◈ 09 ◈

254 22 1
                                    

Raphaella & Harrell POV

Selesai sahaja penggambaran bagi petang itu, Harrell mengajak Raphaella pergi ke sebuah kafe.

Kafe Starlight

Harrell memesan hot americano with fresh milk. Raphaella pula memesan latte caramel with wipping cream chocolate syrup.

Masing-masing membayar harga minuman sendiri lalu duduk di luar balkoni belakang kafe yang berhadapan dengan pantai kosong.

Buat pertama kalinya, dia pergi ke sebuah kafe yang tidak dihuni oleh pelanggan lain. Jika dibandingkan, sekadar beberapa sahaja menyinggah di situ.

Raphaella memandang Harrell yang sibuk menganalisis pantai tersebut. Angin pula meniup rambut tebal jejaka tersebut.

"Kafe ni memang sunyi ke?" soal Raphaella sambil bermain dengan straw minumannya.

Harrell mengangguk lalu tersenyum simpul. Pandangannya beralih pula ke air laut yang membiru.

Sungguh, dia terkesima melihat keindahan yang amat jarang ditemui di bandar tersebut. Pantai yang seolah-olah disembunyikan kerana khazanah yang terlalu bernilai.

"Nak turun?" soal Harrell, memandang Raphaella yang termenung memandang pantai.

"Boleh juga." jawabnya lalu mengikut langkah Harrell yang menuruni anak tangga menuju ke pantai.

Suasana ketika itu amat dingin dan sunyi. Pokok kelapa bergerak mengikut irama ombak yang berbunyi halus.

"Sorry sebab bawa awak ke tempat sunyi macam ni. Saya tak suka tempat sesak. Lagipun, awak orang terkenal. Saya tak nak susahkan awak." jelas Harrell, setelah beberapa minit mendiamkan diri.

"Tak apa. Sini pun okay. Memang awak selalu lawat kafe ni ke?" Raphaella memandang Harrell yang menutup kelopak mata.

"Boleh dikatanya selalu. Bila saya perlukan ketenangan, mungkin ni lah kawasan yang akan saya pergi dulu. Kadang-kadang sampai kafe sudah tutup pun, saya masih di sini." jawab Harrell, membalas pandangan Raphaella dengan sekuntum senyuman manis.

"Well, this place have good views. Saya tak tahu ada kafe ni di sini." Raphaella berjalan mendekati ke pergigian laut dengan langkah perlahan.

Lama Raphaella menikmati permandangan tersebut dengan kelopak mata tertutup.

Saat matanya terbuka, dia memandang Harrell yang sudah berada di sisinya. Apabila pandangannya dibalas oleh jejaka itu, Harrell berkerut.

"Kenapa?" soal Raphaella, senada.

"Mata awak memang bersinar dari biasa ya? Mungkin sebab matahari kot." tegur Harrell lalu memandang anak mata Raphaella sangat dalam.

'Bersinar?' Raphaella tersentak. Dia menggenggam erat pergelangan tangannya.

"Kenapa?" tanya Harrell, pelik melihat Raphaella yang terus membisu.

"Nothing." tutur Raphaella, menutup pergelangan tangannya menggunakan jaket jeans.

🌙 White Moonlight 🌙

Villa

8:04 PM

"Anything happen to us?" soal Raphaella selepas meletakkan dulang yang berisi mug cadbury hot drink di meja kopi.

"Why?" soal Adriella, mengalihkan pandangan daripada skrin telefon.

"I feel like, something happen." tutur Raphaella lalu menunjukkan pergelangan tangannya yang bertatu itu.

The Gumusservi ✓Where stories live. Discover now