ada. The Tengku's Perfect sentiasa tolong kau." Daniel membujuk namun setangkas tangan Malique menipis tangan Daniel.
"Kau? Kau bukannya tak nak kawan dengan aku ke? Aris? The Tengku's Perfect? Korang rasa siapa yang membuli aku secara mental sekarang ni? Korang tak terfikir ke perasaan aku?" Bertubi-tubi Malique menyoal membuatkan Daniel tergamam.
"A-Aku tau. Maafkan aku. Aku janji aku tak buat macam tu dah. At least, kau dapat bahagiakan ayah kau, kan?" Daniel menunduk tanda pasrah.
"Bahagiakan ayah aku? Korang tak tau ke ayah aku tu buat apa dengan $400,000,000 dollar pemberian Arvynne secara tunai tu?" Sejumlah angka yang besar itu mencuakkan Daniel.
"$400,000,000 dollar?"
"Aku dah suruh dia bayar semua hutang dia. Tapi dia langsung tak buat. Aku sendiri dapat aduan dari syarikat lain tentang pembayaran hutang yang belum langsai. Ayah aku sekarang—"
"—dah buang syarikat tu selepas dapat duit haram tu sendiri."
Daniel melihat keadaan Malique yang tertekan membuatkan hatinya ditolak dengan perasaan bersalah serta haru.
"Jadi, hubungan kau dan Aris tu—"
"Aku dah banyak kali cakap, ayah aku cuma nak aku jadi pemegang saham yang rasmi selepas aku sah jadi suami Aris. Kau tak faham ke? Ayah aku tu tamak!" Malique mendorang tubuh Daniel ke belakang.
"Kalau bukan sebab rancangan sampah kau dan Aris, aku yakin company pelaburan ayah Aris tak muflis. Sekarang ni pun, ramai CEO company tengah cari ayah aku di Itali. Mama aku pun belum tau fasal ni. Tak jumpa ayah aku, diorang akan cari kami. Dan segala-galanya musnah!" Malique mengambil pasu kecil yang berderet di atas rak buku lalu dibaling kasar.
"Maliq!"
Puan Wendy dan Arishya menjerit kepenatan apabila melihat keadaan Daniel yang terduduk ketakutan. Badan jejaka itu mengigil dan kesan calar kecil timbul di wajahnya.
"Maliq, kamu buat apa dengan Daniel?" Soal Puan Wendy lalu menarik tubuh Daniel agar menjauh dari anak bongsunya. Tubuh tinggi itu dipeluk erat.
"Maliq, Aris sini. Maliq tak perlu risau." Suara Arishya seakan-akan memujuk itu kedengaran sinis di pendengaran Malique. Senyuman sindir itu mekar di mulutnya.
"Kau? Kau di sini? Kau fikir aku tak risau bila aku dengan kau?" Malique menolak tubuh Puan Wendy dengan kasar lalu bangkit menuju kearah Arishya yang terkedu.
"Sikap cemburu dan tamak kau tu la yang membuatkan satu-satunya company pelaburan terbesar dengan saham tinggi akan muflis dan jatuh di tangan ayah aku sendiri." Sindiran tersebut membuatkan Arishya terduduk.
"Dan bila waktu tu sampai, kau jangan harap dapat satu sen pun dari ayah aku. Semua musnah, sikap tak toleransi dan cemburu buta korang la penyebabnya." Malique lantas keluar rumah selepas mendengus geram di hadapan Arishya.
YOU ARE READING
The Gumusservi ✓
Fantasy✿ *✧-3rd peonylimette land-✧*✿ Also known as WHITE MOONLIGHT . ++ ARVY Dendam dalam selimut. Dia tekad. Sesiapa yang menyentuh, figura itulah yang mencabar. Malah, kedatangan ke Malaysia bukannya satu arahan atau keinginan. Namun pembalasan...