Malaysia
Mrs. Wendy POV
Puan Wendy merayau-rayau di hadapan wad ICU milik menantunya. Anak sulungnya langsung tidak mengkhabarkan sebarang keadaan disaat genting tersebut. Hanya terus senyap dengan fikiran yang berkecamuk.
"Aunty!" Panggil Aathif, sambil menjinjing sebakul buah tropika bersama rakan-rakannya yang lain. Mereka tampil risau apabila mendapat berita yang diberitahu oleh Steven.
"Kakak Abby macam mana?" Soal Fuadzi, mengambil langkah kehadapan bertanya biarpun waktu tersebut sebenarnya tidak mengizinkan.
Yelahkan, dia kan Islam. Mana boleh sembarangan mendekati wanita. Tak kisah berusia atau remeja. Kalau sudah akil baligh, maknanya haram la jadinya.
"Abang Morgan belum beritahu apa-apa lagi. Aunty risau sangat sampai keadaan Maliq di rumah pun tak terjaga." Jelas Puan Wendy, teresak-esak menangis.
"Hah? Maliq sakit ke aunty?" Soal Jacinto, terkejut mendengar berita lain.
"Aunty tak tau macam mana situation ni berlaku. Sejak beberapa minggu ni, Maliq tak lalu nak makan. Ke sekolah pun taknak. Asyik berkurung dalam bilik. Dia baru balik dengan Steven lepas terjaga dari pengsan." Terang beliau lagi sambil menggigit kukunya.
"Selepas tu? Doktor cakap apa?"
"Doktor cakap, Maliq ada stress problem. Lebih kepada, half of depressed." Sambungnya, kemudian menangis semahunya di dalam pelukan hangat Harrell.
"Depresi?"
"Aku rasa aku tau sebabnya." Harrell akhirnya bersuara selepas beberapa saat membisu.
"Aku fikir dia rasa down dengan pertunangan dia dan Aris. Lebih-lebih lagi, Arvynne dah putuskan hubungan diorang SELEPAS dia tahu hal ni." Wajah tenang Harrell membuatkan Puan Wendy berasa cuak.
"Patutlah Maliq meraung tak tentu arah dalam bilik. Bilik pun dah bukan macam man cave peribadi dia. Setiap dinding dia tulis sesuatu. Tapi aunty tak tau. Lagipun, aunty dah lama tak dengar perkembangan Arvynne selepas dia pergi flight ke Australia beberapa minggu ni." Puan Wendy mengurut kepalanya lalu membaiki selendangnya yang jatuh.
"Tak apa, biarlah Steven yang jaga. Kami di sini akan tunggu dengan aunty." Jacinto memujuk si ibu tersebut lalu tersenyum kecil.
Puerto Vallarta, Mexico
+01* *** ****
Kerja saya dah siap cik. Terima kasih untuk $200,000 dollar. Saya ada flight ke Singapura lepas ni.
No problem. Bagus kerja aku. Aku bangga. Selepas aku balik ke Malaysia, aku akan buat semuanya sendiri.
Baiklah, hati-hati cik.
Arvynne menutup panggilan itu lalu kembali bereaksi tenang di hadapan rakan-rakannya yang memerhati.
"Plan A dah siap?" Soal Eleora, memecahkan kesunyian serta persoalan di kelima-lima hati mereka.
"Yeay."
"Nak bantuan untuk plan B?" Ujar Raphaella, ikhlas ingin membantu dengan senyuman manis diberikan.
"Nope, thank you. Cukup informasi yang korang bagi. Selebihnya, biar aku urus. Lagipun, this is my family matter." Bantah Arvynne dengan lembut namun kedengaran tegas dari suara dan reaksi dingin darinya.
Masing-masing saling berpandangan sebelum mengeluh halus. Mahu dihulurkan bantuam malah ditolak tanpa berfikir panjang. Entah perasaan apa yang merasuk minda Arvynne sehingga berubah sedingin itu.
YOU ARE READING
The Gumusservi ✓
Fantasy✿ *✧-3rd peonylimette land-✧*✿ Also known as WHITE MOONLIGHT . ++ ARVY Dendam dalam selimut. Dia tekad. Sesiapa yang menyentuh, figura itulah yang mencabar. Malah, kedatangan ke Malaysia bukannya satu arahan atau keinginan. Namun pembalasan...