Makam
Arishya menatap gambar ibunya lama. Malique yang menemaninya sekadar mendiamkan diri.
"Maliq." Panggil Arishya tanpa menoleh jejaka tersebut di sebelahnya.
"Hm?" Sahutnya senada.
"Maliq ingat tak sewaktu kita mula-mula jumpa?" Arishya sekadar tersenyum simpul.
"Aris menangis sebab tak nak tinggalkan mama seorang. Dan waktu tu, Aris sorang je di situ. Sampai senja Aris tak nak balik." Aris menyentuh gambar ibunya dengan lembut.
"Selepas tu, ada seorang budak lelaki comel tegur Aris. Dia tanya Aris, kenapa tak balik lagi. Budak lelaki tu temankan Aris sampai Aris berhenti menangis. Aris masih ingat dia bagi sapu tangan untuk lap air mata Aris sendiri. Dari situ, Aris dengan dia kawan. Dialah kawan yang Aris sayang, sentiasa jaga Aris." Arishya memandang Malique yang masih membisu.
"Lelaki tu, namanya Malique Jordan kan?" Arishya tergelak kecil lalu selendang yang menutup bahunya ditarik.
"Aris, Aris rindu mama." Rintih Arishya dengan nada pilu. Gadis itu mendekat kearah Malique lalu tubuh jejaka itu dipeluk erat.
Kepalanya disandar di dada Malique, manakala kedua tangan Arishya memeluk badan Malique. Kedengaran rintih suara tangisan gadis itu.
Malique sekadar membiarkan Arishya melayan kesakitan yang dialaminya. Malique faham perasaan tersebut kerana dia turut merasai kehilangan tersebut.
"Shh Aris, you're strong girl. I know you very well." Malique mengusap kepala Arishya dengan lembut.
KRING! KRING!
Malique mengambil telefonnya lalu diangkat pantas saat terlihat nama sang pemanggil.
Boss
Maliq, awak dapat datang tak jam 8 malam ni?
Ke mana?
Arvynne dapat jemputan dari majlis pelancaran pengeluaran baju baharu di Dior Event. Awak dapat datang tak untuk jadi parther Arvynne?
Malique terdiam saat mendengar permintaan pengusaha tersebut. Dia memandang Arishya dan kekal membisu.
Hello? Maliq, awak masih di sana?
Ya?
Awak dapat tak jadi parther Arvynne? Kalau tak dapat, saya boleh hantar model lain untuk jadi parther dia.
Oh, tak apa. Saya free malam ni. Bagi saya location dan saya sendiri yang ambil Arvynne di rumah.
Oh, baiklah. Thank you sebab sukarelawan menerima Malique. Saya akan hantar location kejap lagi.
Baiklah.
"Maliq ke mana malam ni?" Soal Arishya, memandang wajah Malique yang serius melihat telefon.
"Ada jemputan dari Dior Event. Jadi kena datang." Jawab Malique, perlahan-laha meleraikan pelukan Arishya dan memfokuskan diri ke skrin telefon.
"Dior Event? Wow, Aris nak ikut boleh?" Pinta Arishya, teruja saat mendengar jenama terkenal yang pernah diperagamkan oleh Jisoo Blackpink.
"Tak boleh Ris. Maliq dapat jemputan ni pun sebab jadi parther Arvynne dalam event tu. Bukannya Maliq kena jemput." Jelas Malique dengan nada dingin.
YOU ARE READING
The Gumusservi ✓
Fantasy✿ *✧-3rd peonylimette land-✧*✿ Also known as WHITE MOONLIGHT . ++ ARVY Dendam dalam selimut. Dia tekad. Sesiapa yang menyentuh, figura itulah yang mencabar. Malah, kedatangan ke Malaysia bukannya satu arahan atau keinginan. Namun pembalasan...