◈ 42 ◈

186 15 0
                                    

Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

6:50 pagi

Suasana lapangan kapal terbang senggang memandangkan matahari belum terbit lagi. Di situ, terlihat satu kelompok besar sedang berura-ura menangis akan kepergian sekejap Malique.

"Dahlah, aku pergi bukannya lama. 3 hari je." Malique sudah puas memujuk Aathif dan Fuadzi. Dia boleh percaya jika Aathif itu risaukan keadaannya, tetapi Fuadzi pula turut serta.

"Aku tak tau aku nak gembira atau sedih dengan kau, Maliq. By the way, good luck di Los Angelas." Harrell menepuk bahu Malique sambil tersenyum simpul.

"Aku pun bro. Belikan aku ole-ole tau." Jacinto sudah senyum nakal. Pipinya digosok ke bahu Malique dengan manja.

"Geli la bodoh." Steven lantas menarik rambut Jacinto agar menjauh dari Malique. Meremang bulu roma Morgan melihat namun ditahankan sahaja.

"Ha, Aris. Taknak bagi goodbye letter untuk Maliq ke?" Morgan memanggil Arishya yang sedari tadi mendiamkan diri. Dia gerun apatah lagi saat bertentang mata dengan Fuadzi.

"Kau pulak Daniel?" Daniel tersentak. Dia sekadar tersenyum paksa lalu dikerli matanya kearah Malique yang memandang.

Sehinggalah dia terpandang mata Fuadzi.

Daniel lantas menggeleng laju. "Take care sana." Dia segera menunduk selepas menerima jelingan bulat dari jejaka tersebut.

"Urm, take care Maliq. Ari-ris tunggu Maliq ta-"

"Kau tak payah tunggu dia. Sampai kau tua pun dia taknak kau." Dengan selamba Fuadzi menyindir, tidak menghiraukan jelingan maut dari Morgan. Wajahnya monyok selepas terlihat dua wajah tersebut di dalam kereta tadi.

"Sudahlah Fuad, kau nak dia terkencing di sini ke lepas kau cakap macam tu?" Harrell menumbuk belakang bahu Fuadzi dengan geram.

"Apa? Aku cakap benda betul kut!"

"Sudahlah. Maliq, baik kau ke boarding sana. Tak serik betul Fuadzi ni cari masalah dengan orang." Aathif berbisik dengan nada perlahan.

"Okey. Aku chaw dulu. Bye." Morgan dipeluk erat kemudian dia melambai kearah Aathif sebelum melarikan diri secara sembunyi.

Kapal Terbang

Malique mengambil tempat duduk 3B lalu melabuhkan punggungnya di situ. Airpod jenama Huawei itu dipasang lalu diletakkan di telinganya.

Matanya dikerli kearah luar tingkap. Dia tersengih sendiri apabila terkenang kejadian tadi di lapangan kapal terbang.

Sehingga satu mesej daripada seorang pramugari perempuan disampai, mengarahkan mereka untuk mengenakan tali pinggang sebagai keselamatan sepanjang perjalanan mereka ke sana.

'LA, here I'm come!'

🌙 White Moonlight 🌙

Los Angeles, California

Malique mengeliat selepas mendarat di ibu kota California tersebut. Langkahnya diaju kearah luar lapangan kapal terbang demi mencari pemandu kenderaan yang membawanya ke hotel yang ditaja oleh company Hera di California.

BUK!

Malique berpaling lalu berdecit geram. Telefon Iphone yang rentak itu diambil. Skrin dan permukaan tepi telefon tersebut retak dan tidak hidup.

'Alahai, benda ni pun nak terjadi jugak ke?' Monolognya, lalu menyimpan telefonnya di poket bag. Matanya terlilau sehingga dia menjumpai kereta honda civic berwarna putih solid, betul-betul berada di hadapan matanya.

The Gumusservi ✓Where stories live. Discover now